Love... Liz Haliza.
Sunday, April 14, 2013
Pesta Buku Antarabangsa 2013
Hai alls... x lama lagi pesta buku antarabangsa akan berlangsung, rasanya baru aje pergi ke pesta buku 1 Malaysia. Hampir sebulan saya dapat menahan diri daripada membeli novel di kedai buku sebab niat di hati nak borong novel di PBAKL nnt. Almaklumlah diskaun memang hebat. Berbaloi-baloi. Jomlah ramai-ramai kita ke sana yek. (PBAKL 26 April 2013 - 5 May 2013)
Love... Liz Haliza.
Love... Liz Haliza.
Monday, March 25, 2013
Bila Darjatku Diangkat Bab 5
BAB
5
Anugerah
ralit memerhatikan ke arah anaknya Sutra Ashikin yang sedang asyik menolong
ibunya menggentel kuih buah melaka. Nasib baiklah ibunya dapat menerima kehadiran
Sutra Ashikin di dalam keluarga mereka. Walaupun dia dapat merasakan yang ibu
dan ayahnya seperti kecewa dengan dirinya tetapi dia tahu ibunya menyayangi
anaknya Sutra Ashikin. Sudah sebulan dia di Malaysia. Dia masih lagi belum
mencari kerja. Puan Suci Harum sudah mula bertanya tetapi dipekakkan saja
telinga. Dia tahu ibunya mahu mengikatnya di sini. Jika dia sudah dapat kerja
di Malaysia pasti peratus untuk dia pulang semula ke Australia semakin
mengecil. Itu yang ibunya mahukan.
Anugerah
melemparkan pandangannya pula ke luar jendela. Peristiwa tiga tahun dulu
menjelma semula diingatannya.
“Kau
gila ke apa? Macammana aku nak bela budak ni? Sutra Ashikin tu baru nak masuk
dua tahun. Manalah aku reti nak jaga budak kecil macam ni.” Ditenung wajah
Tabah.
“Tolonglah
aku Anugerah. Pada siapa lagi aku nak minta tolong. Kaulah satu-satunya harapan
aku. Tolonglah jagakan Sutra Ashikin.” Wajah Tabah nampak cengkung. Tidak
sampai hati Anugerah mahu menghampakan harapan kembarnya itu.
“Kau
suruhlah ibu dengan ayah jagakan.”
“Tak
boleh Anugerah. Ibu dan ayah tak tahu pasal perkahwinan aku. Aku tak mahu ibu
dan ayah semakin kecewa. Dahlah selama bertahun ni aku tak pernah menjenguk
diaorang. Lagi satu, aku tak mahu Melia rampas Sutra Ashikin. Melia pasti akan
cari rumah ibu dan ayah jika dia tak jumpa aku.”
“Abang
long dan Kak Fina pula macammana? Diaorang mesti boleh tolong jagakan.”
“
Mesti abang long marah aku. Dulu abang long pun kahwin kat Siam, kau tak ingat
apa yang berlaku pada mak dan abah Kak Fina dulu? Aku tak mahu diaorang kecewa
seperti mana abah dan mak Kak Fina kecewa. Kalau dia tahu aku engkar nasihat
dia panjang ceritanya nanti. Silap-silap haribulan ibu akan dapat tahu.”
“Tabah...”
“Tolonglah
Anugerah. Melia nak dapatkan hak penjagaan Sutra. Sekarang dia dah kaya
raya.Aku tak mampu nak lawan Melia. Kau tolonglah aku. Masa dah suntuk buat
aku.”
Anugerah
merenung ke arah Sutra Ashikin yang sedang asyik bermain dengan anak patung
Hello Kitty yang baru saja dibelikan tadi. Gelak tawa anak kecil itu membuatkan
dia tersenyum sendiri. Hatinya tersentuh melihat wajah comel itu. Tabah
berkahwin dengan Melia tanpa pengetahuan ibu dan bapa tiri mereka.Melia adalah
gadis liar yang diselamatkan oleh Tabah dari terjebak ke kancah pelacuran. Pada
mulanya perkahwinan mereka sangat bahagia tetapi ketika Sutra Ashikin berumur
empat bulan, Melia telah meninggalkan Anugerah dan anak mereka kerana gilakan
seorang kerabat diraja yang kaya raya. Tidak sekali pun dia mengambil tahu
tentang Sutra Ashikin sehinggalah apabila Melia terserempak dengan Tabah dan
Sutra Ashikin yang comel itu di sebuah pusat beli belah di Kuala Lumpur. Melia
telah meminta untuk menjaga Sutra Ashikin tetapi ditentang keras oleh Tabah dan
akhirnya Melia mengugut untuk mendapatkan hak penjagaan Sutra Ashikin.
“Apa
maksud kau masa dah suntuk?”
“Erk
tak... maksud aku tiket aku balik ke Malaysia datenya tiga hari lagi jadi aku
kesuntukan masa. Kau cepatlah setuju Anugerah.”
“Baiklah. Aku akan jaga Sutra
Ashikin.” Akhirnya Anugerah mengalah. Tabah pantas memeluk tubuh Anugerah.
Bersusah payah dia datang ke Australia untuk mendapatkan pertolongan kembarnya
dan akhirnya usahanya berbaloi. Selepas ini dia akan pulang ke Malaysia untuk
menyelesaikan satu tugas lagi. Keampunan dari ibu dan ayahnya perlu ditagih. Telah
terlalu banyak dia melukakan hati mereka. Hajatnya, dia mahu melihat wajah ibu
dan ayahnya sebelum dia menutup mata.
Masih segar di ingatan Anugerah hari
pertama dia menjaga Sutra Ashikin setelah Tabah pulang ke Malaysia.
“Makan... makan ni.” Marah Anugerah
apabila Sutra Ashikin tidak mahu makan makanan yang dimasaknya. “Kalau lapar
karang sapa susah? Uncle juga yang susah.” Sutra Ashikin cebik dan akhirnya
menangis dengan kuat.
“Eh! Budak ni kang, aku lepuk baru
kau tau. Asyik nak melalak aje.” Bebel Anugerah. Sutra Ashikin masih lagi
menangis. Sayu pula hati Anugerah melihat Sutra Ashikin mengerekot duduk di
sudut dinding. Dia dibaluti rasa bersalah. Didekatinya anak kecil itu dan dia
menarik tangan Sutra Ashikin. Tangisan Sutra Ashikin semakin kuat apabila
tangannya ditarik.
“Dah.... dah... jangan nangis ya
sayang. Uncle marah sebab tak mahu Sutra lapar. Sutra tak nak makan kenapa?”
Pujuknya. Tubuh Sutra Ahikin dipeluknya tetapi Sutra Ashikin meronta-ronta
minta dilepaskan.
“Assalammualaikum. “ Sayup-sayup
kedengaran suara perempuan memberi salam. Anugerah bingkas bangun dan membuka
pintu utama.
“Kak Mah.” Dia terperanjat. Pelik
juga dia jiran sebelahnya datang ke rumah pagi-pagi begini.
“Tak kerja kamu Anugerah? Boleh Kak
Mah masuk?”
Anugerah serba-salah. Nak mampus
ajak isteri orang masuk ke rumah. Kang apa pula kata suami Kak Sarimah.
“Erk...”
“Tu suara sapa yang menangis tu?”
Soal Kak Sarimah sambil terjenguk-jenguk. “Sebenarnya dari tadi Kak Mah dengar
suara budak menangis, ni Kak Mah datang sebab nak tanya kamu perlukan
pertolongan ke?” Kata-kata Kak Sarimah itu membuatkan Anugerah terkejut. Tidak
disangkanya jeritan Sutra Ashikin boleh didengari oleh jirannya itu.
“Masuk Kak Mah. Saya dah buntu dah
ni. Sejak pagi budak ni tak mahu makan atau minum. Bila dipaksa dia asyik
melalak aje.” Adu Anugerah. Kak Sarimah mendekati Sutra Ashikin. Dibelainya
lembut rambut kanak-kanak itu. Didukungnya dan dipeluknya dengan penuh
kasih-sayang. Sutra Ashikin berhenti menangis. Anugerah geram.
“Kalau dengan saya tak mahu, dengan
Kak Mah dia nak pulak.”
“Dengan budak-budak ni kena
berlembut. Tak boleh marah-marah. Tak boleh paksa-paksa.”
“Penat saya masak burger ni tadi,
langsung dia tak mahu makan.” Anugerah meluahkan rasa hati.
Kak Sarimah merenung burger di atas
meja. “ Kamu ni Anugerah, manalah budak tu lalu nak makan burger. Bagilah
makanan yang sesuai dengan diri dia.”
“Erk... tak boleh bagi makan burger
ke?”
“Bukan tak boleh tapi tak sesuai.”
Hidung Kak Sarimah bergerak-gerak. Dia mencari-cari sesuatu. Diletakkannya
Sutra Ashikin di atas lantai dan dia membongkok menyelak lampin pakai buang
yang dipakai oleh Sutra Ashikin.
“Kenapa Kak Mak? Saya tak adalah nak
buat benda tak baik kat budak ni. Dia anak saudara saya sendiri. Takkan saya
nak cabul budak ni Kak Mah.” Risau Anugerah apabila melihat Kak Sarimah menelek
ke dalam lampin pakai buang Sutra Ashikin.
“Kamu ni Anugerah, bukan tulah
maksud Kak Mah. Macammanalah budak ni tak menangis, dia beraklah.”
“Berak?” Soal Anugerah terkejut.
“Ya, berak. Kalau tak selesa
memanglah budak-budak akan menangis. Ni kamu nak cuci ke atau Kak Mah cuci?”
Wajah Anugerah berubah rona. Tidak
dapat dia bayangkan yang tangannya akan mencuci punggung orang lain. Sebelum
ini Tabah tidak pernah memintanya untuk membuat kerja-kerja begini.
“Saya... saya...”
“Biar Kak Mah ajelah yang cuci.”
Tubuh Sutra Ashikin diangkat lalu dibawa ke bilik air. “ Sian awak, tak ada
siapa yang nak cuci berak awak.” Kata Kak Sarimah kepada Sutra Ashikin.
Anugerah terasa seperti kata-kata itu adalah sindiran buatnya.
Kak Sarimah telah memandikan Sutra
Ashikin sekali. Setelah itu Sutra Ashikin dipakaikan baju dan diletakkan losyen
dan bedak. Wajah Sutra Ashikin yang tadinya suram bertukar ceria setelah
dirinya bersih dan wangi.
“Terima kasih Kak Mah. Kalau Kak Mah
tak tolong saya tadi mahu mati kering budak ni menangis.”
“ Kalau Kak Mah tanya Anugerah
jangan marah ya?” Soal Kak Sarimah berbasi-basi. Risau juga dia kalau
pertanyaannya akan mengguris hati Anugerah.
“Apa dia Kak Mah?”
“Ini anak siapa?”
“Anak kepada kembar saya. Dia dah
bercerai dengan isterinya dan saya disuruh untuk menjaga anak dia ni.” Terus
sahaja Anugerah menceritakan sejarah perkahwinan Tabah dan bagaimana Sutra
Ashikin boleh sampai ke bumi Australia. Terangguk-angguk Kak Sarimah mendengar
cerita.
“ Habis tu apa rancangan kamu?”
“Saya dah bincang dengan kawan saya
di Perth. Dia sanggup jagakan. Bukan saya tak mahu jaga Kak Mah tapi susah saya
nak tumpukan perhatian pada kerja. Dua minggu sekali nanti saya pergilah ke
Perth untuk jenguk Sutra.”
“Kalau kamu nak Kak Mah jagakan
sementara kamu bekerja, Kak Mah tak kisah. Lagi pun dah lama sangat rumah Kak
Mah tu tak ada budak kecil.” Tanpa diduga Kak Sarimah menawarkan diri untuk
menjaga Sutra Ashikin.
“ Terima kasih Kak Mah tapi saya dah
janji dengan kawan saya tu. Karang apa pula katanya.” Tawaran Kak Sarimah
ditolak dengan baik.
“Kalau dah macam tu Kak Mah balik
dululah ya. Sutra sayang, Sutra dengar cakap daddy ya?”
“Erk uncle Kak Mah. Bukannya daddy.”
“Daddylah elok kan Sutra. Mesra
sikit.” Kata Kak Sarimah kepada Sutra Ashikin. Anugerah terpempam.
“Daddy.. daddy...” Suara Sutra
Ashikin kedengaran nyaring. Anugerah menoleh memandang Sutra Ashikin dan
barulah dia sedari yang dia sedang mengelamun.
“Ya sayang.”
“Look at this. Is it pretty?” Sutra Ashikin
menunjukkan tepung yang sudah dilenyek-lenyeknya menjadi bentuk yang sukar
ditafsirkan oleh Anugerah.
“Cantik
sangat.” Pipi comel Sutra Ashikin diciumnya. Sutra Ashikin mengekek gelak
gembira karyanya dipuji oleh daddynya.
“Jom
keluar dengan daddy?”
“Where
to?” Petah Sutra Ashikin bertanya.
“Jogging.”
Sutra
Ashikin geleng. Bibirnya dicebikkan. “No.. I want to help nenek.” Pelat saja
Sutra Ashikin menolak ajakan Anugerah.
“Kita
pergi playground nak?” Pancing Anugerah. Sebenarnya dia sendiri merasa bosan
terperuk di dalam rumah itu sahaja. Lebih baik dia berjogging sambil membawa
anaknya bermain di padang permainan berdekatan.
“No...
nenek, nenek... engok daddy ni... tacau Sutra nak toyong nenek...” Comel saja
Sutra Ashikin berlari mendapatkan Puan Suci Harum.
“Kamu
nak ke mana Anugerah?”
“Nak
jogging kejap.”
“Tak
payahlah bawa Sutra.” Puan Suci Harum mencium dahi Sutra Ashikin. Anak kecil
itu puas hati neneknya menyebelahinya. Anugerah senyum. Dia gembira melihat
hubungan antara cucu dan nenek itu semakin rapat. Semoga hubungan mereka akan
berkekalan begitu.
*** Ada kawan baca Bab 5 BDD and terus sahaja komen "Eh! Macam cerita Cinta Untuk Emeldalah. Ops.... nantikan episod seterusnya. Baru boleh menilai yek... :) Ada berpuluh bab lagi ni... hehehe...
Salam sayang untuk semua
Alhamdulillah, I am back... lama tak ada internet... susah juga... nak on9 thru phone tak puasnya mata memandang skrin. A bouquet of roses untuk kawan-kawan di luar sana. Semoga ceria. Bagi yang ber olidays, happy olidays yek. With Love.... Liz Haliza.
Monday, February 25, 2013
Bila Darjatku Diangkat Bab 4
Sudah
hampir sejam Melly termenung di balkoni rumahnya. Pandangannya tersasar nun
jauh di tengah tasik yang berhadapan dengan villa miliknya. Sejak suaminya Tengku Anaz meninggal dunia beberapa
bulan yang lalu, jiwanya jadi kosong. Walaupun hidupnya dilimpahi dengan
kemewahan, tetapi dia tidak gembira. Kalaulah dia mempunyai zuriat dengan aruah
suaminya tentu jiwanya tidak kosong begini. Zuriat? Air matanya merembes keluar
saat perkataan zuriat itu terdetik di fikirannya.
“Puan
Melly.” Lembut suara Mak Zah memanggil. Melly tersentak. Dikesatnya air mata
yang deras mengalir.
“Saya
Mak Zah.”
“Bob
dah sampai.”
“Dah
sampai?” Soal Melly terpinga-pinga.
“Bukankah
Puan Melly kata kena pergi ke Melaka petang ni. Besok kan ada meeting di sana.”
Suara Mak Zah masih lagi lembut. Kasihan dia melihat majikannya ini. Sejak
kematian Tengku Anaz, wanita di hadapannya ini seperti hilang arah.
“Oh
ya Mak Zah. Saya lupalah. Suruh Bob tunggu. Setengah jam lagi saya turun.” Dengan
cepat Melly bersiap seadanya. Nasib baiklah pemergiannya ke Melaka hanyalah dua
hari satu malam sahaja jadi tidak banyak pakaian yang harus dikemas. Setengah
jam kemudian, beg pakaiannya sudah pun siap dimasukkan ke dalam kereta. Setelah
mengucapkan selamat tinggal kepada Mak Zah, kereta BMW milik Melly pun bergerak
meninggalkan Villa Amelia.
“Sorrylah
Bob. Saya terlupa tadi.”
Bob
memandang majikannya melalui cermin pandang belakang kereta. Wanita muda itu
tampak sangat ayu di matanya. Muda-muda lagi wanita itu sudah pun bergelar
janda. Jika wanita itu bukan majikannya, memang sudah lama dia minta ibunya
masuk meminang. Tidak betah membiarkan wanita secantik itu hidup sendirian.
“Tak
apalah Puan Melly. Kita ke Melaka saja. Bukannya jauh sangat.”
“Kalau
awak nak balik ke kampung awak, saya izinkan.” Melly tahu yang Bob berasal dari
Melaka dan kerana itu dia mengizinkan jika pemandunya itu mahu pulang menjenguk
ibu dan bapanya.
“Baik
Puan Melly. Terima kasih banyak-banyak.” Hati Bob berbunga riang. Dapatlah dia
menunjuk kereta BMW kepada orang kampungnya nanti. Jika sebelum ini dia pulang
ke kampung dengan hanya menaiki kereta Proton Iswara milik bapanya yang sudah
uzur itu, kali ini dapatlah dia berlagak dengan kereta mewah ini. Sudah
bermacam dialog direkanya di dalam kepala. Pasti Adelia anak Tok Hashim akan
terpegun melihat dia nanti. Tinggilah sahamnya selepas ini. Bolehlah dia masuk
meminang Adelia. Pasti Tok Hashim yang diketahuinya memilih bulu itu tidak akan
menolak.
“RISSA,
HARI NI aku balik lewat. Tak payah beli apa-apa untuk aku.” Sempat lagi Ameena
berpesan kepada Clarissa sebelum dia terkocoh-kocoh masuk ke dalam kereta. Inilah
akibatnya jika bergayut sakan dengan tunangnya malam tadi. Pagi ini dia
terlewat bangun kerana mengantuk. Aron berkrusus selama seminggu di Port
Dickson, jadi sudah seminggu jugalah mereka tidak bertemu. Bagi mengubat
kerinduan yang bersarang di hati, hanya telefonlah yang menjadi pengganti.
Clarissa
geleng kepala melihat gelagat Ameena. Belum sempat mulutnya menjawab, Ameena
sudah pun hilang dari pandangan mata. Clarissa menutup pintu pagar lalu
mendapatkan keretanya yang diparkir di luar. Dia masuk ke perut kereta dan
kunci kereta dipulas untuk menghidupkan enjin. Senyap. Enjin langsung tidak
mahu hidup. Dicubanya lagi tetapi masih sama. Clarissa merengus kasar. Masa ini
jugalah enjin keretanya mahu buat hal. Dia keluar dari kereta lalu membuka
bonet di hadapannya. Berpinar matanya memerhatikan enjin kereta yang langsung
tidak difahaminya itu. Dia merengus lagi.
“Assalammualaikum.
Tak baik merengus pagi-pagi ni.” Sapa seseorang mengejutkan Clarissa. Hampir
melompat Clarissa apabila menoleh ke arah pemilik suara yang menegurnya itu. Mahu
saja dia menangis meraung kerana ketakutan. Badannya mengigil-gigil. Didongaknya
ke langit, langit sudah pun cerah. Kenapa dia diduga siang-siang begini? Adakah
hantu wujud waktu ini? Sudah advance hantu sekarang. Siap pakai baju putih
jenama adidas lagi. Dah tak mainlah ikat kepala dan kaki.
“Are
you okey miss?” Soal lelaki di hadapannya. Clarissa tidak menjawab. Mukanya
sudah pucat lesi. Jika ditoreh pasti tiada darah yang mengalir keluar.
“Daddy.”
Seorang kanak-kanak perempuan berlari-lari dari perkarangan rumah Puan Suci
Harum lalu mendapatkan lelaki tadi. Mata Clarissa semakin bulat. Alamak, hantu
ni siap ada anaklah. Kata orang hantu kanak-kanak lagi nakal.
“Miss...
miss... are you okey?” Kali ini suara lelaki di hadapannya semakin kuat.
“Rissa,
kenapa ni nak?” Puan Suci Harum datang mendapatkan Clarissa. Dipegangnya jemari
Clarissa yang sejuk seperti ais batu itu. Dipeluknya tubuh Clarissa yang sedang
menggigil-gigil ketakutan. “Mengucap nak. Baca Al fatihah banyak-banyak.” Puan Suci
Harum membaca ayatul kursi lalu dihembusnya ke wajah Clarissa.
“Auntie...
bukankah abang Tabah dah... dah meninggal.” Terketar-ketar Clarissa
berkata-kata. Serentak dengan itu lelaki di hadapannya ketawa terbahak-bahak. Sampai
terbongkok-bongkok dia menekan-nekan perutnya. Puan Suci Harum juga begitu
tetapi lebih sopan jika dibandingkan dengan lelaki tadi.
“Lah...
sebab itu ke Rissa jadi pucat macam ni. Auntie ingat sebab nampak apa tadi. Ni
bukan abang Tabahlah. Ini kembar dia, Anugerah. Dialah anak auntie yang duduk
di Australia tu. Dah dua hari dia sampai sini.” Clarissa menarik nafas
kelegaan. Jantungnya kembali normal. Nasib baik Puan Suci Harum datang
mendapatkannya jika tidak sudah keras dia di situ tadi. Tiba-tiba wajahnya
bertukar merah. Malunya dia bukan kepalang.
“Hantu
tak beri salam tau.” Senyuman Anugerah meleret. Sejak dua hari lepas dia
kebosanan duduk di sini tetapi hari ini pagi-pagi lagi jiwanya sudah digeletek
oleh Clarissa. Wajah Clarissa yang terkejut tadi masih terbayang-bayang di
ruang matanya.
“Er...
er... manalah tahu hantu baik ke.”
“Eh...
hantu pun ada baik jahat ke?”
“Sudahlah
kamu ni Anugerah. Cukup-cukuplah mengusik si Rissa ni. Kenapa dengan kereta
kamu ni Rissa?” Puan Suci Harum menampar lembut lengan Anugerah.
Clarissa
puas hati kerana Puan Suci Harum menyebelahinya. Dijelirkan lidahnya ke arah Anugerah
apabila Puan Suci Harum sedang ralit memerhatikan enjin kereta. Anugerah gelak
kecil.
“Entahlah
auntie. Tiba-tiba pulak kereta ni buat hal.”
“Bak
kunci kereta. Mari saya tengok-tengokkan.” Anugerah menawarkan diri untuk
membantu.
“Kunci
kat dalam tu.” Muncung Clarissa dihalakan ke kereta. Anugerah masuk ke dalam
kereta lalu mencuba untuk menghidupkan enjin. Beberapa minit kemudia dia keluar
semula.
“Dah
berapa lama beli kereta ni?”
“Dah
nak masuk dua tahun.”
“Pernah
tukar bateri?” Clarissa geleng kepala. “Sebelum ni ada alarm kereta buat hal
tak?” Clarissa angguk pula. Beberapa hari lepas baru saja dia mengalami masalah
itu tetapi tidak dirujuknya ke bengkel kerana masalah tersebut hanyalah
seketika saja. “Hmmm.... mungkin bateri kong kut tapi lebih baik kita panggil
Ah Hong, mekanik kat kedai depan tu.” Clarissa angguk bersetuju. Ni dah main
angguk-angguk, geleng-geleng ni. Dah macam lagulah pula.
Akhirnya
kereta milik Clarissa dapat dihidupkan. Betullah bateri yang menjadi masalah
utama. Setelah mengucapkan terima kasih kepada Anugerah yang banyak menolong, Clarissa
pun memandu ke pejabatnya. Nasib baiklah hari ini majikannya Puan Melly
outstation ke Melaka, jika tidak alamat kena bebellah dia.
Sepanjang
perjalanan ke pejabat, ingatan Clarissa hanya tertumpu kepada Anugerah. Peristiwa
dia terperanjat tadi membuatkan dia malu. Apabila diamatinya wajah Anugerah di
bengkel milik Ah Hong sewaktu mereka di sana, barulah dia perasan ada sedikit
kelainan di wajah lelaki itu dibandingkan dengan wajah Tabah. Macammanalah dia boleh terperanjat macam
begitu sekali tadi? Dia senyum kembali. Rissa.... Rissa.... memang poyolah kau ni.
*** BDD Bab 4 sebelum saya bercuti panjang daripada melayari internet, off sekejap beberapa minggu. Empat watak utama BDD telah pun ditonjolkan. Anugerah, Clarissa, Nazif dan Melly. Selamat membaca. Moga terhibur!
Tuesday, February 19, 2013
Bila Darjatku Diangkat Bab 3
BAB
3
Di
Kampung Air Mengalir, Melaka
Nazif meraup wajahnya. Kata-kata
Doktor Iqbal masih lagi terngiang-ngiang di telinga. Puas cuba dipadamkan
tetapi tidak berjaya. Matanya tertancap ke tubuh Marcella isterinya yang sedang
lena di atas katil. Wajah itu direnungnya sayu. Diperhatikan pula rambut
Marcella yang dulunya subur dan panjang mengurai tetapi sekarang sudah hampir
botak. Dengan hanya melihat, dapat Nazif rasai penderitaan wanita yang
dicintainya itu.
“Abang...” Lemah suara Marcella
memanggil nama suaminya. Nazif tersentak. Air mata yang sudah bergenang di
kelopak mata diseka supaya Marcella tidak melihat dia bersedih. Dia tidak mahu
wanita itu makin terseksa.
“Ya sayang.” Jemari Marcella diusap
lembut.
“Abang menangis?”
“Eh! Tak. Mana ada.” Dalih Nazif
sambil berusaha untuk senyum.
“Ya, abang menangis.”
“Abang cuma rindukan Cella.”
“Cella rindukan anak kita, Aira.”
“Nanti kita balik rumah ya sayang. Aira
memang tengah tunggu Cella. Dia pun rindukan Cella.” Dahi Marcella diusap
lembut. Sudah hampir sebulan Marcella menghuni bilik ini. Sebelum ini kesihatan
Marcella tidaklah seteruk ini tetapi sebaik kimoterapi dijalankan, Marcella
jadi semakin lemah. Menurut Doktor Iqbal, ini adalah kesan rawatan kimoterapi. Marcella
telah dikesan menghidap barah payudara peringkat ke tiga. Marcella tiba-tiba
pengsan sewaktu di tempat kerja. Sebelum itu, Marcella hanya demam selama tiga
minggu. Setelah pelbagai ujian dijalankan, doktor mengesan penyakit Marcella. Walupun
pahit untuk mereka telan tetapi itulah kenyataannya. Hendak atau tidak, suka
atau benci kehidupan perlu diteruskan.
“Apa kata doktor?”
Nazif tidak terus menjawab. Diciumnya
pipi Marcella. “Doktor kata lepas kimoterapi ni InsyaAllah, Cella akan sembuh.”
“Betul ke bang?” Sebuah senyuman
terukir di bibir Marcella. Wajah Marcella penuh pengharapan. Tidak tergamak
Nazif melihat wajah itu tetapi demi memberi harapan kepada Marcella, dia perlu
kuat.
“Betul. Isteri abang ni kan kuat. Abang
yakin yang Cella akan sembuh. Cuma satu pesan abang, Cella janganlah stress. Sakit
macam Cella ni tak boleh stress. Abang sentiasa ada di belakang Cella untuk
menyokong Cella.”Janji Nazif.
“Terima kasih bang. Tak sabar
rasanya nak balik ke rumah, nak masakkan untuk Aira, nak masakkan untuk abang.”
“Abang pun tak sabar nak makan asam pedas
ikan pari masakan Cella.”
“Nanti Cella masakkan abang ya. Cella
panaslah bang. Panas sangat.” Rengek Marcella sambil dengan lemah tangannya
mengipas-ngipas tubuhnya.
“Sabar ya sayang, kesan kimoterapi. Sayang
tidur dulu. Rehat.” Marcella terus memejamkan matanya. Harapannya agar dia
boleh lena dan mengurangkan sedikit ketidakselesaan yang sedang dialaminya kala
ini.
Nazif bangun lalu keluar dari bilik.
Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.
“Maafkan saya Encik Nazif. Kita baru
mengesan yang kanser telah merebak ke paru-paru Puan Marcella.” Itulah
kata-kata Doktor Iqbal yang kuat kedengaran mengganggunya.
“Tapi doktor kata selepas pembedahan
dia akan pulih?”
“Encik Nazif, saya katakan yang
peluangnya untuk pulih ada. Penyakit Puan Marcella dikesan agak lewat, kita
akan berusaha yang termampu. Yang lain kita serahkan kepada Allah s.w.t. Berdoalah
kerana ianya senjata paling baik.” Tubuh Nazif lemah. Harapannya seakan musnah.
Tidak sanggup dia kehilangan isteri sebaik Marcella.
“Abang Nazif.” Nyaring suara Nana
mengejutkan Nazif. Nazif tersentak.
“Lah Nana, lama sampai?” Nana adalah
adik Nazif. Mereka tinggal serumah. Nanalah yang bergilir menjaga Marcella di
hospital jika Nazif ada urusan lain.
“Tak adalah lama. Abang buat apa kat
luar ni? Kak Cella okey?”
“Kak Cella tidur. Aira macammana?”
“Mengamuk nak ikut Nana tadi. Menjerit-jerit
nak jumpa mama dia.”
“Kalau macam tu abang balik dulu. Kalau
Kak Cella tanya, cakap yang abang balik kejap ya.” Nana angguk. Dia
memerhatikan abangnya pergi sehingga hilang dari pandangan matanya. Hatinya
sayu. Besar sungguh dugaan yang perlu ditanggung oleh abangnya itu. Dia masuk
ke bilik yang menempatkan Marcella. Sekarang gilirannya pula menjaga Marcella
untuk membolehkan Nazif balik dan berehat sebentar di rumah.
SAMPAI
SAHAJA DI MUKA PINTU, Aira terus menerpa menyambut kepulangan Nazif.
“Papa, mana mama?” Itulah soalan
wajib yang akan disoal oleh Aira setiap kali Nazif pulang ke rumah.
“Mama sakit sayang. Ada di hospital.
Doktor nak rawat mama dulu. Nanti mama balik ya sayang.” Pujuk Nazif. Dia tahu
Aira amat merindui Marcella. Sudah sebulan Aira tidak berjumpa dengan Marcella
kerana Nazif tidak sanggup melihat penerimaan Aira apabila melihat fizikal
ibunya yang berubah. Takut Aira akan memberontak. Ini akan menambahkan tekanan
kepada Marcella.
“Aira rindu mama.” Muncung Aira
sudah panjang.
“Papa tahu tapi mama sakit. Aira
sayangkan mama kan. Biar doktor rawat mama betul-betul, lepas tu baru mama
boleh balik.” Nazif duduk di sofa untuk melepaskan lelah. Aira terus duduk di
atas ribaannya.
“Aira nak buatkan mama kad. Nanti
papa beri pada mama ya.”
“Okey.” Angguk Nazif. Aira berlari
masuk ke biliknya. Kasihan Nazif melihat Aira. Kerinduan jelas terpancar di
mata anak tunggalnya itu. Enam tahun. Enam tahun adalah umur yang terlalu muda
untuk memahami apa yang berlaku tetapi Aira anak yang baik. Dia seperti tahu
apa yang berlaku kepada mamanya dan tidak banyak kerenah. Kadangkala walaupun
Aira merengek tetapi apabila dipujuk, mudah saja Aira diam dan mendengar kata.
“Macammana Cella?” Soal Puan Fatimah
iaitu ibu kepada Nazif.
“Macam tulah mak. Lemah. Pucat. Muntah-muntah.”
Jawab Nazif lemah.
“Kesan kimolah tu. Sabarlah Jib. Mak
doakan Cella cepat sembuh. Jangan putus harapan. Banyak kes pesakit kanser yang
bebas dari kanser selepas mengikuti setiap rawatan yang doktor sarankan. Yang
penting banyakkan berdoa. Ajal maut di tangan Allah.” Puan Fatimah tahu Nazif
menderita. Dia tidak mahu Nazif putus asa. Kekuatan Nazif adalah kekuatan
Marcella juga.
“Insyaallah mak. Jib nak mandi dulu
mak. Sekejap lagi nak ke hospital semula.”
“Ha, yelah. Pergilah mandi dan
berehat. Mak masak dulu. Boleh bawa bekal ke hospital nanti.” Mereka sama-sama
meninggalkan ruang tamu. Nazif masuk ke biliknya manakala Puan Fatimah ke
dapur.
“Cantiknya lukisan Aira.” Puji Nazif
sebaik masuk ke bilik. Aira sedang tekun melukis di atas kertas buku tulis yang
telak dikoyakkan. Gambar seorang kanak-kanak yang dipegang oleh seorang lelaki
dan seorang perempuan, benar-benar menyentuh perasaan Nazif. Dia tahu itu
adalah mereka. Dia, Marcella dan Aira.
“Nanti papa beri pada mama tau.”
“Hmmm... Aira buat cantik-cantik ya
sayang. Mesti mama suka.”
“Nanti Aira nak letak bedak. Biar
wangi.”
“Pandai anak papa.” Hampir mengalir
air mata Nazif mendengar kata-kata Aira. Betapa anak kecil itu mengharapkan
lukisan itu sebagai pengganti dirinya buat menceriakan hati seorang ibu.
“Mestilah pandai. Mama yang ajar
Aira lukis.” Sahut Aira bangga. Dia tersenyum menampakkan gigi depannya yang
sudah ronggak.
“Papa mandi dulu ya sayang.”
“Okey.” Jawab Aira ringkas. Tumpuannya
masih lagi tertumpu kepada lukisan di hadapannya. Diwarnakan lukisannya sebaik
mungkin agar tampak cantik dan menarik.
Monday, February 18, 2013
Bila Darjatku Diangkat - Bab 2
BAB
2
Edris
Shah Anugerah tersenyum puas hati
melihat beg pakaiannya yang sudah siap dikemas. Tinggal beberapa hari lagi dia
akan meninggalkan bumi kangaroo ini. Bumi yang meninggalkan banyak kenangan
buatnya dan bumi yang menyimpan rahsia besarnya. Rindunya terhadap ibu, ayah,
Curnia serta adiknya Hafshah sudah tidak tertahan lagi. Bagaimanakah wajah
mereka sekarang. Lima tahun dia tidak pulang ke Malaysia. Walaupun pelbagai
teknologi terkini sudah ada untuk mereka berkomunikasi tetapi kerana rahsia
yang disimpannya, dia lebih suka menghubungi keluarganya dengan hanya menulis
surat sahaja.
“Daddy...”
Sergah Sutra Ashikin sambil menepuk bahu Anugerah. Telefon bimbit yang
sememangnya digenggam oleh Anugerah sejak tadi terlepas ke lantai.
“Sayang...”
Marah Anugerah.
“O.....
O..... ” Ucap Sutra Ashikin sambil tangan comelnya menutup sebahagian besar
mulutnya.
“Lain
kali janganlah terperanjatkan daddy macam tu.” Hidung Sutra Ashikin ditarik
lembut. Selepas itu Anugerah membongkok mengambil telefon bimbitnya pula.
“Belanganlah
tu.” Dengan bijak Sutra Ashikin menegur daddynya.
“Mana
ada belangan.... beranganlah.” Sutra Ashikin mengekek gelak. Kelakar benar pada
pendengarannya apabila Anugerah membetulkan sebutannya.
“Daddy.....
nenek baik tak?” Tiba-tiba soalan itu terpacul keluar dari mulut Sutra Ashikin.
Anugerah terdiam. Otaknya terus melayang mengingati Puan Suci Harum. Wajah
lembut Puan Suci Harum membuatkan hati Anugerah tiba-tiba sebak. Baru dia
menyedari betapa dia merindui wajah itu.
“Baik
sangat. Lemah-lembut dan yang paling penting pandai memasak.”
“Really.”
“Ye
lah. Nenek tak pernah marah daddy.”
“Is
that true? Kenapa daddy selalu malah Sutra?” Soal Sutra Ashikin pelat.
“Hey...
mana ada daddy marah sayang.”
“Hali
tu daddy malah bila Sutra tak brush teeth before sleep?” Anugerah gelak besar. Ada-ada
saja buah hatinya yang seorang ini.
“Kenalah
marah, kalau tak marah nanti Sutra tak takut dan tak mahu brush teeth. Kalau
tak brush teeth before sleep, gigi Sutra rosak. Bila dah rosak gigi akan tercabut
dan anak daddy tak cantiklah nanti.” Panjang dan lebar Anugerah menerangkan
mengapa dia memarahi anaknya sebelum ini. Sutra Ashikin angguk tanda faham.
“Atuk
baik?” Soalan itu pula diajukan kepada Anugerah.
“Atuk
pun macam nenek. Baik sangat.” Puji Anugerah. Memang diakui yang ayah tirinya, Encik
Hafsham amat diplomasi dan seorang ayah yang amat memahami. Dua tahun selepas
perkahwinan abang sulungnya Curnia, ibunya bertemu jodoh dengan Encik Hafsham
duda anak seorang. Anak Encik Hafsham iaitu Hafshah telah dianggapnya seperti
adik kandungnya sendiri. “Sutra Ashikin pergi depan, daddy nak kemas sikit
lagi.” Arah Anugerah. Sebenarnya dia mahu hanyut dalam kenangan antaran dirinya
dan kedua ibu bapanya. Sungguh indah kenangan itu dan dia mahu menikmatinya
seorang diri.
“Okey.”
Tanpa banyak soal,terus sahaja Sutra Ashikin mengikut arahan. Liuk lintuk Sutra
Ashikin yang berjalan sambil memakai skirt pendek itu membuatkan Anugerah
senyum simpul. Comel benar Sutra Ashikin di matanya.
“DAH
KEMAS SEMUANYA?” Soal Kak Sarimah sambil meletakkan pinggan berisi spageti
goreng di atas meja makan.
“Ada
sikit saja lagi tak settle.” Jawab Anugerah sambil menarik kerusi lalu duduk. Kak
Sarimah juga melakukan perkara yang sama. Dia duduk di hadapan Anugerah.
“Anugerah
tak balik sini semula ke?”
“Entahlah
Kak Mah. Saya pun tak ada apa-apa plan lagi. Tengok dululah macammana
penerimaan ibu. Kak Mah fahamkan?” Anugerah melepaskan satu keluhan.
“InsyaAllah,
ibu Anugerah akan dapat menerima Sutra dengan baik. Kak Mah yakin.”
“Saya
takut ibu terkejut dengan kehadiran Sutra.”
“Orang
tua. Macammana pun mereka terkejut tetapi Sutra tetap cucu mereka. Air
dicincang takkan putus. Lagi-lagilah keletah Sutra yang comel sangat tu.”
“Harap-harap
macam tulah Kak Mah.”
“Kak
Mah yang sedih sebab tak dapat nak jaga Sutra lagi.” Air mata sudah bergenang
di mata Kak Sarimah. Sayu benar hatinya mengenangkan perkara itu. Dialah yang
menjaga Sutra Ashikin jika Anugerah keluar bekerja. Sutra Ashikin sudah
dianggapnya seperti darah dagingnya sendiri.
“Janganlah
macam tu Kak Mah. Malaysia tukan tanah air kita. Bila Kak Mah balik ke Pahang, singgahlah
di Kuala Lumpur dahulu.”
“Insyaallah.”
Kak Sarimah angguk. Sudah hampir lima belas tahun Kak Sarimah sekeluarga menetap
di Australia. Dia mengikut suaminya yang bekerja di sana. Pada mulanya mereka
sekeluarga hanya mahu menetap seketika sahaja di situ tetapi kerana ramai
rakyat Malaysia yang menetap di Australia, mereka terasa seperti menetap di
tanah air sendiri. Tidak disedari lima belas tahun berlalu dengan cepat.
“Terima
kasih ya Kak Mah, selama ni Kak Mah banyak tolong saya. Kalau Kak Mah tak ada
tolong tengok-tengokkan Sutra, tak tahulah macammana keadaan saya jaga Sutra seorang
diri. Tak mampu saya nak balas jasa baik Kak Mah.” Kak Sarimah sebak. Penghargaan
yang diberikan oleh Anugerah umpama pujian buatnya.
“Ya
Allah Anugerah, jangan cakap macam tu. Kak Mah dah anggap Anugerah macam adik
Kak Mah sendiri, Sutra tu pun Kak Mah dah anggap macam anak sendiri.” Sudah
bertahun mereka hidup berjiran. Susah senang mereka lalui bersama. Maklumlah, keluarga
semuanya jauh di Malaysia, hanya kepada jiran terdekatlah mereka mengadu nasib.
“Cakap
kat Abang Khalid, cepat-cepat balik Malaysia. Boleh kita berjiran di sana
pula.”
“Kak
Mah pasti akan balik ke Malaysia satu hari nanti. Lambat atau cepat aje yang
tak tahu lagi. Makanlah spageti ni. Kak Mah nak balik dulu. Sekejap lagi Abang
Khalid kau balik.”
Anugerah
angguk. Kak Sarimah bangun tetapi berpatah semula. “Sutra mana?”
“Dalam
biliklah tu. Kalau dah senyap, adalah projek yang dia buat.”
“Sutra.”
Jerit Kak Sarimah memanggil Sutra Ashikin. Senyap. Tiada sahutan. “Kak Mah nak
pinjam Sutra. Nak bawa balik rumah. Manalah anak dara sorang ni?”
“Kejap
Kak Mah. Biar saya panggil dia.” Anugerah menuju ke bilik Sutra Ashikin. Didapatinya
Sutra Ashikin sedang tidur sambil memeluk patung powerpuff girl. Anugerah
keluar lalu mendapatkan Kak Sarimah semula. “Sleeplah Kak Mah.”
“Ohhh....
takpalah. Nanti Kak Mah datang lagi.” Kak Sarimah berlalu keluar. Anugerah
kembali ke meja makan. Spageti goreng di atas meja dijamah sedikit. Bibirnya
mengukirkan senyuman. Sedapnya air
tangan Kak Sarimah. Tangannya laju menikmati hidangan di depan mata.
“ABANG
LONG.” Jerit Anugerah teruja saat melihat kelibat abang sulungnya Curnia di
KLIA. Dengan cepat kaki dihayun ke arah Curnia.
“Oh
my gosh.... you look...” Kata-kata Curnia terhenti saat matanya
tertancap ke wajah seorang anak comel yang sedang memegang erat tangan
Anugerah.
“What?
Tua sangat ke bang long? Bang long pun nampak berbeza. Dah macam gaya YB pun
ada.” Usik Anugerah dan mereka pun berpelukan melepaskan kerinduan yang
bersarang. Ada air jernih yang mengalir di pipi Curnia. Entahlah semakin
usianya meningkat, jiwanya semakin sensitif. Memeluk Anugerah umpama dia
memeluk Tabah. Itulah yang membuatkan airmata jantannya tumpah.
“Siapa
princess yang comel ni?” Terus saja Curnia mencangkung dan memegang pipi Sutra
Ashikin.
“Sutra
Ashikin.” Jawab Sutra Ashikin petah.
“What
a lovely name.” Puji Curnia. Tangan dihulurkan lalu disambut oleh Sutra
Ashikin. Curnia bangun lalu merenung ke dalam mata Anugerah. Seperti faham apa
yang bergolak di dalam fikiran abangnya itu, terus sahaja Anugerah bersuara.
“My
daughter.” Curnia terpaku.
“Daughter?”
“Anugerah
dah kahwin bang long. Sebab Sutralah Anugerah tak balik Malaysia.”
“Erk....
jom ke kereta. Lebih selesa untuk bersembang.” Ajak Curnia. Sebenarnya dia
kehilangan kata-kata.
Sepuluh
minit kemudian mereka sudah pun memulakan perjalanan mereka untuk ke rumah Puan
Suci Harum. Suasana di dalam kereta masih lagi hening. Tiada sesiapa yang
memulakan bicara. Sutra Ashikin juga hanya menumpukan sepenuh perhatiannya
memerhatikan keindahan bumi Malaysia yang belum pernah diterokai oleh mata
bundarnya. Asyik dia memerhati sehinggakan dia langsung tidak berbunyi.
Anugerah juga begitu, asyik memerhati bumi Malaysia yang telah ditinggalkannya
selama lima tahun itu. Rindu benar dia untuk menghirup udara tanah tumpah
lahirnya.
Curnia
pula sibuk memikir tentang Anugerah. Otaknya tak henti bertanya
kenapakah?Bagaimanakah? Siapakah dan pelbagai persoalan lain yang menyerang
mindanya sejak Anugerah memperkenalkan Sutra Ashikin.
“Bang
long mesti pelikkan dengan apa yang berlaku.” Tiba-tiba Anugerah memecahkan
kesunyian. Dipandangnya wajah Curnia yang sedang khusyuk memandu.
“Apa
yang peliknya, bang long pergi Hatyai seminggu bawa isteri, Anugerah pergi
Australia lima tahun bawa anak dara.” Curnia cuba berseloroh.
Anugerah senyum hambar. “Tapi
perkahwinan bang long dapat restu ibu.”
“Boleh bang long tahu kenapa Anugerah
tak beritahu keluarga di Malaysia?”
“Susah nak cakaplah bang long.”Keluh
Anugerah.
Melihat Anugerah sedikit muram,
Curnia rasa serba salah. Sepatutnya kepulangan Anugerah perlu disambut dengan
penuh rasa gembira. “Yang penting sekarang ni keluarga kita bersatu kembali.”
“Macammana agaknya penerimaan ibu?”
“Ibu kita ibu yang terhebat di
dunia. Pasti ibu dapat menerima Sutra Ashikin yang comel tu.” Walaupun Curnia
sendiri tidak pasti dengan penerimaan ibu mereka tetapi dia cuba meleraikan
gelodak di hati Anugerah.
“Harap-harap begitulah.”
Tiada lagi sebarang perbualan
selepas itu. Yang ada hanyalah pertanyaan demi pertanyaan yang disuarakan oleh
Sutra Ashikin setiap kali dia melihat sesuatu yang menarik perhatiannya.
SEPERTI
DIJANGKA suasana riuh rendah di kediaman Puan Suci Harum bertukar sepi saat
Anugerah memperkenalkan Sutra Ashikin sebagai anaknya.
“Comelnya anak mommy long ni. Come
Qaseh, Sayang dan Indah. Bawa Sutra masuk dalam.” Fina berusaha menceriakan
suasana. Dia tidak mahu Sutra Ashikin terasa hati melihat suasana janggal ini.
Sutra Ashikin mengikut langkah sepupu-sepupunya masuk ke ruang tamu ke dua. Dia
seronok mendapat ramai kawan baru.
“Ada apa yang ibu perlu tahu?” Soal
Puan Suci Harum setelah mereka sekeluarga duduk di ruang tamu.
“Maafkan Anugerah bu. Tak terlintas
di hati Anugerah untuk menderhaka pada ibu. Semuanya berlaku terlalu pantas.”
“Kalau ibu tanya Anugerah kena jawab
dengan jujur. Sutra ni anak yang sah...”
“Sah tarafnya bu. Anak yang lahir
dari perkahwinan yang ada ijab dan kabulnya.” Potong Anugerah. Tidak sanggup
dia mendengar ibunya meragui status Sutra Ashikin.
“Cukuplah. Itu saja yang ibu mahu
tahu.”
“Ibu tak kecil hati dengan
Anugerah?”
Puan Suci Harum geleng. Sebuah
senyuman dihadiahkan kepada anak yang amat dirinduinya itu. “Ibu dah kehilangan
Tabah, ibu bersyukur kerana kehadiran Sutra menambahkan lagi ahli keluarga
kita.” Ya, wajah Sutra Ashikin begitu mirip dengan aruah Tabah. Walaupun dia
tahu Sutra Ashikin anak kandung Anugerah dan wajar wajah cucu barunya itu
semirip Tabah tetapi entah mengapa hatinya seperti melihat Tabah di dalam diri
Sutra Ashikin.
“Terima kasih bu.” Anugerah melutut
dihadapan ibunya. Tangan Puan Suci Harum diciumnya. Dia menangis teresak-esak.
*** Semoga terhibur !!!
Subscribe to:
Posts (Atom)





