"Bila darjatku diangkat aku umpama bidadari buat lelaki bernama suami"
BAB
13
Clarissa menyepak tayar keretanya. Nasib
baiklah dia perasan yang tayarnya pancit. Jika tidak pasti dia akan lebih susah
lagi jika tersadai di tepi jalan. Satu keluhan dilepaskan. Habislah dia. Pasti
dia akan lambat masuk ke pejabat lagi. Kalau dikira hari ini, sudah tiga kali
dia lambat untuk bulan ini. Rosaklah imej bersih yang dibawanya selama ini.
“Tayar tu tak salah pun.” Clarissa
menoleh. Dia melihat Anugerah sedang tersenyum kepadanya.
“Habislah Rissa.” Clarissa sudah
mahu menangis. “Masuk ni dah tiga kali Rissa lambat.”
“Pancit saja tu. Apa kata abang
hantar Rissa pergi kerja? Sempat lagi sampai pukul 9.00 kalau gerak sekarang.”Anugerah
memberikan cadangan. Lagipun tempat kerja Clarissa sejalan dengan tempat
kerjanya.
“Habis tu kereta Rissa ni
macammana?”
“Kereta Rissa tu, balik office nanti kita settlekan. Yang penting
sekarang ni ialah Rissa tak masuk lambat.”
“Ni yang buat Rissa sayang kat
abang.” Clarissa senyum. Anugerah terpaku.
“Daddy... daddy.” Nyaring suara Sutra
Ashikin menyentak lamunan Anugerah.
“Sutra Ashikin sayang. Cantiknya
hari ni. Siapa yang ikat rambut sayang ni?” Clarissa menegur lalu mencubit pipi
gebu itu. Wajah Sutra Ashikin berseri-seri dengan pujian Clarissa.
“Daddy yang itat lambut ni. Tantekkan
auntie?” Rambut yang diikat ekor kuda itu digoyang-goyangkan.
“Wah... untungnya Sutra ada daddy
yang hebat.”
“Daddy memang daddy yang hebat.” Ucap
Sutra Ashikin sambil memeluk Anugerah.
“Daddy nak pergi kerja dulu. Sayang
masuk dalam ye. Love you.” Anugerah mencium pipi Sutra Ashikin.
“Love you daddy. Bye-bye auntie.” Clarissa
memandang Sutra Ashikin hilang dari pandangannya. Rasa marahnya sebentar tadi
terus hilang setelah melihat wajah comel itu.
“Shall we.” Clarissa angguk. Dia
mengambil beg tangannya lalu masuk ke dalam kereta.
Dengan bacaan Bismillah, Anugerah
memulakan pemanduannya.
“Abang
tak lambat ke kalau hantar Rissa dulu?”Bimbang juga di hati Clarissa jika kerja
Anugerah terjejas gara-gara mahu menolongnya.
“Nama pun marketing. Masa kami
fleksibel.”
“Best kan. Tak macam Rissa.”
“Tapi tugasnya berat. Bukan senang
nak marketkan kolej kami. Sekarang ni banyak kolej-kolej swasta yang tumbuh
macam cendawan selepas hujan.”
“Thats why they choose you. Abang
mesti bijakkan?” Puji Clarissa. Anugerah senang dengan pujian itu. Sedari mula
bersua muka dengan Clarissa dia amat senang dengan sikap Clarissa yang selamba
dan kelakar. Tetapi tidak berani dia mendekati kerana dia ternampak seorang
lelaki sering saja menjemput Clarissa di rumah. Pasti Clarissa sudah mempunyai
teman lelaki. Entah mengapa perjalanan mereka hanya diisi dengan suasana sepi. Masing-masing
seperti kehilangan kata-kata sehinggalah sampai di Asian Travel Agencies. Setelah
mengucapkan terima kasih, Clarissa pun masuk ke pejabatnya.
MELLY
TERSENTAK dengan apa yang baru dilihatnya sebentar tadi. Dia menenyeh matanya
beberapa kali. Adakah dia bermimpi? Tidak, dia tidak bermimpi. Dia pasti dengan
apa yang dilihatnya. Jarak mereka hanyalah beberapa meter sahaja. Yang anehnya
lelaki itu seperti tidak sedar akan kehadirannya. Oh, baru dia teringat, cermin
keretanya kelihatan gelap jika dilihat dari luar. Patutlah lelaki itu tidak
mengendahkannya.
“Puan
Melly.” Panggil Bob. Dari tadi dia lihat majikannya seperti kaku.
Melly
tersentak. “Er... pukul 2.00 nanti ambil saya.” Bob angguk. Melly membuka
pintu kereta. Dia menapak keluar. Tidak sabar dia mahu bertanyakan kepada
Clarissa siapakah lelaki tadi. Otaknya ligat memikirkan pelbagai alasan agar
Clarissa tidak syak dengan soalannya.
“Morning
Puan Melly.” Sapa Clarissa, Kat dan Emma hampir serentak. Clarissa menghela
nafas panjang lega kerana hari ini dia datang awal. Ini semua hasil bantuan Anugerah.
“Morning.
Rissa, masuk ke bilik saya.” Tanpa berlengah terus sahaja Melly memanggil
Clarissa untuk masuk ke biliknya. Clarissa terpinga-pinga. Dia memandang Emma
yang menjongkitkan bahu.
“Apasal
dia nak jumpa aku pepagi ni?” Soal Clarissa kepada Kat dan Emma.
“Tulah
kau. Dok datang lambat saja.” Cebik Emma menambahkan debaran di hati Clarissa.
“Baru
dua kali babe.”
“Pergi
masuk cepat. Kang kau tahulah sebabnya.” Kata Kat pula. Clarissa mengetuk pintu
bilik Melly dan terus memulas tombol pintu.
“Puan
Melly nak jumpa saya ke?” Soal Clarissa sedikit gementar.
“Duduk
Rissa.” Arah Melly. Clarissa menurut arahan.
Pintu
bilik Melly tiba-tiba terbuka. Mak cik Noreen muncul menatang dulang berisi dua
cawan milo dan dua bungkus nasi lemak.
“Terima
kasih Mak cik Noreen.” Ucap Melly. Setelah Mak cik Noreen keluar barulah Melly
menjemput Clarissa minum.
“Nasi
lemak dengan milo ni sebab nak balas biskut dan milo yang awak bagi saya hari
tu.” Clarissa menarik nafas lega. Ingatkan apa tadi. Rupanya rezeki di pagi
hari. Alhamdulillah. Dengan pantas Clarissa mencapai nasi lemak di dalam
dulang.
“Buat
susah-susah saja Puan Melly ni.”
“Apa
yang susahnya. Kebetulan saya terserempak Mak cik Noreen masa nak masuk pejabat
tadi. Teruslah saya suruh dia belikan.” Jawab Melly. Memang betul pun. Sedang
dia berfikir alasan yang harus diberikan untuk berbual bebas dengan Clarissa
tanpa gangguan pekerja-pekerja lain, dia terserempak Mak Cik Noreen cleaner di
pejabatnya lalu sambil membawa plastik berisi sebungkus nasi lemak. Terus dia
menyuruh Mak cik Noreen membeli dua bungkus lagi nasi lemak buat dirinya dan
Clarissa.
“Saya
dah nampak boyfriend Rissa.” Tembak Melly. Harap-harap mengenalah tembakannya
ini. Clarissa nampak terkejut. Tidak jadi dia menyuap nasi lemak yang hampir
masuk ke mulutnya.
“Yang
mana?”
“Yang
hantar Rissa tadi.”
“Eh
Puan Melly, dia bukan boyfriend sayalah. Dia jiran saya. Pagi tadi tayar kereta
saya pancit jadi dia tolong hantarkan.” Melly angguk tanda faham. Hatinya lega
mendengar pengakuan Clarissa. Kalau itu bukan kekasih Clarissa maka dia ada
peluang untuk mendekati lelaki itu tetapi dia perlu menyiasat adakah lelaki itu
orang yang dia cari selama ini.
“Jiran
Rissa tu bujang lagi ke?”
“Duda
anak satu.” Kali ini jantung Melly berdegup kencang. Dia kehilangan kata-kata. Dihirupnya
milo agar Clarissa tidak dapat mengesan keresahan hatinya.
“Muda-muda
lagi dah duda.”
“Kasihan.
Masa umur anak dia dua tahun isteri dia meninggal. Sebab itu dia tak balik
Malaysia. Bertapa di Australia tak balik-balik. Baru tiga bulan ni dia pindah
tinggal di sini semula.” Melly kehampaan. Sewaktu perkataan Australia itu
disebut, dia tahu yang lelaki itu bukan orang yang dicarinya selama ini. Mereka
tidak banyak berbicara selepas itu. Masing-masing menikmati sarapan di depan
mata. Setelah Clarissa keluar dari bilik, Melly termenung lagi.
“Takkan
dia menghilangkan diri ke Australia selama ni? Setahu aku dia tak ada duit yang
banyak untuk tinggal di sana? Penyiasat upahan yang aku upah menyatakan lelaki
yang aku cari selama bertahun-tahun ini sudah meninggal dunia. Siap memberi
salinan surat mati sebagai bukti tetapi kenapa lelaki tadi iras benar dengan
dia? Ah Melly. Dalam dunia ni kan ada tujuh orang yang wajah seiras.” Bisik
Melly dalam hati. Tanpa disedari air matanya mengalir membasahi pipi.
Ketukan
di pintu membuatkan Melly tersentak. Dikesat pipinya yang basah.
“Masuk.”
Arahnya.
Emma
masuk membawa beberapa fail berwarna kelabu. “Ni yang Puan Melly minta semalam.
Semuanya ada dalam fail-fail ni.”
“Terima
kasih Emma. Letak saja di situ. Nanti saya akan tengok.” Emma patuh. Fail-fail
tersebut diletakkan di atas meja.
“Saya
keluar dulu puan.”
“Erk
pukul 2.00 petang ni saya keluar. Awak minta Suffian hantarkan surat ni dan
balik semula sebelum saya keluar.”
“Baik
Puan.”
Suffian
adalah despath yang bekerja di pejabatnya. Suffian juga adalah adik sepupunya. Dia
mahu memberikan satu tugas penting kepada Suffian dan dia mahu Suffian
menyelesaikan tugas itu secepat mungkin.
BAB 14
“Manalah teksi ni.” Rungut Clarissa.
Sudah lima belas minit dia menunggu teksi di situ tetapi masih lagi tiada satu
pun teksi yang lalu. “Meena ni pun satu. Time orang nak minta bantuan dialah
dia ada kerja kat luar.” Rungut Clarissa lagi. Sebuah kereta camry warna putih
berhenti betul-betul di hadapannya. Dia senyum saat melihat si pemilik kereta. Terus
saja tangannya membuka pintu.
“Kenapa tak tunggu abang kat office.
Nasib baik abang nampak Rissa kat sini tadi.” Tegur Anugerah.
“Abang cari Rissa?”
“Yelah. Kereta Rissa kan pancit. Abang
yang hantar jadi abanglah yang ambil.” Clarissa terharu mendengar kata-kata Anugerah.
Dia kagum dengan sikap tanggungjawab yang ditunjukkan oleh lelaki itu.
“Manalah Rissa tahu abang nak datang
ambil. Abang pun tak ada beritahu Rissa.”
“Abang busy sampai lupa nak call
tapi kalau dah tak ada kereta tu faham-faham sajalah. Tunggu abang.”
“Buatnya Rissa tunggu abang tak
datang?”
“Call lah abang.”
“Seganlah. Rissa dah banyak susahkan
abang.” Ya, Clarissa segan mahu menyusahkan Anugerah lagi. Lainlah kalau macam sekarang
ni, Anugerah sendiri yang datang menyerah.
“Segan sendirilah susah. Tengok... muka
berpeluh macam masuk marathon.” Usik Anugerah. Clarissa tersenyum manis.
“Rissa bukan tak nak susahkan abang
tapi Rissa nak simpan tenaga abang. Nak minta tolong abang panggil mekanik tukarkan
tayar kereta Rissa.”
“Dah tukar pun.”
Clarissa terkejut. “Serius? ”Soalnya
tidak percaya. “Bila abang buat?”
“Lunch tadi abang balik rumah. Kunci
kereta Rissa kan memang ada pada abang.”
“Alhamdulillah. Sayang abang.” Tangan
diraupkan ke wajah. Gembiranya Clarissa bukan kepalang. Baik betul Anugerah.
“Nanti Rissa belanja abang makan
ek.”
“Okey. Sekarang boleh?”Tanpa rasa
terbeban terus saja Clarissa menyetujui. Lagi pun Anugerah sudah berbudi
kepadanya kan.
“Cepatnya tapi abang punya pasal Rissa
ikut saja. Jom.”
“Betul ni? Tak menyesal? Mana-mana
pun tak apa?” Wajah Anugerah kelihatan nakal. Clarissa gelabah.
“Yang bajetnya RM100.00 aje.” Anugerah
gelak besar. Sememangnya gadis ini amat menghiburkan hatinya.
“CASSANDRA.” Terjerit Clarissa
melihat Cassandra di ruang tamu. Dia seakan tidak percaya melihat adiknya
datang menjenguk. Dia tahu sangat fi’il Cassandra yang tidak boleh berenggang
dengan tilam busuknya. Kalau boleh Cassandra mahu membawa tilamnya ke rumah
sewanya di Petaling Jaya tetapi nasib baiklah Cassandra masih ada rasa malu
dengan rakan-rakan serumahnya yang lain.
“Kakak.” Mereka berpelukan. Walaupun
tinggal di kuala Lumpur tetapi mereka jarang berjumpa. Cassandra di tahun akhir
pengajiannya di Universiti Malaya jadi adiknya itu sentiasa sibuk apabila
diajak keluar bersama.
“Kenapa datang tak beritahu kakak?”
“Kereta kakak kan pancit dari pagi. Sandra
suruh Kak Meena saja yang ambil.” Jawab Cassandra selamba. Ameena menjegilkan matanya
sedikit. Budak Sandra ni, belum apa-apa lagi dah kantoikan orang.
“Mana Sandra tahu kereta kakak
pancit?” Pandangan dihalakan pula ke arah Ameena.
“Kak Meena yang beritahu.” Tergagap-gagap
Cassandra menjawab. Aduh! Dia menyumpah dirinya sendiri.
“Mana kau tahu kereta aku pancit? Mana
ada aku beritahu kau tadi? Aku cuma tanya kau kat mana.” Soal Clarissa
bertubi-tubi. Dia mula curiga.
“Adalah kau beritahu aku tadi. Ha...
kau ni memanglah Rissa. Dok lupa aje.” Wajah Ameena serius. Dahi siap
dikerutkan lagi agar nampak menyakinkan.
“Eh mana ada...”
“Adalah. Kau ni nak kata tua, tak
tua pun. Dahlah. Jom makan. Aku ada belikan kau nasi ayam.” Cepat saja Ameena
menukar topik. Kalau kantoi rosaklah program. Cassandra ni pun satu, tak sampai
lima minit Clarissa muncul terus saja bikin kecoh. Kalau nak jujur pun
agak-agaklah.
“Aku dah makanlah Meena. Kau dengan
Rissa sajalah yang makan.”
“Mesti makan dengan Zamani kan?” Ameena
serkap jarang.
“Bukan Zamani tapi Anugerah.” Clarissa
meninggalkan Ameena yang sudah senyum sampai ke telinga. Nampaknya dia berjaya
hari ini. Banyak lagi rancangan yang sudah dilakar di kepalanya. Ameena puas
hati.
“Anugerah tu mamat yang Kak Meena
nak kenen-kenenkan dengan kakak kan?” Bisik Cassandra.
“Haah tapi sekarang ni Zamani tak
settle lagi. Malam ni Sandra tengoklah mesti dia telefon ajak kakak keluar.”
“Habis tu Kak Meena nak buat apa?”
“Kita kena buat Kak Rissa awak tu
bencikan Zamani. Kalau tak nanti Kak Rissa akan dalam dilema nak pilih yang
mana satu. Zamani tu kebal gak sebab dia sepupu kepada kawan cucuk bintang Kak
Rissa. Pasti Kak Rissa tak mahu hancurkan hati kawan baik dia tu.”
“Cucuk bintang?” Cassandra
kebingungan. Sampai ke nak cucuk bintang di langit?
“Yang gini-ginilah.” Ameena
menunjukkan tarian cucuk bintang kepada Cassandra. Terkikih-kikih Cassandra
gelak.
“Macam mama menari dangdut aje Kak
Meena.” Mereka sama-sama ketawa.
“Sudahlah. Jom kita makan dulu.
Perut dah kenyang nanti senanglah sikit kita nak buat projek.”
“Baik boss.” Jawab Cassandra patuh.
ZAMANI
ketap bibir. Hari ini sengaja dia langsung tidak menghubungi Clarissa. Perlakuan
Clarissa malam tadi yang menolak ciumannya membuatkan dia geram. Belum ada
wanita yang tidak mahu menyerah kepadanya. Paling lama pun dua hari dia sudah
dapat meratah tubuh-tubuh gadis yang disukainya. Berbeza dengan Clarissa yang
jinak-jinak merpati. Mengikut segala ajakannya untuk keluar tetapi bila hendak
dipegang, Clarissa menjauhkan diri. Hendak cium pun belum berjaya, inikan pula
yang lain.
“Yang kau merengus ni kenapa bro?” Usik
Akmal kawan baik Zamani sejak di zaman sekolah lagi.
“Clarissa tulah. Susah aku nak
dapat. Jangankan nak peluk, nak gomol, cium kat pipi pun tak dapat lagi.”Sungut
Zamani sambil tangannya mengambil sebatang rokok lalu diletakkan di bibir.
“Apa susah bro. Tak dapat cara rela
kita buat cara paksa.” Ikmal pula mencelah. Ikmal adalah adik kepada Akmal.
“Masalahnya Kat tu menyibuk. Dia
sentiasa perhatikan aku. Tak boleh nak buat apa pun kat kawan baik dia tu.”Kali
ini rokok di bibir dicucuh api. Asap berkepul-kepul di udara apabila Zamani
selesai membuat sedutan pertama. Wajah penuh kepuasan ditonjolkan. Puas kerana
berjaya merosakkan paru-parunya sendiri.
“Macam biasa, Sabtu ni kita jumpa
diaorang. I akan jaga Kat, Akmal akan bubuh ubat dalam minuman Rissa, lepas tu
kau jalankan tugas kau. Amacam? Tapi...” Kening Ikmal sudah terangkat-angkat.
“I know. Kau pun nak kekah dia juga
kan? No hal bro tapi lepas turn akulah.” Zamani gelak gembira. Nasib baiklah
dia mempunyai rakan-rakan yang bernafsu buas sepertinya. Senang untuk dia
menjalankan rancangannya. Biar padan dengan muka Clarissa. Dia memang pantang
melihat perempuan yang nak tunjuk alim. Tidak mahu disentuh konon. Pakai
pakaian terdedah sana sini lagi mahu jual mahal.
“Kat macammana?” Soal Ikmal pula.
“Kalau dia tahu kau rosakkan Rissa pasti dia mengamuk sakan.”
“Kat kau punya. Kau buatlah apa yang
kau suka.” Kata Zamani. Ikmal senang hati. Memang sudah lama dia geram melihat
kemontokan tubuh Kat. Lampu hijau sudah pun diberikan oleh sepupu Kat sendiri. Makan
besarlah dia malam itu. Selepas Kat, dia akan mendapatkan Clarissa pula.
“Kalau dia report polis habislah
kita. Ke dalamlah jawabnya. Nak buat biar buat dengan selamat. Kena plan
betul-betul.”Wajah Akmal kelihatan runsing. Bimbang juga dia jika ditangkap
polis. Kasihan isterinya yang sedang sarat mengandung.
“Adoi. Aku paling benci mamat puaka
macam kau ni. Nampak aje ganas tapi pengecut. Kau ingat polis tu bodoh sangat.
Dah sah-sahlah Rissa tu memang kaki kelab, kita boleh cakap kita buat ‘tu’ suka
sama suka. Kalau kita cakap dia ambil dadah pun polis percayalah. Mana ada
perempuan yang kaki kelab malam macam dia tu masih dara? Padan dengan muka
dialah. Kalau rasa-rasa nak jadi perempuan melayu terakhir carilah port lain.
Bukannya pergi kelab malam terkinja-kinja.”
Akmal terangguk-angguk senang hati
dengan hujah-hujah bernas yang diberikan oleh Zamani. Memang tak sia-sia dia
menjadikan Zamani idolanya.
Rasa macam pendek pendek je part nya cik writer .. Bagi extra pleeeeeease
ReplyDeletehehe.... yang... tggukan versi cetak yek.... mss dah aprove.... tapi wa pu cetau kuar bila....
ReplyDelete