BAB
6
“Hai.”
Sapa Anugerah. Clarissa berhenti berlari. Dia melemparkan senyumannya kepada
lelaki itu.
“Hai
Abang Anu.”
“Tak
kerja?”
“Kerja.
Hari ni Rissa balik macam biasa. Tak ambil OT.”
“Mana
kawan yang sorang lagi tu?”
“Ameena?”
“Yelah
kut. Abang bukannya tahu nama dia.”
“Dia
balik lewat.Banyak kerja di office.” Clarissa berjalan perlahan. Banyak tanya
pula mamat sekor ni. Tak jawab karang dikatakan sombong pula. Dilayan alamat
tak boleh nak berjogginglah jawabnya.
“Dah
lama Rissa duduk di rumah tu? Dulu abang tak pernah nampak pun?”
“Macammana
nak nampak kalau tak pernah nak jenguk mak bapak.” Cabul saja bibir Clarissa
meluncurkan ayat itu. Dia terpana. Alamak, kenapalah mulutnya celupar sangat.
Anugerah
senyum kelat. Gadis di depannya ini boleh tahan juga celuparnya tetapi dia
tidak ambil hati kerana dia akui memang dia bukan anak yang baik. Jika tidak
masakan dia sampai hati membiarkan ayah dan ibunya merinduinya selama
bertahun-tahun. “Saya tak balik kerana bersebab.”
Pergh...
nasib baik dia tak marah. Clarissa menarik nafas kelegaan. “Mesti sebab
cintakan?”
“Ermmm..
susah nak explain.”
“Yelah
tu. Kalau bukan cinta takkan merajuk sampai begitu sekali. Abang Anu tak
payahlah nak susah-susah hati. Kat Malaysia ni ramai perempuan yang baik. Yang
boleh mencintai Abang Anu seikhlas hati. Buat apa nak merajuk sampai lari ke
overseas. Kat sana tak ada pasar malam, pasar tani, pasar ramadhan dan
macam-macam pasar lagilah. Rugi tau.”
Anugerah
senyum. Entah apa-apalah yang dibebelkan oleh minah sorang ni. Tak pasal-pasal
menyebut pasal pasar yang ada di Malaysia. Boleh tahan juga becoknya. Kalau
jadi isteri ni confirm tak senang duduk asyik kena bebel. “Rissa pernah pergi
Australia?”Anugerah mengubah perbualan.
“Tak
pernah. Mahal sangatlah nak pergi sana. Lebih baik pergi Indon.”
“Rugi
tak pergi sana. Ramai tau orang Malaysia yang menetap di Australia.”
“Nantilah.
Tunggu Rissa kumpul duit dulu.” Clarissa senyum. Siapa yang tak mahu pergi
melancong tetapi kewangan menjadi kekangan utama. Lagi pun baru dua tahun dia bekerja.
Walaupun bekerja di syarikat pelancongan utama di Malaysia tetapi dia hanya
berpeluang pergi ke negara-negara Asia Tenggara sahaja kerana tukaran wang
mereka tidaklah mahal sangat.
“Orang
kata jauh perjalanan luas pandangan.”
“Betul tu tapi kering poket merana
badan.” Anugerah ketawa mendengar jawapan Clarissa. Ada sahaja jawapan minah
comel ni.
“Er kalau Rissa tanya, Abang Anu jangan marah
yek?” Soal Clarissa ragu-ragu.
“Lain
macam saja bunyinya. Tanyalah.” Jawab Anugerah sambil tersenyum.
“Budak
comel aritu anak Abang Anu ke?”
“Haah.”
Ringkas sahaja jawapan Anugerah.
“Mommynya
mana?” Anugerah terkedu. Dia hilang kata-kata. Otaknya ligat berfikir untuk
memberikan jawapan yang sesuai.
“Kalau
Abang Anu tak nak beritahu tak apa. Rissa tak kisah.”
“Bukan,
susah nak cakap.”
“Abang
Anu terlanjur ke?” Terkejut beruk Anugerah mendengar pertanyaan Clarissa.
Memang tahap mak nenek mulut budak ni.
“Mintak
simpangkan. Tak adalah sampai terlanjur.”
“Ramai
orang yang Rissa kenal terlanjur sehingga mengandung tetapi yang Rissa rasa
amat marah ialah mereka menggugurkan kandungan mereka. Dahlah dosa berzina,
lepas tu buat pulak dosa membunuh. Rissa respect pada orang yang tidak membunuh
anak yang terjadi akibat terlanjur. Mereka ini wajar dipuji kerana tidak
melakukan pembunuhan. Bukanlah Rissa nak menggalakkan penzinaan dengan
kata-kata Rissa ni. Abang Anu fahamkan apa yang Rissa nak sampaikan?”
Dengan
wajah yang kelat Anugerah mengangguk. “Abang faham cuma abang nak betulkan
persepsi masyarakat di sini, asal seseorang itu mempunyai anak dan tidak tahu
siapa pasangannya terus saja dilabel mempunyai anak luar nikah. Tak baik
begitu. Setiap orang ada kisah yang tersendiri.”
Kali
ini giliran Clarissa pula terpana. “Kalau kata-kata Rissa tadi buat Abang Anu kecil
hati Rissa nak minta maaf.”
“Its
okey.”
“Tak
okey. Muka Abang Anu tu nampak sangat berubah.”
“Tak
berubahlah cuma terkejut sikit dengar pertanyaan Rissa. Kalah mulut aruah atuk
dan nenek abang tau.”
“
Maaflah, Rissa memang macam ni. Cakap terus-terang sebab Rissa tak suka
bercakap di belakang orang tu.”
“Kalau
abang minta sesuatu Rissa boleh tolong tunaikan tak?” Clarissa pelik. Aik, baru
dua, tiga kali jumpa dah nak minta tolong dah. Kalau dia minta benda yang tak
patut ditunaikan macammana? Bukan boleh caya kalau dah duduk overseas lama-lama
ni.
“Tak
bolehlah terus setuju, kena tahu dululah Abang Anu nak apa.”
“Abang
cuma nak minta sangat supaya Rissa jangan panggil abang dengan nama Abang
‘Anu’. Tak syok nak dengarlah.”
“Dah
nama Anugerah, panjang nak sebut jadi Rissa pendekkan jadi Anu.”
“Tapi
abang dengar macam lucahlah pulak. Macam anu...”
“Anu
apa?” Soal Clarissa tidak dapat menangkap maksud kata-kata Anugerah.
“Alah...
anu tu. Yang gitu-gitu.”
“Gitu-gitu
apa?”
“Yang
gitu-gitu. Erk yang dalam seluar tu.”
“Cehh...”
Tempelak Clarissa dan tidak semena-mena selepas itu dia ketawa terbahak-bahak.
Setelah tawanya reda dia menyoal. “ Habis tu nak panggil apa?”
“
Panggil abang ajelah kalau panjang sangat nak sebut Anugerah.”
“Okey.”
Mereka
berbual-bual sehinggalah sampai di rumah. Ternyata baik Anugerah mahupun
Clarissa, perbualan antara mereka ini telah menimbulkan perasaan aneh yang
sukar untuk ditafsirkan.
BAB
7
Malam
itu Clarissa dan Ameena bersembang-sembang sambil duduk di taman mini di hadapan
rumah mereka. Taman mini itu telah dibuat oleh pemilik asal rumah sewa mereka. Walau
pun kecil tetapi mereka seronok bersembang di situ sambil memerhatikan orang
yang lalu lalang. Deruan enjin motosikal membuatkan mereka terdiam sebentar. Mata
kedua-duanya terpaku kepada Anugerah yang baru saja pulang dari surau.
“Tengoklah
abang Anugerah tu. Setiap hari pergi surau. Sejuk mata aku memandang.” Puji
Ameena sambil matanya masih lagi memerhatikan kelibat Anugerah yang sedang
menutup pagar rumah.
“Susah
nak jumpa lelaki zaman sekarang lagi-lagi yang dah bertahun duduk overseas
pergi ke surau.” Clarissa pula memuji.
“Apa
lagi Rissa, kau tacklelah. Kau kan nak cari suami untuk akhirat. Manalah tahu Anugerah
ada ciri-ciri yang kau nak tu.”
“Poyolah
kau. Suami orang tu. Anak pun dah besar.”
“Tapi
mana isterinya?” Wajah Ameena sudah berkerut.
“Aku
ada tanya hari tu tapi dia tak jawab.”
“Dahsyatnya
kau.” Mata Ameena membulat. Terkagum sekejap dia mendengar pengakuan yang
dibuat oleh Clarissa.
“Yelah,
aku peliklah dah sebulan lebih dia duduk sini tapi bayang isterinya pun tak
nampak.”
“Entah-entah
single father kut?” Ameena serkap jarang.
“Kalau
single father kenapa dia tak jawab. Ini mesti ada sesuatu. Kau siasatlah Meena.
Kau kan menantu tak jadi auntie.”
Eiii...
kau jangan cakap lagi macam tu. Aku dengan Hafshah tu tak ada apa-apa
hubunganlah lagi pun dia budak lagilah. Kau aje yang memandai.”
“Alah
beza tiga tahun saja. Sekarang trendlah perempuan lebih tua kahwin dengan
lelaki lebih muda.”Clarissa gelak kecil.
“Habis
tu abang Aron aku tu nak letak mana?”
“Letak
tepilah.” Jawab Clarissa selamba.
“Kau
ni memang sewellah. Jom masuk. Aku dah ngantuk.”
Clarissa
gelak lagi. Dia suka melihat muncung Ameena yang panjang sedepa setiap kali dia
mengusik. Sahabatnya itu memang sangat comel.
“CLARISSA...” Melly mendekati
Clarissa yang sedang asyik menaip sesuatu di komputer.
“Ya
Puan Melly.” Jawab Rissa seraya bangun.
“Boleh
awak gantikan saya ke Kolej Universiti Utama? Sepatutnya saya perlu ke sana berjumpa
dengan marketing manager untuk bagi cenderamata ni sebagai tanda terima kasih
saya atas kerjasama yang terjalin dengan kolej tu selama ini. Dah dua minggu
saya tangguh. Nampak gayanya hari ni pun saya tak dapat juga pergi. Awak
gantikan saya.” Hati Clarissa bangga. Wah, dia dipilih untuk mewakili bossnya. Dengan
cepat Clarissa angguk. Peluang keemasan ini tidak boleh dilepaskan.
“Boleh
Puan Melly. Siapa yang saya perlu jumpa?”
“Puan
Azura. Marketing manager kat sana.” Satu envelope bersaiz A4 diserahkan kepada
Clarissa. Entah apa isinya Clarissa tidak tahu kerana envelope putih itu sudah
pun digam.
“Okey
boss.”
“Saya
keluar dulu. Ada meeting di Putrajaya.” Clarissa angguk lagi. Melly berlalu
meninggalkan pekerjanya itu. Dia perlu segera mendapatkan Bob yang sudah lama
menunggu.
Setelah
memberitahu kepada Kat yang dia perlu keluar atas arahan Puan Melly, Clarissa
pun memandu ke Kolej Universiti Utama yang terletak di Damansara. Dia tahu
kolej itu adalah salah satu kolej swasta yang terkenal di Malaysia. Pelajarnya
datang dari pelbagai negara seluruh dunia.
Setelah
memakirkan kereta, Clarissa mengatur langkah ke lobi kolej. Dia mendapatkan
penyambut tetamu yang ada di situ.
“Boleh
saya tolong cik?” Sopan sahaja penyambut tetamu berwajah comel menyambut kedatangan
Clarissa.
“I
want to see Puan Azura. Saya Rissa dari Asian Travel Agencies. Dia ada?”
“Maafkan
saya miss. Puan Azura sudah tidak bekerja di sini lagi.” Clarissa terkejut. Aik,
baru tadi bossnya memberitahu tentang pengurus pemasaran bernama Azura.
“Saya
nak jumpa marketing manager di sini.”
“Sebentar
ya miss.” Penyambut tetamu bernama Rika itu mendail telefon dan bercakap-cakap
seketika. Setelah telefon diletakkan, Rika memberi arahan supaya Clarissa naik
ke tingkat dua. Arahan dipatuhi. Pintu tertulis ‘Marketing Manager’ terpampang
di depan mata. Clarissa mengetuk daun pintu.
“Come
in.” Jawab suara di dalam. Dengan sopan Clarissa memulas tombol pintu.
“Abang
Anugerah?” Matanya terpaku melihat Anugerah. Biar benar ni.
“Rissa.
What are you doing here?” Anugerah juga terkejut besar.
“Actually
Rissa nak jumpa Puan Azura marketing manager kat sini tapi.....” Clarissa
terdiam.
“Oh....Rissa
ke yang datang dari Asian Travel Agencies tu. Actually abang gantikan tempat
Puan Azura yang baru dua hari notisnya tamat.”
“Oh....”
Clarissa angguk. Dah kerja rupanya mamat ni.
“Rissa
datang nak beri ni. Sepatutnya Puan Melly iaitu boss Rissa yang patut jumpa
abang. Dia pasti terkejut jika tahu Puan Azura dah resign.” Anugerah senyum
lebar. Dia sendiri pun terkejut yang dia bekerja di situ. Dua minggu lepas
kawannya Zainal yang menjadi pensyarah di situ memberitahunya yang Kolej
Universiti Utama memerlukan seorang pengurus pemasaran, terus saja dia memohon dan tidak sangka mungkin sudah tertulis rezekinya dia mendapat
jawatan tersebut. Ibunyalah yang paling gembira sekali menerima berita gembira
ini.
“Terima
kasih. Rissa tunggu sekejap ya.” Anugerah bangun dan keluar dari bilik.
Sepeninggalan Anugerah, Rissa mencuci matanya memerhatikan suasana sekeliling. Bilik
itu tampak kemas dan teratur. Ada bingkai gambar kecil terletak di sudut meja. Gambar
Sutra Ashikin sedang tersenyum membuatkan Clarissa juga senyum. Hatinya lapang
melihat senyuman comel itu.
“Hazel
nut cofee.” Dua mug berisi hazel nut kopi diletakkan di atas meja. Aromanya
yang harum membuatkan Clarissa tidak sabar-sabar mahu menjamahnya.
“Thanks.
Uish... tea lady pun abang ek?” Usik Clarissa.
“Apa
nak buat. Company kecik aje. Tak ada tea lady.”
“Mengada.
Company kecik konon.” Cebik Clarissa.
“Rissa
dah lama ke kerja dengan Asian Travel?”
Kopi
dihirup perlahan. Nikmatnya terasa. “Sejak Rissa grad. Dah dua tahun.”
“Susah
fresh graduate nak stay kat satu-satu company lebih dari dua tahun. Selalunya
mesti lompat kerja untuk cari gaji yang lebih besar.” Puji Anugerah.
“I’ll
take it as a compliments. Actually Rissa seronok kerja situ. Environment okey, kawan-kawan
best. Boss best. Gaji pun okey. Tak terfikir nak tukar kerja.”
“Untunglah
terus dapat company yang sesuai dengan jiwa. Kalau kerja dah stabil lepas ni
tunggu naik pelamin ajelah ya?” Clarissa terkedu. Nampaknya Anugerah cuba
mencungkil kisah cintanya.
“Naik
pelamin?”
“Kenapa?”
“Boyfriend
pun tak ada macammana nak naik pelamin.” Gelak Clarissa kedengaran manja.
“Carilah
satu. Kalau tak jumpa abang ada. Untung apa.” Sekali lagi Clarissa terkedu. Wajah
Anugerah di hadapannya ditenung tajam.
“Untung?
Perasan. Macammana abang tahu siapa yang dapat abang untung?”
“Sebab
buy one free one.” Clarissa gelak besar. Diikuti oleh Anugerah. Rupanya mamat
di hadapannya ini kelakar orangnya. Dia senang berbual-bual dengan lelaki ini. Hampir
dua jam baru Clarissa meminta diri. Hatinya riang. Sampai ke malam senyumannya
melebar. Clarissa Imani... kenapa dengan kau ni?
*** Untuk yang request BDD, ni dia bab 6 dan 7. Moga terhibur ya :D
Saya baru habis baca KU, best... saya suka sangat-sangat... sebab itu saya cari blog penulis dan saya baru folo blog ni. Tak sabar pula nak baca pasal anugerah. Selamat berkenalan.
ReplyDeleteSelamat berkenalan dear, terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca KU :)
ReplyDelete