Sudah
hampir sejam Melly termenung di balkoni rumahnya. Pandangannya tersasar nun
jauh di tengah tasik yang berhadapan dengan villa miliknya. Sejak suaminya Tengku Anaz meninggal dunia beberapa
bulan yang lalu, jiwanya jadi kosong. Walaupun hidupnya dilimpahi dengan
kemewahan, tetapi dia tidak gembira. Kalaulah dia mempunyai zuriat dengan aruah
suaminya tentu jiwanya tidak kosong begini. Zuriat? Air matanya merembes keluar
saat perkataan zuriat itu terdetik di fikirannya.
“Puan
Melly.” Lembut suara Mak Zah memanggil. Melly tersentak. Dikesatnya air mata
yang deras mengalir.
“Saya
Mak Zah.”
“Bob
dah sampai.”
“Dah
sampai?” Soal Melly terpinga-pinga.
“Bukankah
Puan Melly kata kena pergi ke Melaka petang ni. Besok kan ada meeting di sana.”
Suara Mak Zah masih lagi lembut. Kasihan dia melihat majikannya ini. Sejak
kematian Tengku Anaz, wanita di hadapannya ini seperti hilang arah.
“Oh
ya Mak Zah. Saya lupalah. Suruh Bob tunggu. Setengah jam lagi saya turun.” Dengan
cepat Melly bersiap seadanya. Nasib baiklah pemergiannya ke Melaka hanyalah dua
hari satu malam sahaja jadi tidak banyak pakaian yang harus dikemas. Setengah
jam kemudian, beg pakaiannya sudah pun siap dimasukkan ke dalam kereta. Setelah
mengucapkan selamat tinggal kepada Mak Zah, kereta BMW milik Melly pun bergerak
meninggalkan Villa Amelia.
“Sorrylah
Bob. Saya terlupa tadi.”
Bob
memandang majikannya melalui cermin pandang belakang kereta. Wanita muda itu
tampak sangat ayu di matanya. Muda-muda lagi wanita itu sudah pun bergelar
janda. Jika wanita itu bukan majikannya, memang sudah lama dia minta ibunya
masuk meminang. Tidak betah membiarkan wanita secantik itu hidup sendirian.
“Tak
apalah Puan Melly. Kita ke Melaka saja. Bukannya jauh sangat.”
“Kalau
awak nak balik ke kampung awak, saya izinkan.” Melly tahu yang Bob berasal dari
Melaka dan kerana itu dia mengizinkan jika pemandunya itu mahu pulang menjenguk
ibu dan bapanya.
“Baik
Puan Melly. Terima kasih banyak-banyak.” Hati Bob berbunga riang. Dapatlah dia
menunjuk kereta BMW kepada orang kampungnya nanti. Jika sebelum ini dia pulang
ke kampung dengan hanya menaiki kereta Proton Iswara milik bapanya yang sudah
uzur itu, kali ini dapatlah dia berlagak dengan kereta mewah ini. Sudah
bermacam dialog direkanya di dalam kepala. Pasti Adelia anak Tok Hashim akan
terpegun melihat dia nanti. Tinggilah sahamnya selepas ini. Bolehlah dia masuk
meminang Adelia. Pasti Tok Hashim yang diketahuinya memilih bulu itu tidak akan
menolak.
“RISSA,
HARI NI aku balik lewat. Tak payah beli apa-apa untuk aku.” Sempat lagi Ameena
berpesan kepada Clarissa sebelum dia terkocoh-kocoh masuk ke dalam kereta. Inilah
akibatnya jika bergayut sakan dengan tunangnya malam tadi. Pagi ini dia
terlewat bangun kerana mengantuk. Aron berkrusus selama seminggu di Port
Dickson, jadi sudah seminggu jugalah mereka tidak bertemu. Bagi mengubat
kerinduan yang bersarang di hati, hanya telefonlah yang menjadi pengganti.
Clarissa
geleng kepala melihat gelagat Ameena. Belum sempat mulutnya menjawab, Ameena
sudah pun hilang dari pandangan mata. Clarissa menutup pintu pagar lalu
mendapatkan keretanya yang diparkir di luar. Dia masuk ke perut kereta dan
kunci kereta dipulas untuk menghidupkan enjin. Senyap. Enjin langsung tidak
mahu hidup. Dicubanya lagi tetapi masih sama. Clarissa merengus kasar. Masa ini
jugalah enjin keretanya mahu buat hal. Dia keluar dari kereta lalu membuka
bonet di hadapannya. Berpinar matanya memerhatikan enjin kereta yang langsung
tidak difahaminya itu. Dia merengus lagi.
“Assalammualaikum.
Tak baik merengus pagi-pagi ni.” Sapa seseorang mengejutkan Clarissa. Hampir
melompat Clarissa apabila menoleh ke arah pemilik suara yang menegurnya itu. Mahu
saja dia menangis meraung kerana ketakutan. Badannya mengigil-gigil. Didongaknya
ke langit, langit sudah pun cerah. Kenapa dia diduga siang-siang begini? Adakah
hantu wujud waktu ini? Sudah advance hantu sekarang. Siap pakai baju putih
jenama adidas lagi. Dah tak mainlah ikat kepala dan kaki.
“Are
you okey miss?” Soal lelaki di hadapannya. Clarissa tidak menjawab. Mukanya
sudah pucat lesi. Jika ditoreh pasti tiada darah yang mengalir keluar.
“Daddy.”
Seorang kanak-kanak perempuan berlari-lari dari perkarangan rumah Puan Suci
Harum lalu mendapatkan lelaki tadi. Mata Clarissa semakin bulat. Alamak, hantu
ni siap ada anaklah. Kata orang hantu kanak-kanak lagi nakal.
“Miss...
miss... are you okey?” Kali ini suara lelaki di hadapannya semakin kuat.
“Rissa,
kenapa ni nak?” Puan Suci Harum datang mendapatkan Clarissa. Dipegangnya jemari
Clarissa yang sejuk seperti ais batu itu. Dipeluknya tubuh Clarissa yang sedang
menggigil-gigil ketakutan. “Mengucap nak. Baca Al fatihah banyak-banyak.” Puan Suci
Harum membaca ayatul kursi lalu dihembusnya ke wajah Clarissa.
“Auntie...
bukankah abang Tabah dah... dah meninggal.” Terketar-ketar Clarissa
berkata-kata. Serentak dengan itu lelaki di hadapannya ketawa terbahak-bahak. Sampai
terbongkok-bongkok dia menekan-nekan perutnya. Puan Suci Harum juga begitu
tetapi lebih sopan jika dibandingkan dengan lelaki tadi.
“Lah...
sebab itu ke Rissa jadi pucat macam ni. Auntie ingat sebab nampak apa tadi. Ni
bukan abang Tabahlah. Ini kembar dia, Anugerah. Dialah anak auntie yang duduk
di Australia tu. Dah dua hari dia sampai sini.” Clarissa menarik nafas
kelegaan. Jantungnya kembali normal. Nasib baik Puan Suci Harum datang
mendapatkannya jika tidak sudah keras dia di situ tadi. Tiba-tiba wajahnya
bertukar merah. Malunya dia bukan kepalang.
“Hantu
tak beri salam tau.” Senyuman Anugerah meleret. Sejak dua hari lepas dia
kebosanan duduk di sini tetapi hari ini pagi-pagi lagi jiwanya sudah digeletek
oleh Clarissa. Wajah Clarissa yang terkejut tadi masih terbayang-bayang di
ruang matanya.
“Er...
er... manalah tahu hantu baik ke.”
“Eh...
hantu pun ada baik jahat ke?”
“Sudahlah
kamu ni Anugerah. Cukup-cukuplah mengusik si Rissa ni. Kenapa dengan kereta
kamu ni Rissa?” Puan Suci Harum menampar lembut lengan Anugerah.
Clarissa
puas hati kerana Puan Suci Harum menyebelahinya. Dijelirkan lidahnya ke arah Anugerah
apabila Puan Suci Harum sedang ralit memerhatikan enjin kereta. Anugerah gelak
kecil.
“Entahlah
auntie. Tiba-tiba pulak kereta ni buat hal.”
“Bak
kunci kereta. Mari saya tengok-tengokkan.” Anugerah menawarkan diri untuk
membantu.
“Kunci
kat dalam tu.” Muncung Clarissa dihalakan ke kereta. Anugerah masuk ke dalam
kereta lalu mencuba untuk menghidupkan enjin. Beberapa minit kemudia dia keluar
semula.
“Dah
berapa lama beli kereta ni?”
“Dah
nak masuk dua tahun.”
“Pernah
tukar bateri?” Clarissa geleng kepala. “Sebelum ni ada alarm kereta buat hal
tak?” Clarissa angguk pula. Beberapa hari lepas baru saja dia mengalami masalah
itu tetapi tidak dirujuknya ke bengkel kerana masalah tersebut hanyalah
seketika saja. “Hmmm.... mungkin bateri kong kut tapi lebih baik kita panggil
Ah Hong, mekanik kat kedai depan tu.” Clarissa angguk bersetuju. Ni dah main
angguk-angguk, geleng-geleng ni. Dah macam lagulah pula.
Akhirnya
kereta milik Clarissa dapat dihidupkan. Betullah bateri yang menjadi masalah
utama. Setelah mengucapkan terima kasih kepada Anugerah yang banyak menolong, Clarissa
pun memandu ke pejabatnya. Nasib baiklah hari ini majikannya Puan Melly
outstation ke Melaka, jika tidak alamat kena bebellah dia.
Sepanjang
perjalanan ke pejabat, ingatan Clarissa hanya tertumpu kepada Anugerah. Peristiwa
dia terperanjat tadi membuatkan dia malu. Apabila diamatinya wajah Anugerah di
bengkel milik Ah Hong sewaktu mereka di sana, barulah dia perasan ada sedikit
kelainan di wajah lelaki itu dibandingkan dengan wajah Tabah. Macammanalah dia boleh terperanjat macam
begitu sekali tadi? Dia senyum kembali. Rissa.... Rissa.... memang poyolah kau ni.
*** BDD Bab 4 sebelum saya bercuti panjang daripada melayari internet, off sekejap beberapa minggu. Empat watak utama BDD telah pun ditonjolkan. Anugerah, Clarissa, Nazif dan Melly. Selamat membaca. Moga terhibur!
Lamanya cuti Puan Liz... Rindulah dengan Anugerah... eh... wakaka
ReplyDeleteYang, terpaksa le... hehe
ReplyDelete