Tuesday, January 22, 2013

Suka suki....

Satu lagi hari yang sibuk..... masih lg x pandai nak bahagikan masa sejak skool 2013 start. Sangat kagum dengan penulis2 yang aktif di blog tetapi dalam ms yg sama menjadi ibu dan bekerja. Anda memang supermom.

Kat bawah ni LH nak share suka suki naskhah LH yg terbaru.


CFB....
Hai, nama aku Atifa Binti Ahmad. Orang panggil aku Tipah bam bam sebab dari kecil badan aku tembam. Aku anak tunggal dalam keluarga. Papaku telah meninggal dunia sewaktu aku berusia setahun. Mamalah yang bertungkus lumus membesarkan aku selama ini. Hanya mamalah sahaja yang aku ada dan oleh sebab itulah walaupun usiaku sudah mencecah dua puluh lima tahun tapi sampai sekarang aku masih lagi duduk di bawah ketiak mama di sebuah rumah flat di pinggir Kuala Lumpur.
Aku bekerja menolong mama di gerainya berdekatan dengan rumah flat kami. Bukannya aku tidak ada kelulusan tinggi tapi sampai sekarang belum ada rezeki untuk aku menjawat jawatan yang bersesuaian dengan kelulusanku. Setiap hari rutin hidupku adalah bangun seawal pukul 4.00 pagi untuk menolong mama memasak sarapan pagi yang akan kami bawa ke gerai. Gerai kami hanya beroperasi dari pukul 6.00 pagi sehingga pukul 11.00 pagi.
Selepas habis waktu bekerja, aktiviti aku seterusnya ialah memerap di dalam bilik ataupun melepak bersama-sama sahabat karibku merangkap jiranku si mulut becok Hasya. Aku mengenali Hasya dari usiaku enam tahun lagi. Kami bersekolah tadika bersama sehinggalah ke tingkatan lima. Selepas itu Hasya melanjutkan pelajarannya ke Universiti Teknologi Mara Arau, Perlis manakala aku pula di Universiti Teknologi Mara Shah Alam. Nasib Hasya lebih baik kerana sebaik sahaja tamat berlajar, Hasya dilamar bekerja di sebuah syarikat korporat terkemuka di Malaysia. Kata Hasya, inilah tuahnya mempunyai potongan badan 36, 24, 36 dibandingkan dengan aku 38 ,30 ,41.
Suatu hari sedang aku asyik masyuk berangan di dalam bilik, aku dikejutkan oleh seseorang yang sudah tiga hari tidak aku temui.
“Eh mak kau meletop….” Jerit Atifa setelah pinggangnya di cucuk oleh jari runcing Hasya.
“Tipah, kau ni tak ada kerja lain ke? Berangan… berangan… berangan. Kali ini apa pulak yang kau angankan.” Hasya tersengih-sengih memandang wajah Atifa sambil duduk di atas katil.
“Kus semangat. Dah berapa kali aku pesan, jangan sergah aku macam tu, lemah semangat aku tau.” Atifa memarahi Hasya. Campur ni dah lebih seratus kali Hasya menyergah Atifa tiba-tiba begini.
“Alah Tipah, kau tu bila-bila pun terperanjat. Kalau 24 jam asyik nak berangan saja macammana tak terkejut bila orang panggil. Nah, ini untuk kau.” Hasya menghulurkan sehelai kain batik kepada Atifa.
“Kain batik? Kau pergi kursus kat Terengganu kain batik aje kau belikan untuk aku. Belilah kain sutera ke, kain songket ke tak pun keropok lekor. Aku suka tau keropok lekor Terengganu. Sedap.” Kata Atifa sambil bibirnya muncung sedepa. Kain batik yang berada di tangan Hasya diambilnya. Manalah dia tahu memakai kain batik, kalau pakai alamatnya melorotlah.
“Orang dah bagi tu cuba bawa bersyukur. Nak demandlah pulak.Macammana badan tu tak debab kalau mulut tak berhenti sebut pasal makan.” Mulalah Hasya membebel. Wajah Hasya sedikit berubah. Mungkin Hasya kecil hati apabila hadiahnya tidak dihargai.
“Kau ni kalau jumpa aku tak membebel boleh tak. Ngalahkan mama aku pula.” Rungut Atifa lagi.
“Hei Tipah bam bam, memang patut pun kau kena bebel. Dahlah tak hargai barang yang aku beri, lepas tu berangan tak habis-habis.” Hasya menambahkan frekuensi bebelannya. Rindu sangat agaknya tiga hari tak membebelkan Atifa.
“Kau tahu Sya, malam tadi aku mimpi aku selamatkan sorang jejaka yang handsome, aku bawa dia balik ke rumah, aku rawat dia lepas tu kami jatuh cinta. Rupanya dia anak orang kaya. Akhirnya dia….”
“Dia jatuh cinta dengan kau dan korang pun berkahwin kan. Hiduplah kau aman bahagia bersama-sama suami kaya kau tu.” Belum sempat Atifa menghabiskan ceritanya, Hasya terlebih dahulu  memotong.
“Macammana kau tahu? Hebatlah kau ni. Kau memang BFF aku.” Atifa memeluk bahu Hasya. Tak sia-sia berkawan dengan orang macam Hasya. Sentiasa memahami perasaan BFF nya.
“Banyak cantik muka kau. Kalau dah hari-hari cerita benda yang sama, maunya aku tak tahu. Cukup-cukuplah berangan Tipah, daripada berangan lebih baik kau pergi cari kerja kosong kat internet tu, ada faedahnya.” Hasya menasihati sahabatnya itu. Atifa diam seketika. Bukan dia tidak mahu mencari kerja tetapi kegagalan demi kegagalan yang melanda dirinya membuatkan Atifa berputus asa.
“Siapalah nak ambil orang gemuk macam aku ni bekerja. Orang nak cari perempuan ramping macam kau. Result kau tu bukannya bagus sangat, bagus lagi result aku tapi kau yang dulu dapat kerja. Betapa tak adilnya dunia ni.” Bentak Atifa marah. Mahu dia tak marah kerana setiap kali menghadiri sesi temuduga, riak-riak wajah penemuduga pasti amat menyakitkan hatinya, mereka juga lebih bersikap acuh tak acuh.
“Kalau dah tahu macam tu kuruskanlah badan tu sikit. Ini tidak, asyik nak melantak aje, perut kau tu kalau boleh bercakap dah lama dia merayu suruh kau puasa.” Sekali lagi cakap Hasya itu Atifa akui ada kebenarannya tetapi Atifa tak sampai hati jika membiarkan perutnya kelaparan kerana pasti angin gastrik akan datang menyerang. Cewah…alasan.
“Aku dah cuba Hasya, kau pun tahu kan tapi semua usaha aku tak berjaya.” Atifa membela diri. Memang sebelum ini sudah berkali-kali dia berdiet tetapi tetap tidak membuahkan hasil.
“Memanglah kau berdiet, tak makan nasi konon tapi makan kfc, macdonalds, pizza baik tak payah diet.”
“Sudahlah.Malas aku nak bercerita pasal diet. Kau masuk sini tadi mama aku ke yang bukakan pintu? Kau nampak mama aku dah masak ke belum? Aku laparlah.” Atifa menukar topik perbualan.
“Kau ni makan, makan, makan. Kau pergilah tengok sendiri.”
“Aku minta tolong sikit pun nak berkira. Bukannya payah tolonglah jengukkan kejap kat dapur tu. Yang kau ni tak kerja kenapa?” Soal Atifa pelik. Hari inikan hari Jumaat. Kenapalah si mulut kepoh ini tidak pergi ke pejabat.
“Aku cutilah. Aku kan pergi kursus tiga hari, semalam aku sampai rumah pukul 1.00 pagi, boss aku bagi cuti suruh rehat. Petang ni kita keluar nak?” Bulat mata Atifa apabila mendengar pelawaan Hasya. Wah, kalau Hasya yang mengajak keluar maknanya dia akan dapat makan free. He.. he… he.. bolehlah minta Hasya belikan chicken chop, dah lama dah tekak ni teringin. Nak beli sendiri tak mampu, al maklumlah upah yang mamanya beri tu bukannya banyak sangat.
“Boleh.. boleh.. kau belanja aku makan chicken chop eh….”
“Yelah… yelah…. tadi kata dunia ni tak adil sebab orang kurus saja cepat dapat kerja, tapi sebenarnya kau tu yang tak adil dengan diri sendiri. Tak habis-habis nak melantak. Macammana tak gemuk.” Hasya membebel sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.Atifa buat-buat tidak dengar. Lantak kaulah Hasya, yang penting petang ni tekaknya dapat merasai chicken chop yang sudah lama diidam-idamkan. Atifa ketawa puas hati.
“Woiii, sempat lagi kau nak berangan.” Hasya menampar bahu Atifa sehingga Atifa terkejut beruk.  “Aku nak balik mandi, pukul dua kang kau tunggu aku depan rumah.” Arah Hasya.
“Dah pukul 12.00 kau tak tak mandi lagi? Eiii. Muka aje harap cantik tapi busuk.” Atifa menjelirkan lidahnya mengejek tetapi Hasya tidak menghiraukan ejekan itu. Cepat sahaja dia melangkahkan kakinya keluar.
Dengan malas Atifa menapak ke dapur . Perutnya sudah minta diisi. Puan Safira iaitu mama Atifa merenung wajah anak tunggalnya tajam. Atifa menjenguk ke dalam periuk yang sedang tertenggek di atas dapur gas.
“Apa yang terjenguk-jenguk tu Tipah.” Soal Puan Safira sambil tangannya masih lagi lincah memotong sayur kacang.
“Tak masak lagi ke mama. Pah lapar ni.” Atifa mengosok-gosokkan perutnya tanda lapar.
“Amboi… amboi… amboi…. tahu nak makan saja, bukannya reti nak tolong kat dapur. Cubalah rajin sikit tolong mama, sekurang-kurangnya pecah jugalah lemak-lemak kat badan kamu tu Tipah oiii.” Kali ini Puan Safira pula mengambil alih tugas Hasya untuk membebel.
“Alah mama ni, asyik nak membebel saja. Kalau makan lambat nanti Tipah gastrik tau. Mama tak kesian ke bila anak kesayangan mama ni sakit.”
“Gastrik pebendanya. Tak sempat angin nak masuk dalam perut kau tu Tipah kalau dah 24 jam mulut kau tu tak berhenti mengunyah. Hari ni makan lambat sikit. Daging tu lambat lagi nak empuk.” Atifa mencebik. Ishh, kenapalah mama ni nak masak daging yang lambat nak empuk tu. Cubalah masak ayam ke, ikan ke, telur ke kan senang.
“Macam tu orang makan kat luar ajelah.”
“Banyaknya duit nak makan kat luar?” Sindir Puan Safira.
“Mama tak payahlah nak sindir Tipah. Siapalah kita ni kan. Buat menghabiskan beras aje.” Atifa pura-pura merajuk.
“Tahu pun terasa. Usaha cari kerja sungguh-sungguh tak mahu, kerja takkan datang kalau tak dicari, ini hari-hari asyik nak berangan. Nak keluar dengan siapa?” Soal Puan Safira serius.
“Hasya.” Jawab Atifa ringkas. Puan Safira bangun lalu pergi mengambil sesuatu di bawah alas peti sejuk. Sekeping duit kertas lima puluh ringgit diambil lalu diberikan kepada anak kesayangannya itu.
“Nah,buat belanja masa keluar nanti.”
“Terima kasih mama. Ini yang buat Tipah tak sanggup nak kerja tempat lain, Tipah tak sanggup nak berpisah dengan mama.” Atifa memeluk tubuh mamanya. Bertuah betul dia kerana mendapat mama sebaik ini,walaupun mamanya kuat berleter tetapi mamanya sentiasa menjaga kebajikannya. Mama memang mama yang terbaik sekali.
“Yelah tu.” Puan Safira tersenyum lalu menyambung semula kerjanya.
Atifa melangkahkan kakinya ke bilik dengan perasaan yang berbunga riang. Murah betul rezekinya hari ini. Sudahlah Hasya berjanji untuk membelanjanya makan chicken chop, mamanya pula memberi duit RM50.00. Bertuahnya badan.


Friday, January 18, 2013

Salam pagi Jumaat...

Assalammualaikum dan salam pagi Jumaat yang indah....

LH nak war2kan pada sesiapa yang masih lagi belum tahu, novel Kurnia Untukku boleh dibeli secara online (untuk pembelian secara online boleh klik terus pada gambar novel Kurnia Untukku). Pembelian di bookstore masih lagi belum boleh dibuat ek (seminggu lewat dr tarikh keluar di web).

Pada yang dah mendapatkan KU, terima kasih atas sokongan anda. Komen-komen yang membina dari anda amat-amat dihargai.

Pesta Buku 1 Malaysia akan diadakan di PWTC pada 31 Jan - 3 Feb, anda boleh mendapatkan novel KU di booth Karyaseni/Penulisan2u. Diskaun hebat menanti anda semua. InsyaAllah, LH akan berada di sana pada 2 Feb dari jam 10.30 pg sehingga 1.30 ptg. Jumpa anda di sana ya!




Yusuf Thaqif Curnia & Hadfina Haifa dalam KU....


BERANGAN-ANGAN memang menyeronokkan. Berada di dalam bilik hotel yang cantik, lampu yang suram dengan wangian aromaterapi yang menyamankan jiwa telah membangkitkan suatu perasaan yang tidak boleh aku luahkan. Suasana kurasakan begitu romantik sekali. Alangkah bagusnya kalau Zain ada bersamaku. Baru sehari aku tidak mendengar suara Zain, hatiku berasa keluh kesah. Masih aku ingat janjiku sebelum ini agar berpisah sementara dengan Zain, tidak sampai sehari tidak mendengar suara, aku sudah teringat-ingat padanya. Inikah namanya rindu?

Sedang aku asyik teringatkan wajah kacak Zain, tiba-tiba wajah Ashraf kembali di ruangan mataku. Suasana romantik yang aku rasakan sebentar tadi kini bertukar menjadi seperti tsunami. Ada ke patut Zain menyuruh aku mengahwini Ashraf. Kalau nak cari suami untuk aku tu carilah yang handsome sikit. Ni tidak.Kata Zain dia akan rasa lebih selamat jika aku mengahwini Ashraf.

Dentuman bunga api silih berganti menarik perhatianku untuk keluar ke beranda memerhatikan suasana di luar. Dari jauh kelihatan percikan bunga api yang sungguh cantik. Perayaan apakah yang mereka sambut sekarang, aku sendiri tidak pasti.Sedang aku asyik menyaksikan keindahan itu, sekali lagi aku dikejutkan oleh seseorang.

“Hai....” Aku menoleh ke beranda sebelah. Dia lagi.

“Awak?”

“Kenapa? Tak percaya.” Aku menjelingnya tajam.

“Cantikkan pemandangan dari sini.” Kata Curnia selamba. Dah jeling sikit punya tajam pun tak faham bahasa ke.

“Haaa.” Kataku malas.

“Sayalah manusia paling beruntung hari ini, dapat duduk di hotel yang cantik, melihat pemandangan yang cantik dan ditemani oleh wanita  cantik.” Pujian Curnia membuatkan hatiku yang pada mulanya tadi sedikit marah kini menjadi semakin sejuk. Aku ni memang baik hati, pantang kena puji, mulalah lupa diri.

“Saya lagi beruntung,dapat makan free.” Kataku sambil tergelak kecil. Ku amati wajahnya betul-betul, aku seperti mengenali wajah ini. Dimana ye?

“Saya tahulah saya handsome, tapi tak payahlah sampai nak curi-curi tengok.” Alamak,dia sedarlah aku sedang merenungnya.

“Bila masa saya tengok awak. Perasan.”

Curnia ketawa kecil. ”Awak ni comellah bila marah.”

“Saya tahulah saya comel. Awak tak cakap pun saya tahu. Memang betullah Curnia, saya rasa macam pernah jumpa awaklah sebelum ni tapi dekat mana ya?” Aku bertanya minta kepastian.

“Fina, tak ada cara lain ke awak nak mengurat saya. Cara tu dah lapuklah.” Eh mamat ni, bila masa pula aku nak mengurat dia.

“Eiiii,buang masa saya saja cakap dengan orang macam awak, bila saya serius awak main-main. Bila saya nak baik dengan awak,ada saja awak sakitkan hati saya.” Aku mengambil keputusan untuk masuk ke dalam bilik. Malas aku nak melayan orang wayar putus macam Curnia ni.

“Awak nak pergi mana tu?” Curnia memanggilku. Aku tidak jadi melangkah.

“Mestilah saya nak masuk bilik, takkan nak pergi ke pasar kut.”

“Awak tak nak temankan saya tengok orang bakar mercun ke? Tadikan kita dah tengok bunga api sama-sama.” Pintanya.

“Kat mana?” Kataku garang.

“Sekejap ek....” Balas Curnia dan tidak sampai dua saat aku mendengar dua das tembakan dilepaskan oleh Curnia diikuti oleh bau yang boleh menyebabkan aku muntah hijau. Tak senonoh betul Curnia ni. Dia kentutkan aku.

“Awakkkkkkk.” Aku menjerit sekuat hati dan dengan cepat aku berlari ke dalam. Dapat aku dengar dengan jelas Curnia ketawa terbahak-bahak. Tak apa, aku pasti akan kembali membalas dendam. Jaga kau Curnia.
 Sedang aku sibuk melayani perasaanku yang sedang marah itu, tiba-tiba telefon dibilikku berbunyi. Siapa yang menelefonku malam-malam begini?

“Sawadeekap.” Suara yang halus dan nyaring kedengaran di corong telefon.

“Sawadeekap.” Balasku penuh tanda tanya. Agaknya receptionist kut. Tak pun bell boy.

“Krap kong kua kap ken tut phat pai” Kata suara itu lagi dalam bahasa Thai yang langsung tidak aku fahami.

“I dont understand .Can you speak English?” Soalku pula. Manalah aku faham bahasa Thai. Sawadeekap sahaja yang aku tahu.

“Maksudnya best tak awak bau kentut saya tadi.” Tak guna. Dia gelakkan aku. Dapat aku bayangkan Curnia mesti tengah terguling-guling di biliknya saat ini.

“Curniaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa” Jeritku sekuat-kuat hati. Gagang telefon aku hempas kuat.

Tuesday, January 15, 2013

Assalammualaikum...

Salam pagi Selasa.... Alhamdulillah, semalam Kurnia Untukku dah keluar di blog penulisan2u untuk bab 1 & 2, setakat ni feedback daripada pembaca adalah positif dan memberi semangat untuk LH memperbaiki mutu penulisan.

Kerana kengkangan masa, LH masih belum boleh update KU di blog LH. Kepada yang sudah bertanya, LH nak minta maaf banyak-banyak ya.Insyaallah, LH akan cuba update secepat mungkin. Di bawah adalah link ke fb Liz Haliza. Last sekali, salam perkenalan kepada mereka yang baru follow blog LH.
http://www.facebook.com/pages/Liz-Haliza/190890327722470

Tuesday, January 8, 2013

My novel

Assalammualaikum w.b.t.......Sihat ke semua?LH demam selsema arini tapi tak boleh lg nak makan ubt sbb nnt mengantuk.....tak blk rmh pula ank yg skool pg....Semalam LH call penerbit,tanya leh tak LH kuarkan cover buku dlm blog dulu,dia bg greenlight.Actually mana yg dah like FB LH dah nampak dah cover KU.Tapi LH masukkan kat blog juga.So selamat menatap!

Tweet...tweet....ada kawan-kawan yang tanya napa tak ada lg kat kedai buku.....sekali lagi LH nak terangkan yg COMING SOON.Anytime in January 2013 KU akan berada di semua kedai buku di Malaysia.Ini kira pra promosilah.Ingat sekolah aje ada pra skool.....hehehe....

Monday, January 7, 2013

KURNIA UNTUKKU (KU)

Salam petang isnin....ada beberapa minit ni yang boleh LH ambil untuk menulis di blog selepas ambil my angels dr skool.LH nak cerita pasal Kurnia Untukku @ KU.Sejak bangku sekolah lagi,LH memang minat sangat membaca.Masa sekolah rendah dulu,LH ingat lagi LH suka sangat pinjam buku kat library sekolah.Semua genre buku LH baca dan paling minat sekali ialah buku penyiasatan.Buku Enid Blyton yang dah dialih bahasakan ke BM LH dah baca semuanya sampaikan terbawa-bawa dengan karektor dalam tu.Ia mengisahkan tentang 5 orang budak yg mengistiharkan diri dorang penyiasat.Ada satu karektor tu,namanya Gemok.LH paling suka watak Gemok agaknya sebab itulah skrg LH makin lama makin bertambah gemok.....hehehehehehe.....Mak pun selalu memekik sbb LH jarang nak tlg mak kat dapur bila dah start membaca.....


Bukan setakat buku kat library sek keb sepinang(tu nama sek rend),buku kat rmh pun semua LH belasah baca.Masa drjah 4 pun LH dah pandai baca Dewan Masyarakat abah punya majalah.Artikel dalam Dewan Masyarakat yang LH baca berulang kali adalah tentang 'Natrah' dan 'Saat-saat akhir Zulfikar Ali Bhutto'.Cewah.....kecik2 dah baca pasal tu semua.....Kalau buku abang long LH plak,LH dok baca contoh2 karangan SPM....masa tu br darjah 2 atau 3.....tu yg sampai boleh wakil sek dalam kuiz BM......bangga le gak....smpai skang simpan lg sijil tu....

Masuk skool menengah,mulalah tukar baca novel tp sbb x mampu nk beli so bc aje novel abang.Novel Saga adalah antara novel terawal yg LH baca.Bila dah minat baca novel,mulalah berangan,dah berangan mulalah tangan ni gatal nak menulis.Dulu melanggan majalah Dewan Pelajar(actually kena paksa langgan dgn skool) sebab nak baca cerpen dlm tu.Siap buat cerpen utk smpanan sdiri.Tapi bila dah berlajar kat KL,minat tu terpaksa simpan.Habis berlajar,dpt kerja still x de masa.Pastu sebab comel kan(perasan plak) cepat aje kahwin,dah kahwin bersalinlah plak,memang pendam ajelah minat menulis tu.Tapi minat baca novel still on walaupun kadang2 dah beli setahun br sempat baca.

Bila dah jadi pengurus rumahtangga,adalah ms sikit nak tulis sebab kitalah boss kitalah kuli kan....so LH pun menulis sehingga terciptanya manuskrip KU.Lepas tu thn lepas LH hantar kat penerbit n tak disangka diterima dan sekarang LH tengah menghitung harilah nak tunggu KU lahir kat kedai buku di Mesia.Dulu2 nebes tggu anak lahir tp skang nebes plak tggu novel lahir.Rasanya cukup kut buat hr ni.Nanti jari LH menari lagi ek.Panjang lagi nak cerita pasal KU.

Sunday, January 6, 2013

Kerana KU...

Alhamdulillah.....ini adalah post pertama LH.Lepas susah payah menggodek-godek untuk mengcreate blog,akhirnya blog yang tak berapa canggih ni pun tercipta.Kredit kepada my beautiful along(anak nebor) nurul-therealityofmylife.blogspot.com  ni blog dia,yang sanggup tolong ur auntie ni.Bercakap pasal blog,LH memang tak termimpi nak buat blog sebabnya tak ada masa.FB yang 24j boleh diskodeng kat handphone pun LH tak sempat nak tengok lagilah blog.Ini semua penangan KU.Nak tahu apa KU?Tungguuuu..............