LH nak war2kan pada sesiapa yang masih lagi belum tahu, novel Kurnia Untukku boleh dibeli secara online (untuk pembelian secara online boleh klik terus pada gambar novel Kurnia Untukku). Pembelian di bookstore masih lagi belum boleh dibuat ek (seminggu lewat dr tarikh keluar di web).
Pada yang dah mendapatkan KU, terima kasih atas sokongan anda. Komen-komen yang membina dari anda amat-amat dihargai.
Pesta Buku 1 Malaysia akan diadakan di PWTC pada 31 Jan - 3 Feb, anda boleh mendapatkan novel KU di booth Karyaseni/Penulisan2u. Diskaun hebat menanti anda semua. InsyaAllah, LH akan berada di sana pada 2 Feb dari jam 10.30 pg sehingga 1.30 ptg. Jumpa anda di sana ya!
Yusuf Thaqif Curnia & Hadfina Haifa dalam KU....
BERANGAN-ANGAN memang menyeronokkan. Berada di dalam bilik hotel yang cantik, lampu yang suram dengan wangian aromaterapi yang menyamankan jiwa telah membangkitkan suatu perasaan yang tidak boleh aku luahkan. Suasana kurasakan begitu romantik sekali. Alangkah bagusnya kalau Zain ada bersamaku. Baru sehari aku tidak mendengar suara Zain, hatiku berasa keluh kesah. Masih aku ingat janjiku sebelum ini agar berpisah sementara dengan Zain, tidak sampai sehari tidak mendengar suara, aku sudah teringat-ingat padanya. Inikah namanya rindu?
Sedang aku asyik
teringatkan wajah kacak Zain, tiba-tiba wajah Ashraf kembali di ruangan
mataku. Suasana romantik yang aku rasakan sebentar tadi kini bertukar menjadi
seperti tsunami. Ada ke patut Zain menyuruh aku mengahwini Ashraf. Kalau nak cari
suami untuk aku tu carilah yang handsome sikit. Ni tidak.Kata Zain dia akan rasa
lebih selamat jika aku mengahwini Ashraf.
Dentuman bunga api
silih berganti menarik perhatianku untuk keluar ke beranda memerhatikan suasana
di luar. Dari jauh kelihatan percikan bunga api yang sungguh cantik. Perayaan apakah
yang mereka sambut sekarang, aku sendiri tidak pasti.Sedang aku asyik
menyaksikan keindahan itu, sekali lagi aku dikejutkan oleh seseorang.
“Hai....” Aku menoleh ke
beranda sebelah. Dia lagi.
“Awak?”
“Kenapa? Tak
percaya.” Aku menjelingnya tajam.
“Cantikkan pemandangan
dari sini.” Kata Curnia selamba. Dah jeling sikit punya tajam pun tak faham
bahasa ke.
“Haaa.” Kataku malas.
“Sayalah manusia paling
beruntung hari ini, dapat duduk di hotel yang cantik, melihat pemandangan yang
cantik dan ditemani oleh wanita cantik.” Pujian
Curnia membuatkan hatiku yang pada mulanya tadi sedikit marah kini menjadi
semakin sejuk. Aku ni memang baik hati, pantang kena puji, mulalah lupa diri.
“Saya lagi
beruntung,dapat makan free.” Kataku sambil tergelak kecil. Ku amati wajahnya
betul-betul, aku seperti mengenali wajah ini. Dimana ye?
“Saya tahulah saya
handsome, tapi tak payahlah sampai nak curi-curi tengok.” Alamak,dia sedarlah aku
sedang merenungnya.
“Bila masa saya tengok
awak. Perasan.”
Curnia ketawa
kecil. ”Awak ni comellah bila marah.”
“Saya tahulah saya
comel. Awak tak cakap pun saya tahu. Memang betullah Curnia, saya rasa macam
pernah jumpa awaklah sebelum ni tapi dekat mana ya?” Aku bertanya minta
kepastian.
“Fina, tak ada cara
lain ke awak nak mengurat saya. Cara tu dah lapuklah.” Eh mamat ni, bila masa pula
aku nak mengurat dia.
“Eiiii,buang masa saya
saja cakap dengan orang macam awak, bila saya serius awak main-main. Bila saya
nak baik dengan awak,ada saja awak sakitkan hati saya.” Aku mengambil keputusan
untuk masuk ke dalam bilik. Malas aku nak melayan orang wayar putus macam Curnia
ni.
“Awak nak pergi mana
tu?” Curnia memanggilku. Aku tidak jadi melangkah.
“Mestilah saya nak
masuk bilik, takkan nak pergi ke pasar kut.”
“Awak tak nak temankan
saya tengok orang bakar mercun ke? Tadikan kita dah tengok bunga api
sama-sama.” Pintanya.
“Kat mana?” Kataku
garang.
“Sekejap ek....” Balas
Curnia dan tidak sampai dua saat aku mendengar dua das tembakan dilepaskan oleh
Curnia diikuti oleh bau yang boleh menyebabkan aku muntah hijau. Tak senonoh
betul Curnia ni. Dia kentutkan aku.
“Awakkkkkkk.” Aku
menjerit sekuat hati dan dengan cepat aku berlari ke dalam. Dapat aku dengar
dengan jelas Curnia ketawa terbahak-bahak. Tak apa, aku pasti akan kembali
membalas dendam. Jaga kau Curnia.
Sedang aku sibuk
melayani perasaanku yang sedang marah itu, tiba-tiba telefon dibilikku
berbunyi. Siapa yang menelefonku malam-malam begini?
“Sawadeekap.” Suara yang
halus dan nyaring kedengaran di corong telefon.
“Sawadeekap.” Balasku
penuh tanda tanya. Agaknya receptionist kut. Tak pun bell boy.
“Krap kong kua kap ken
tut phat pai” Kata suara itu lagi dalam bahasa Thai yang langsung tidak aku
fahami.
“I dont understand .Can
you speak English?” Soalku pula. Manalah aku faham bahasa Thai. Sawadeekap sahaja
yang aku tahu.
“Maksudnya best tak
awak bau kentut saya tadi.” Tak guna. Dia gelakkan aku. Dapat aku bayangkan Curnia
mesti tengah terguling-guling di biliknya saat ini.
“Curniaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa” Jeritku
sekuat-kuat hati. Gagang telefon aku hempas kuat.
No comments:
Post a Comment