Monday, February 24, 2014

Good morning gojes

Assalammualaikum... alhamdulillah dapat juga buka blog hari ini... Sekarang tengah mood CJLD. Tak sabar nak tggu cover CJLD. Dah pernah tengok cover CJLD tapi masa tu tak final lagi. Tak pasti samaada penerbit kekalkan cover yang itu atau tukar yang lain.

Lepas CJLD keluar mahu rasanya nak diam sekejap tak mahu masuk fb mahu pun medium yang lain sebab takut nak dengar segala komen. 

Rupanya novel nombor dua tekanannya lagi hebat sebab mesti reder akan bandingkan dengan novel yang pertama tapi bak pepatah melayu... jangan berumah di tepi pantai jika takut dilambung ombak.

Erk ... dah melalut bagi pepatah pepagi ni. Betul ke pepatah ni ke terbalik? (Mereng sikit pagi ni sampai konpius)

Untuk mss MMEH. progress dia memang slow sebab terlalu banyak idea. Hihihi... rial betul statement tapi memang betul tau. Tanyalah mana-mana writer, kalau banyak sangat idea mula pening nak selitkan macammana dalam manuskrip ataupun nak buat manuskrip lain ke. Macam ai ni... rumah penerbitan tak banyak jadi jarak untuk keluarkan novel tu lama jadi rasa nak sumbat semua dalam satu manuskrip. Udahnya bila baca balik terjojol biji mata. Bak kata Shuib Sepahtu "pening ar".

Kalau diri sendiri baca pun pening yang lain telahkan lagikan... jadi nak atasi masalah ni marilah menulis draf dengan teliti supaya hasilnya nanti bagus.

Sekarang ni memang tak ada lain... buat draf aje dulu... lepas tu padam... lepas tu tulis lagi... lepas tu padam. Habis tu bila masanya nak menaip?

Untuk memikirkan jawapan bagi soalan di atas, saya dengan ini mengundurkan diri. Salam sayang untuk semua. 


Liz Haliza