Alhamdulillah... masih lagi boleh godek-godek blog ni... Maaflah sebab blog ni antara blog paling terbiar. Saya dah cuba sebaik mungkin tapi disebabkan komitmen pada perkara lain tu sebabnya blog ni tidak sentiasa di update.
Di sini, saya nak beri anda baca CJLD bab 15-20 versi yang saya hantar untuk penilaian awal kepada penerbit.
BAB
15
Clarissa
tertanya-tanya sendiri kenapa Zamani tidak menghubunginya malam itu. Marahkah
dia dengan aku sebab semalam? Asyik berfikir tanpa sedar matanya terlelap. Sedar-sedar
sahaja jam sudah menunjukkan ke pukul 6.30 pagi. Terkocoh-kocoh dia ke bilik
air untuk mandi. Telefon bimbitnya tidak berbunyi seperti selalu. Pasti dia
terlupa untuk mengunci alarm telefon bimbitnya malam tadi.
Clarissa
pelik apabila melihat Ameena hanya berpakaian t shirt dan treksuit sahaja
setelah dia keluar ke ruang tamu. Tidak kerjakah minah ni?
“Kau
tak pergi office ke?”
“Tak.
Aku ada hal dengan Aron.” Jawab Ameena.
“Kau
tak cerita dengan aku apa-apa pun semalam.” Selalunya Ameena pasti akan
memberitahunya jika mahu bercuti.
“Aku
emergency leave. Lagi pun aku nak bawa Sandra jalan-jalan.” Terang Ameena. Bila
Ameena menyebut mahu membawa Cassandra berjalan-jalan, Clarissa kecil hati. Kenapa
Cassandra tidak memberitahunya jika hendak merayap ke mana-mana? Boleh saja dia
mengambil cuti.
“Korang
nak pergi mana? Kalau kau ada hal dengan Aron tu tak apalah. Aku boleh ambil
cuti bawa Sandra jalan-jalan.”
“Eh!
Aku cuma tumpangkan Sandra saja. Dia ada janji dengan classmate dia.”Alamak,
apasallah mulut ni boleh terlepas pula tadi cakap nak bawa Sandra jalan-jalan!
Kan Clarissa dah offer diri dia. Hancuss.
“Okeylah
kalau macam tu. Sandra mana?”
“Toilet
kut.”
“Aku
chow dulu.” Ameena tarik nafas lega. Nasib baik otaknya bijak memikirkan alasan
dan nasib baiklah Clarissa tidak banyak soal. Kalau tidak alamat hancurlah
programnya hari ini.
“Kakak
dah pergi?” Soal Cassandra sebaik dia keluar dari bilik air. Ameena angguk.
“Dah
tapi tadi nasib baik tak kantoi. Kakak kau tu siap nak ambil cuti. Eh! Pukul
berapa nak jumpa kawan kau tu?” Hari ini mereka ada temujanji dengan kawan Cassandra
yang akan diupah oleh Ameena untuk menjadi sebahagian daripada pelakon tambahan
dalam drama arahannya.
“Pukul
10.00 pagi.”
“Betul
kawan kau tu tough? Kalau kena bantai dengan Anugerah nanti tak adalah mati
budak tu.”Ameena meminta kepastian.
“Yang
ini dua-dua ada blackbelt dan kuat lari. Kalau setakat nak cabut lari bila kena
pukul tu no hallah.”
“Good.
Kau memang adik yang baik.” Puji Ameena berpuas hati dengan penerangan
Cassandra.
“Iyolah
tu. Ni dah kira subahat tau. Kalau kakak tahu habislah Sandra.”
“Taklah.
Dia akan berterima kasih adalah nanti.”
Jaga
kau Zamani... kau tahulah nasib kau nanti. Clarissa Imani, selepas ini mana kau
mahu lari? Hehehe... Ameena senyum puas hati.
Perjumpaan
antara Ameena dengan Ariel dan Esa berjalan lancar. Dengan hanya upah RM50.00
seorang, dia berjaya mendapatkan persetujuan kedua-duanya. Besok, dua hati
bakal disatukan. Itu janji Ameena.
MELLY
TIDAK sabar-sabar menanti kedatangan Suffian. Tugas yang diberikan dua hari
lepas pasti sudah dilaksanakan. Hatinya berdebar-debar. Suffian tiba dengan
senyuman di bibir. Waktu itu Melly sedang menikmati minum petang di taman.
“Apa
yang kau dapat?” Soal Melly tidak sabar.
“Kalau
ya pun bagilah Pian minum dulu kak. Haus ni.” Melly merengus. Banyaklah pula
songeh adik sepupunya ini.
“Mak
Zah.” Laung Melly. Terkocoh-kocoh Mak Zah datang. “Buatkan air untuk Pian. Yang
sejuk ya.” Mak Zah angguk.
“Macam
tulah.” Suffian gembira. Kakak sepupunya ini tidak pernah lupa diri walaupun
sudah kaya raya.
“Macam
ni, Pian dah pergi ke alamat Rissa yang Kak Melly kasi tu. Kereta camry warna
putih tu memang milik jiran Rissa. Pian ada ambil gambar. Ni gambarnya.” Beberapa
keping gambar dikeluarkan dari sampul surat berwarna coklat cair. Melly
mengambilnya dengan pantas. Dia terkejut.
“Budak
ni memang tinggal rumah tu ke?” Soalnya dalam suara yang menggigil. Gambar
seorang budak perempuan memakai gaun warna biru direnung.
“Yup.
Memang tinggal situ. Pian dengar dia panggil perempuan tua dalam rumah tu nenek
dan lelaki yang pakai kereta camry tu daddy.” Melly sudah kehilangan kata-kata.
Dia menangis dan tiba-tiba rebah. Suffian melompat menyambut tubuh Melly. Nasib
baiklah dia sempat menahan kepala Melly dari terhentak ke atas tanah. Dilaungnya
Mak Zah minta membantunya mengangkat Melly ke dalam rumah. Suasana kecoh
seketika. Akhirnya Melly sedar semula beberapa minit kemudian setelah wajahnya
direnjiskan dengan air.
“Puan
Melly. Kenapa ni.” Mak Zah memicit-micit lengan Melly lembut.
“Pian...
Kak Melly dah jumpa Sutra. Budak ni Sutra Ashikin anak Kak Melly dengan Abang Tabah.”
Tangisan Melly kuat. Hatinya gembira bukan kepalang. Sudah lama dia mencari Tabah
dan Sutra Ashikin tetapi tidak berjumpa. Memang pada mulanya dia mahu merampas Sutra
Ashikin daripada Tabah tetapi setelah dia mengetahu berita kematian Tabah, barulah
dia sedar yang dia amat mencintai lelaki itu. Dia bukan cintakan Tengku Anaz
tetapi dia tergila-gilakan kemewahan yang dilimpahkan oleh Tengku Anaz. Sampai
sekarang dia menyesal di atas keterlanjurannya menyakiti hati Tabah. Jadi dia
mahu memastikan yang lelaki itu adakah Tabah yang dicarinya agar senang dia
menebus kesilapan yang telah dilakukan olehnya dulu.
“Alhamdulillah
Kak Melly.” Suffian melonjak kegembiraan. Dia tahu kakak sepupunya itu
kesunyian. Dengan adanya Sutra Ashikin pasti hidup Melly tidak akan sunyi lagi.
“Bila kita nak ambil Sutra?”
“Nanti.
Kita tak boleh terburu-buru. Kak Melly tak mahu ulang kesilapan dulu. Kak Melly
bukan sahaja mahukan Sutra Ashikin tetapi Abang Tabah juga.” Ya, dia nekad. Kali
ini dia tidak akan mengulangi kesilapannya yang dulu. Dia tidak mahu Tabah
menjauhkan diri daripadanya. Dia akan mencuri hati Tabah. Seperti dia mencuri
hati lelaki itu tujuh tahun yang lalu.
“Kak
Melly pasti dengan keputusan Kak Melly?”
“Pasti
Pian. Seratus peratus pasti.” Gambar Sutra Ashikin diteleknya semula. Wajah
kanak-kanak itu tidak jauh berbeza seperti tiga tahun yang lepas. Wajah Sutra
Ashikin yang comel itu masih melekat di dalam ingatannya. Wajah yang sangat
dirinduinya bertahun-tahun dulu. Diteleknya pula gambar Tabah. Lelaki itu
nampak berbeza. Semakin kacak dan kemas. Amelia tersenyum puas.
“KAKAK
NAK pergi mana ni?” Soal Cassandra pelik melihat Clarissa bersiap cantik.
“Nak
keluar sekejap. Sandra nak ikut ke?” Ameena menjegilkan matanya ke arah Clarissa.
Ada ke patut nak pelawa adik sendiri ke kelab malam. Apa punya kakaklah. “Tak
payah ikutlah Sandra. Kakak takut lewat baliklah.” Clarissa menarik semula
kata-katanya setelah melihat jegilan Ameena.
“Okey
kak. Bye.” Sahut Cassandra. Sepeninggalan Clarissa, cepat-cepat Ameena dan Cassandra
menukar pakaian mereka. Melalui sms di dalam telefon bimbit Clarissa yang dilihat
oleh mereka, Clarissa berjanji untuk berjumpa dengan Kat di sebuah kelab malam
di Bukit Bintang.
“Ini
ke tempatnya Kak Meena?” Cassandra melihat sekeliling.
“Inilah
kut. Kalau tak silap tadi nilah namanya. Kak Meena dah google tadi. Kawan kau
tu mana?”
“Kejap
lagi dia sampailah. Kak Meena kan suruh budak dua orang tu datang pukul 10.30
malam. Ni baru pukul 10.15. Samseng kenalah sampai lambat sikit. Tak bolehlah
on time.”
“Ishhh...
budak ni. Aku luku kang.” Geram Ameena mendengar jawapan Cassandra.
“Kak
Meena rasa rancangan kita ni menjadi tak?”Kerisauan mula bertandang di hati
Cassandra. Buatnya kantoi nanti dengan dia-dia sekali kena maki dengan
Clarissa.
“Mesti
jadi punyalah. Ariel dan Esa kacau Kak Rissa lepas tu Anugerah sampai jadi
penyelamat. Cinta pun berputik. Walah.” Ameena gelak umpama ketua gengster.
Nyaring dan panjang saja hilai tawanya.
Cermin
kereta diketuk orang.Terlompat Cassandra
dan Ameena. Ariel dan Esa senyum mengejek. Cermin kereta diturunkan.
“Tak
boleh bagi salam dulu ke? Buat terperanjat Kak Meena aje tau.” Marah Ameena.
Orang tengah sedap-sedap gelak besar saja nak mengacau.
“Samseng
tak bagi salam kak.” Jawab Ariel. Mereka masuk ke dalam kereta.
“Apa
kau ingat samseng tu teruk sangat ke?”
“Kitaorang
gurau sajalah kak. Bila nak mula kerja ni? Kami dah tak sabar nak pukul orang.”
Esa pula bersuara.
“Kejap-kejap
lagilah. Bagilah dulu minah tu menari, enjoy-enjoy.”
“Ikut
Kak Meenalah. Kan Kak Meena ni pengarahnya?”
“Tahu
tak apa. Korang duduk diam-diam.”
Hampir
pukul 12.00 tengah malam barulah Ameena menelefon Anugerah. Dia perlu menelefon
Anugerah dahulu supaya Anugerah bergerak ke situ jadi tidaklah terlalu lama
adegan usik mengusik yang perlu dijayakan oleh Ariel dan Esa.
“Hello”
Suara Anugerah kedengaran lemah. Pasti dia sedang nyenyak tidur. Getus hati
Ameena.
“Hello
Abang Anugerah. Meena ni.”
“Menachi?
Menachi mana?” Jawab Anugerah masih lagi dalam nada yang lemah.
“Citt...
mana pulak Menachi. Ni Meenalah bang.”
“Saya
tak de kawan nama Menachi.”
“Ya
Allah, Meenalah ni. Meena.”
“Saya
cakap baik-baik sama awak, saya tarak kenal sama orang nama Meenachi.
Tolonglah, awak letak ini telefon saya mahu tidur.”
“Ni
Ameenalah abang Anugerah. Jiran sebelah.” Jerit Ameena geram. Penat dia
memperkenalkan diri tapi Anugerah tidak juga mahu faham.
“Eh
Meena! Kenapa telefon malam-malam ni.” Suara Anugerah kedengaran cemas. Barulah
dia tersedar yang panggilan itu datang dari jirannya.
“Tolong
kami. Ada orang buru kami.” Ameena pura-pura menangis.
“Meena
kat mana ni?”
“No
12, Jalan Bukit Bintang. Cepat bang.”
Talian
terputus. Pasti Anugerah yang memutuskannya. Ameena senyum puas. Puas di atas
keprihatinan yang ditunjukkan oleh Anugerah tadi. Setelah lebih kurang lima
belas minit berlalu, Ameena mendail pula nombor Clarissa.
“Hello.”
Clarissa menjawab panggilan.
“Rissa,
balik cepat. Sandra ni muntah-muntahlah. Aku nak buat apa?” Suara dicemaskan
agar nampak real.
“Apa?
Muntah? Aku balik sekarang.” Clarissa memutuskan talian. Risau benar dia
mendengar tentang keadaan Cassandra. Dia mengambil keputusan untuk pulang ke
rumah. Lagipun kepalanya memang terasa pening. Dia mengambil beg tangannya dan
melangkah keluar. Baru beberapa tapak Clarissa melangkah, pandangannya menjadi
gelap dan akhirnya dia rebah.
“Canteek.
Ikan dah tumbang. Kucing.. apa lagi. Jalankanlah kerja. Miaow.” Jerit Akmal
seronok. Zamani mencempung tubuh Clarissa diikuti oleh Akmal di belakang.
“Eh...
eh kalau tak silap itu Zamani. Siapa yang dicempungnya tu?” Jerit Ameena
apabila matanya tertancap kepada seorang lelaki yang sedang mencempung
seseorang. Diamatinya dengan teliti wanita yang dicempung oleh Zamani itu. “Ya
Allah.” Jeritan Ameena semakin kuat.
“Kenapa
Kak Meena?” Cassandra sudah gelabah.
“Tu
Rissa.”
Cassandra
merenung ke arah yang ditunjukkan oleh Ameena. “Yelah, itu kakak. Apa kita nak
buat ni Kak Meena?”
“Aduh,
rosak program aku. Dia nak buat apa dengan Rissa tu? Macammana ni?”Kepala yang
bertutup litup digaru. Ameena betul-betul hilang punca. Dia hampir menangis.
“Biar
kami halang malaun tu.” Ariel dan Esa pantas membuka pintu kereta lalu keluar
mendapatkan Zamani.
“Kau
nak buat apa dengan perempuan tu?” Jerit Ariel. “Letak perempuan tu kat situ.”
“Hey
budak. Ada hati nak lawan aku. Kau jangan menyibuk. Kau pergi balik bersunat
dulu, lepas tu baru kau datang jumpa aku.” Akmal mengekek gelak. Geli benar
hatinya mendengar kata-kata Zamani. Kaki Zamani terus melangkah ke keretanya
yang terletak hanya beberapa meter saja lagi.
Esa
cuba menghalang Zamani tetapi Akmal pantas memukul Esa. Zamani meletakkan tubuh
Clarissa di atas kaki lima. Dia cepat menerkam Ariel. Hatinya geram dicabar
oleh budak hingusan itu.
“Sandra
call polis, Kak Meena nak pergi dapat Rissa.”Arah Ameena apabila dia lihat
adegan tumbuk-menumbuk telah pun berlaku.
“Baik.”
Ameena
keluar dan mendapatkan Clarissa. Di ribanya tubuh Clarissa lalu
ditepuk-tepuknya pipi Clarissa agar bffnya itu sedar. Cassandra mendapatkan
mereka beberapa minit kemudian.
“Dah
call polis?”
“Dah.
Macammana dengan kakak ni?”
“Ambil
air dalam kereta.” Arah Ameena. Sekali lagi Cassandra patuh menurut perintah.
Teruk
juga Ariel dan Esa dibelasah oleh Zamani dan Akmal tetapi nasib baiklah Anugerah
tiba tepat pada masanya. Terkejut dia melihat Clarissa tidak sedarkan diri.
“Kenapa
ni Meena?”
“Abang
Anugerah, tolong budak dua orang tu. Teruk diaorang kena belasah.” Jerit Ameena
menangis. Dia bimbang jika sesuatu yang buruk berlaku kepada Ariel dan Esa. Dia
yang bertanggungjawab ke atas keterlibatan dua remaja itu. Pihak polis yang
dihubungi oleh Cassandra sebentar tadi masih belum sampai. Tanpa banyak soal Anugerah
melompat membelasah Zamani. Ariel dan Esa pula berpadu tenaga membelasah Akmal.
Teruk Zamani dikerjakan oleh Anugerah. Mana taknya, Anugerah memang berlajar
seni mempertahankan diri. Maklumlah, duduk di negara orang perlulah tahu semua
itu. Polis datang sepuluh minit kemudian meleraikan pergaduhan. Kalau polis
lambat lagi sampai, pasti sudah mati Zamani dikerjakan oleh Anugerah.
Anugerah,
Ariel, Esa dan Clarissa dihantar ke hospital untuk dirawat. Polis juga telah
mengambil keterangan mereka semua atas apa yang berlaku. Hampir pukul 7.00 pagi
baru mereka semua pulang ke rumah masing-masing.
BAB
16
Clarissa
duduk di sofa. Diambilnya air teh di atas meja lalu dihirupnya sedikit. Tidak...
kesedapan air teh yang diminumnya langsung tidak dapat menghentikan kegusaran
hatinya. Sejak sejam yang lalu, Ameena tidak henti-henti berleter kepadanya. Naik
menanah telinga Clarissa mendengar leteran Ameena yang seperti tiada
penghujung. Dia akui memang salahnya sampai perkara ini berlaku tetapi tidak
perlulah Ameena marahkannya sampai begini sekali. Nasib baiklah mamanya tidak
mengetahui tentang peristiwa ini, jika mama tahu alamat kena bungkus kain
bajulah dia pulang ke Kuala Selangor.
“Kau
dengar tak apa yang aku cakap?” Sergah Ameena sambil bercekak pinggang.
Pergh... ni dah macam ibu tiri dalam cerita bawang putih bawang merah.
“Dengar.”
Jawab Clarissa perlahan.
“Habis
tu nak pergi cucuk bintang lagi ke?”
“Nak....”
“Apa?”
“Tak....”
Tangan ditekupkan ke mulut. Haish... apasallah mulut ni boleh cakap nak. Maunya
muka Ameena tak menyinga.
“Nasib
baik ada Abang Anugerah, kalau tak entah apalah nasib kau Rissa. Tak dapat aku
nak bayangkan.” Ameena duduk di sofa melepaskan lelahnya kerana berleterkan Clarissa.
Apabila nama Anugerah disebut, ingatan Clarissa melayang mengingati wajah
lelaki itu. Dia terhutang bukan saja budi tetapi juga maruahnya. Tidak tahu
bagaimana harus membalas jasa Anugerah.
“Macammana
Abang Anugerah boleh ada kat sana?” Soal Clarissa.
“Aku
yang call minta tolong.” Lancar Ameena menjawab.
“Yang
kau pulak macammana boleh ada kat situ? Setahu aku kau bukannya jenis yang
keluar lewat malam.” Wajah Ameena berubah rona. Alamak... macam nak terkantoi! Apa
alasan nak bagi ni. Kang kalau Clarissa tahu mesti dia akan memberi leteran
balas.
“Sandra
yang nak sangat tengok suasana K.L lewat malam. Dengan kawan-kawan tak berani
nak lepak lewat malam sebab tak ada kereta. Maklumlah student.” Sampuk
Cassandra. Fuhh... Ameena menarik nafas dalam-dalam. Nasib baiklah otak
Clarissa ni bergeliga juga dalam bab-bab menipu.
“Kebetulan
tapi nasib baiklah korang semua ada kalau tak.....” Satu keluhan dilepaskan. Clarissa
termenung memikirkan apa yang berlaku. Tergamak Zamani meletakkan dadah ke
dalam minumannya untuk membuatkan dia khayal serta tidak sedarkan diri. Dia
ingatkan Zamani baik orangnya tetapi memang betul kata Ameena, nak cari lelaki
yang baik janganlah cari di kelab malam.
“Meena,
aku masuk dululah, kepala pening. Sandra, kakak nak tidur dulu ya.” Clarissa
bangun lalu masuk ke biliknya. Kepalanya yang sakit sejak tadi membuatkan
matanya mahu pejam. Elok sampai di bilik, telefon bimbitnya berbunyi. Sempat
lagi Clarissa mendengus sebelum menjawab panggilan.
“Assalammualaikum.”
Sapa si pemanggil. Clarissa menjawab dalam hati. “Tak jawab dosa tau.”Sambung
si pemanggil lagi.
“Menuduh
orang pun berdosa. Dah jawab dalam hati.” Kata Clarissa acuh tak acuh. “Siapa
ni?”
“Abanglah.”
“Abang
mana?”
“Anugerah.”
Clarissa terkedu. Tidak disangkanya panggilan itu datangnya daripada Anugerah. Diteleknya telefon bimbitnya, ya
nama Anugerah tertera di skrin.
“Sorry
bang. Rissa tak perasan tadi.” Bimbang juga hatinya jika Anugerah menuduhnya
sombong dan tidak mengenang budi.
“Tak
apa. Abang faham. Orang lalok macam nilah.”
“Sampai
hati kata Rissa lalok.” Wajah Clarissa masam mencuka. Kata-kata Anugerah tadi
begitu sinis pada pendengarannya.
“Rissa
dulu tuduh abang ada anak tak sah taraf. Sampai hati juga kan.”Anugerah
memulangkan paku buah keras.
“Yang
tu Rissa minta maaflah.”Aiyak, dia dendam lagilah. Apa nak buat. Minta maaf
sajalah.
“Abang
bergurau. Rissa dah okey?”Cepat-cepat Anugerah mengubah perbualan bimbang
Clarissa kecil hati. Suara mendatar Clarissa sudah menyatakan perasaannya saat
itu.
“Pening
sikit.”
“Kesan
ubatlah tu. Kalau perlukan apa-apa cari abang ya. Jangan malu-malu.”
“Dah
banyak Rissa susahkan abang. Seganlah.”
“Mana
ada susahnya. Ingat ya, lepas ni kalau ada apa-apa cari saja abang.”
“I
will.”
“Assalammualaikum.”
“Waalaikummusalam.”
Telefon bimbit diletakkan di atas katil. Clarissa termenung seketika. Direbahkan
tubuhnya. Matanya dipejamkan tetapi bayangan wajah Anugerah menjelma. Oh... adakah
aku sudah jatuh cinta?!
SUDAH
SEMINGGU sejak peristiwa itu berlalu. Clarissa juga sudah mula bekerja. Semangatnya
sudah pulih sepenuhnya. Nama Zamani sudah dikikisnya jauh-jauh dari hidupnya. Biarlah
pihak polis sahaja yang menjalankan tugas mereka dan undang-undang yang
menjatuhkan hukuman. Dia tidak mahu mengambil tahu tentang lelaki itu.
“Hai
Rissa.” Sapa Kat sebaik sahaja Clarissa masuk ke pejabat. Clarissa melemparkan
senyuman tidak ikhlas. Rasa marahnya kepada Kat masih lagi tidak habis.
“Hai
Rissa.” Emma pula menyapa. Clarissa angguk lalu melabuhkan punggungnya di atas
kerusi. Komputer di hidupkan. Clarissa mengambil telefon bimbit lalu melihat
nama yang tersimpan di dalam phonebooknya. Dia mencari seseorang yang boleh
diajak berbual asalkan dia tidak perlu berbual dengan Emma dan Kat. Matanya
tertancap kepada nama Anugerah. Dengan segera tangannya menekan butang hijau.
“Good
morning abang.” Sapa Clarissa lembut.
“Morning.”Jawab
Anugerah ceria. Memang Anugerah mengharapkan panggilan Clarissa. Dia amat
rindukan gadis yang berjaya mencuri hatinya itu tetapi dia malu mahu
menghubungi gadis itu selalu.
“Dah
breakfast?”
“Belum.
Baru sampai office.”
“Okeylah.
Saja Rissa call. Bye.”
“Bye.”
Jawab Anugerah puas. Walaupun perbualan mereka cuma seketika tetapi itu sudah
cukup memuaskan hatinya.
“Rissa,
aku tahu kau marah pada aku tapi janganlah sebab Zamani aku yang jadi mangsa. Kau
pun tahu kan aku juga diberi dadah tapi syukurlah kekecohan kat luar tu
menyelamatkan aku.” Pujuk Kat sebaik Clarissa meletakkan telefon bimbitnya. Clarissa
tidak menjawab. Direnungnya komputer di hadapan. Dia tahu Kat tidak bersalah
tetapi hatinya sakit mengenangkan apa yang berlaku.
“Dahlah
Rissa, Kat tak salah. Janganlah sebab Zamani keparat tu kita semua bergaduh.” Pujuk
Emma pula.
“Aku
tak marahlah pada Kat cuma aku perlukan masa.” Clarissa bangun lalu berlalu ke
bilik air. Biarlah dia menyejukkan hatinya dahulu, barulah dia memikirkan
hubungan persahabatan antaranya dan Kat. Nasihat Cassandra masih terngiang di
telinganya. Cassandra menasihatinya supaya bijak memilih kawan. Nasihat adiknya
itu ada kebenarannya. Selepas peristiwa hitam itu, Clarissa telah berjanji untuk
berubah. Dia berjanji untuk meninggalkan dunia malamnya.
Tiada
sesiapa berani mengganggu Clarissa sepanjang di pejabat. Clarissa hanya
menumpukan perhatiannya kepada kerja yang bertimbun. Tepat pukul 12.45
tengahari telefon bimbit Clarissa berbunyi. Apabila melihat nama Anugerah
tertera, secepat kilat Clarissa menjawab panggilan.
“Hello.”
“Hello
Rissa. Dah lunch?” Terus sahaja Anugerah menyoal.
“Belum.
Abang?”
“Belum.
Abang depan office Rissa ni. Jom lunch.” Pelawa Anugerah. Clarissa terkejut. Boleh
tahan Anugerah ni sekarang dah pandai serbu-serbu.
“Okey.
Pukul 1.00 Rissa keluar.”
“Okey.”
Anugerah
puas hati. Tak sia-sia dia mencuba nasib. Tadi dia ada urusan berdekatan
pejabat Clarissa jadi dia mengambil peluang yang ada untuk mengajak Clarissa
keluar makan tengahari bersama. Jam di tangan terasa lambat berjalan. Tidak
sabar dia mahu menatap wajah comel itu. Entah mengapa hatinya terpikat kepada
gadis seperti Clarissa sedangkan jika ditanya oleh kawan-kawannya sebelum ini, gadis
yang pergi ke kelab-kelab malam tidak akan termasuk di dalam senarainya. Dia
nampak ada sisi baik pada gadis itu dan dia tertarik untuk mengetahui dengan
lebih lanjut tentang gadis bernama Clarissa Imani.
Tepat
pukul 1.00, Anugerah nampak Clarissa keluar dari Asian Travel Agencies yang
terletak di seberang jalan dari tempat dia memakir kereta. Dibukanya tingkap
penumpang lalu dia melambai ke arah Clarissa. Seorang wanita berbaju kurung
warna kuning yang tiba entah dari mana menahan Clarissa. Lama juga Anugerah
lihat Clarissa berbual dengan wanita itu. Hatinya dibaluti resah. Dia mengambil
keputusan untuk mendapatkan mereka.
“Hai.”
Sapa Anugerah. Wanita berbaju kurung warna kuning itu tersentak. Wajahnya
tiba-tiba pucat.
“Hai
bang.” Sahut Clarissa mesra. “Kenalkan ini boss Rissa, Puan Melly.” Anugerah
menganggukkan kepalanya kepada Melly tetapi wanita itu masih lagi kaku.
“Anything
wrong? Rissa ada date lain ke?” Soal Anugerah ingin tahu. Bimbang juga dia jika
boss Clarissa mengajak pujaan hatinya itu lunch di mana-mana.
“Tak
adalah bang. Boss Rissa ni bagi pesanan sikit. Kan Puan Melly?” Melly
tersentak. Dia kehilangan kata-kata tetapi kepalanya terangguk-angguk.
“I
minta diri dulu.” Dengan tubuh yang menggigil, Melly masuk ke pejabat. Hatinya
sebak. Air matanya tunggu masa untuk tumpah.
“Kenapa
dengan boss Rissa tu?” Soal Anugerah pelik.
“Entah.”
Clarissa menjongketkan bahunya. Dia juga pelik melihat sikap majikannya itu. Tadi
elok saja meninggalkan pesan menyuruh dia membuat sedikit kerja tetapi
tiba-tiba sahaja majikannya seperti kehilangan kata-kata.
“Jomlah.
Kang lambat pula Rissa masuk office.” Ajak Anugerah. Sepuluh minit telah
berlalu dan dia tidak mahu mensia-siakan masa yang masih ada.
“Okey.
Kita makan area sini sajalah abang.”
“Okey.
Jom.” Kaki diayun laju ke kedai makanan Thai yang berdekatan dan Clarissa
membontoti di belakang.
“Nak
order apa?” Soal Anugerah sebaik menu terpampang di depan mata.
“Nak
order nasi putih dua, tomyam campur, ayam pandan, kerabu mangga, kerabu ayam, ikan
siakap stim. Abang nak tambah apa-apa?”
“Mak
aii... banyaknya order. Sempat ke nak makan semua ni. Lunch hour awak tu
sekejap aje tau. Abang tak apa. Masuk lambat pun tak ada sapa nak bising.”
“Rissa
nak belanja abang makan sebab selamatkan Rissa hari tu. Masuk lambat pun tak
apa. Tak masuk terus lagi bagus.”
“Amboi...
cakap besar. Kang boss awak marah kang jangan salahkan abang.”
“Tak.
Lagi pun tadi Puan Melly ada cakap yang dia nak ke Shah Alam. Tu yang Rissa
berani tu.” Clarissa ketawa kecil diikuti oleh Anugerah.
“Hmm
patutlah cakap berlagak semacam. Kalau macam tu tambah air longan sejug. Itu
saja. Terima kasih.” Pelayan yang mengambil pesanan mengangguk dan meninggalkan
Clarissa dan Anugerah berdua. Anugerah mengambil kesempatan yang ada untuk
merenung wajah Clarissa yang sedang asyik memerhatikan keindahan restoran
tersebut. Wajah itu betul-betul menarik minatnya sejak mula. Walaupun
dikelilingi oleh minah-minah salleh yang cun-cun di Australia tetapi gadis
melayu jugalah yang dapat menawan hatinya.
“Tak
baik tau tenung-tenung macam tu.” Sergah Clarissa menyebabkan Anugerah
tersentak.
“Nak
tengok keindahan ciptaan tuhan, apalah salahnya.” Clarissa tersipu-sipu malu.
Merah padam wajahnya. Anugerah memang sukar dijangka. Nampak alim tetapi boleh
tahan bahasa yang digunakan.
“Sutra
Ashikin macammana? Lama Rissa tak nampak.”
“Makin
petah bercakap. Berkepit saja dengan ibu. Dia ada juga bebel tanya mana auntie
cun lama tak nampak.”
“Auntie
cun?”Clarissa kerut dahi. Takkan aku kut. Bangganya rasa bila dikatakan cun.
“Rissalah.
Dia panggil Rissa auntie cun, Meena pula dia panggil auntie comel. Hafshahlah
yang ajar perkataan cun tu. Kalau tak manalah Sutra nak tahu.” Wajah Anugerah
ceria setiap kali bercerita tentang anak kesayangannya itu.
“Really...
bangganya Rissa. Bijak betul Sutra tu ya.”
“Sebijak
daddynya.”
Clarissa
cebik. “Bukan macam daddynya, mesti ikut mommynya. Kalau Rissa tanya boleh? Mommy
Sutra orang mana?”
Wajah
Anugerah berubah. Tidak disangka soalan itu akan keluar lagi dari mulut mungil Clarissa.
Perlukah dia berterus terang siapakah Sutra Ashikin yang sebenarnya? Nasib
baiklah kedatangan pelayan membawa makanan yang dipesan oleh mereka
menyelamatkan keadaan. Jika tidak pasti nak tak nak dia terpaksa berbohong. Sudah
terlalu banyak pembohongan yang dilakukannya sejak kembali ke Malaysia. Hatinya
sudah tidak dapat lagi membendung segala pembohongan ini.
BAB
17
Melly gelisah. Sudah puas dia
bertukar posisi. Sekejap mengiring ke kanan, sekejap ke kiri. Sekejap
terlentang sekejap dia duduk namun bayangan wajah lelaki yang pernah menjadi
suaminya pada suatu ketika dulu tidak pernah lenyap dari kotak fikirannya. Wajah
itu semakin kacak. Melly sedih kerana Tabah sanggup berpura-pura tidak
mengenalinya.
“Tolong Melia. Tolong bawa Melia ke
mana-mana. Nanti Melia cerita apa yang berlaku.” Wajah Tabah dipandangnya minta
simpati. Mujurlah Tabah tidak banyak soal. Dihidupnya enjin kereta dan kereta
pun meluncur laju ke rumah sewa milik Tabah. Setelah sampai ke destinasi yang dituju,
Tabah membancuh coklat panas buat Melia.
“Kau lari dari siapa?” Soalnya ingin
tahu kerana ketika Melia masuk ke dalam kereta miliknya sebentar tadi, wanita
itu seperti lari dari seseorang.
“Rob. Dia suruh Melia layan kawan
dia. Melia tak mahu. Melia takut.”
“Yang kau ikut Rob kenapa?”Sinis
Tabah menyoal. Dah tahu tidak mahu membuat maksiat kenapalah diikut Rob ketua
samseng yang terkenal di tempat mereka.
“Dia cakap dia nak bawa Melia keluar
dari dunia Melia. Dia kata dia nak nikah dengan Melia.”
“Semudah itu kau percaya pada Rob?” Tabah
senyum menyindir.
“Sebab dia saja lelaki yang tak
sentuh Melia. Dia layan Melia sebagai seorang perempuan yang bermaruah selama
ini tapi rupanya....” Melia sudah mula menangis teresak-esak. Bergoyang-goyang
bahunya. Tabah serba salah. Selama ini dia tidak pernah mempunyai teman wanita
dan dia tidak tahu bagaimanakah caranya mahu memujuk seorang wanita.
“Kau tak sepatutnya terjebak dengan
diaorang. Kau tahu kan diaorang semua macammana? Kau tak boleh aspect diaorang
akan layan kau sebagai seorang wanita yang bermaruah.”
“Tolonglah aku Tabah. Bawa aku jauh
dari Rob.” Rayu Melia. Dia tahu Rob takkan berdiam diri dan pasti mencarinya.
“Kau nak minta aku tolong? Semudah
itu kau percaya pada aku. Kalau aku pun macam Rob bagaimana?”
“Aku tahu kau bukan macam Rob. Selama
aku kenal kau, kau tak pernah sentuh arak, dadah dan kau tak pernah tumpang
sekali tidur dengan mana-mana perempuan yang geng-geng Rob bawa balik. Aku tahu
kau baik.”
Tabah
termenung seketika. Tidak disangkanya perlakuannya selama ini diperhatikan oleh
Melia. Rob adalah kawan sekolah Tabah. Sewaktu mereka di tingkatan lima, Rob
pernah menolong Tabah daripada dibelasah oleh samseng jalanan. Waktu itu Tabah
sedang dalam perjalanan ke sekolah. Walaupun samseng-samseng jalanan tersebut
berjaya dikalahkan tetapi teruk juga Rob dibelasah sehingga menyebabkan Rob
terlantar beberapa hari di hospital. Tabah begitu terhutang budi dengan Rob. Sejak
itu mereka berkawan baik. Walaupun Tabah tidak gemar ataupun suka dengan dunia
bebas Rob tetapi atas dasar persahabatan yang telah terjalin antara mereka, dia
hanya membiarkan sahaja Rob hanyut dengan dunianya.
“Tengoklah apa yang aku boleh buat
nanti. Buat masa ni kau menyorok dulu di rumah aku. Kalau ada sesiapa datang
waktu aku kerja, kau jangan buka pintu. Aku masuk tidur dulu. Besok aku nak
kerja.”
Bermula dari hari itu, Melia
menumpang tinggal di rumah Tabah. Atas dasar terhutang budi kerana diberi
tempat tinggal bahkan makan dan minum, Melia menjadi pembantu rumah tidak rasmi
Tabah. Makan pakai Tabah disiapkan dengan baik sehingga menyebabkan Tabah jatuh
cinta dengan Melia. Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk bernikah secara
rahsia dan berpindah ke Pulau Pinang. Kehidupan mereka bahagia sehinggalah
kelahiran Sutra Ashikin. Setelah habis pantang, Melia meminta izin untuk
bekerja di spa milik kenalan mereka dan dari situ Melia mengenali Tengku Anaz
yang kebetulan mendapatkan rawatan di spa tersebut sewaktu bercuti di Pulau
Pinang.
Kemewahan yang diberikan oleh Tengku
Anaz menyebabkan Melia mabuk dan dengan rela Melia meninggalkan Tabah dan
anaknya demi untuk menjadi isteri Tengku Anaz. Masih Melia ingat Tabah merayu
agar dia kembali ke pangkuan mereka dua beranak tetapi kerana kesenangan yang
melimpah ruah, Melia sanggup membiarkan Tabah menderita.
Melly mengeluh.Ya... dia adalah
Melia ataupun Amelia. Dia adalah wanita yang tidak mengenang budi yang sanggup
meninggalkan lelaki yang banyak berbudi dengannya. Lelaki yang sanggup
menikahinya walaupun lelaki itu tahu dia sudah ditepuk tupai berkali-kali. Lelaki
yang sanggup mengangkat darjatnya dari seorang bohsia kepada seorang wanita
bergelar ibu. Lelaki yang sanggup membelakangkan keluarganya kerana mahu
menyelamatkan maruahnya. Melly menangis teresak-esak. Zalimnya dia. Berdosanya
dia selama ini. Baru dia sedar kesenangan, wang ringgit, harta benda tidak
menjanjikan ketenangan jiwa. Walaupun sewaktu Tengku Anaz masih ada, jiwanya
kosong kerana kesibukan lelaki itu dan sejak Tengku Anaz meninggal dunia, jiwanya
bertambah kosong dan sunyi.
“Abang, masih berdendamkah abang
pada Melia? Kenapa abang seperti tidak mengenali Melia? Kenapa abang menganggap
Melia seperti orang asing?” Tangis Melly lagi.
HARI ITU Clarissa, Anugerah dan Sutra
Ashikin keluar bersama. Mereka membawa Sutra Ashikin ke Kidszania yang terletak
di Damansara. Menurut Anugerah, sudah lama dia berhajat membawa Sutra Ashikin
ke situ tetapi baru kali ini berkesempatan.
“Slot pagi ada tiket lagi?” Soal Anugerah
kepada budak yang menjaga kaunter tiket. Bimbang juga dia jika tiket habis
dijual kerana hujung minggu begini pasti ramai pengunjung yang datang ke sini.
“Ada encik. Nak berapa tiket?”
“Three.” Petah Sutra Ashikin
menjawab sambil tiga jarinya ditunjukkan. Budak penjaga kaunter tiket itu
tersenyum lebar.
“Okey. Sekejap ya dik.”Jawab penjaga
kaunter tiket itu. Dia menekan-nekan keyboard komputer. Selepas itu dia
memandang Sutra Ashikin semula. “Bak tangan.”Katanya sambil menunjukkan gelang
berbentuk jam tangan kepada Sutra Ashikin. Tertinjit-tinjit Sutra Ashikin cuba
meletakkan tangannya di atas kaunter tiket. Melihat kepayahan Sutra Ashikin
dengan pantas Anugerah mengangkatnya.
“Ni gelang ajaib untuk adik. Ni cek
lima puluh kidzos. Nanti tukar kat bank di atas ya.”Sutra Ashikin angguk. Asyik
dia melihat cek yang diberikan kepadanya.
“Okey. Giliran mommynya dan daddynya pula.”Tersipu-sipu
Clarissa malu mendengar kata-kata budak penjaga tiket tersebut. Setelah selesai
dipakaikan gelang di tangan, Clarissa dan Anugerah mengucapkan terima kasih
kepada penjaga kaunter tiket tersebut.
“Cepat mommy.” Tangan Clarissa
dicuit oleh Anugerah setelah Anugerah lihat Clarissa tidak mahu berganjak dari
situ. Tersentak dengan tindakan Anugerah itu, muka Clarissa merah padam. Sutra
Ashikin pula sudah terkikih-kikih gelak.
Mereka
menghabiskan masa dengan begitu gembira sekali. Kagum Clarissa dengan apa yang
terdapat di dalam Kidszania. Dia yang lebih teruja dibandingkan dengan Sutra
Ashikin. Setelah kira-kira empat jam menghabiskan masa di sana, mereka pulang dengan
senyuman yang tidak lekang di bibir.
“Kalaulah zaman kita sekolah dulu
ada semua nikan best. Boleh pergi rombongan.” Kata Clarissa sambil memangku Sutra
Ashikin yang sudah lena di pangkuannya.
Anugerah ketawa kecil. “Zaman kita
dulu pergi zoo, tugu negara, muzium negara. Itu pun dah bangga gila. Tak
berhenti bercerita bila sampai rumah.”
“Haah. Siap kencing celah pokok
sebab tak tahan nak pergi toilet.” Sampuk Clarissa sambil gelak besar
mengingatkan zaman kanak-kanaknya.
“Ye ke? Abang tak.”
“Eleh... orang lelaki lagi senang
nak kencing merata-rata. Tak konon.”
“Ni mesti Rissa selalu skodeng orang
lelaki kencing ni.”
“Eiii... mana ada. Tolong sikit.” Cebik
Clarissa. Mereka sama-sama gelak. Anugerah menjeling ke arah Clarissa. Hatinya
gembira melihat Clarissa tidak kekok melayani kerenah Sutra Ashikin. Jarang
wanita yang ranggi dan moden seperti Clarissa pandai menjaga anak kecil yang
banyak kerenah. Hati yang sudah terpaut semakin terpaut.
“Kalau abang tanya Rissa jangan
marah ye.”
“Nak marah buat apa?” Soal Clarissa
pelik.
“Rissa dah ada boyfriend? Teman
lelaki? Kekasih?”
Oh ini yang mahu ditanyakan oleh Anugerah.
“Yang speacial tak ada. Tengah mencarilah ni.”
“Dah jumpa belum?”
“Hmmm... entahlah. Rasa macam dah
jumpa tapi segan nak cakap.” Clarissa berbasi-basi. Mahu saja dia menjerit
memberitahu Anugerah yang dia sukakan lelaki itu tetapi dia malu.
“Kalau tak cakap nanti kena kebas
macammana?”
“Abang dah ada yang punya?”
“Ada.” Yakin Anugerah menjawab. Clarissa
terpempam. Mahu saja dia menangis meraung tetapi ditahannya sedaya upaya. Anugerah
adalah superheronya jadi dia tidak mahu superheronya menjadi milik orang lain.
“Orang mana?”
“Ibu, ayah dan Sutra Ashikin yang
punya.” Fuhh... Clarissa tarik nafas lega. Nasib baik kalau tak mahu balik ni tiga
hari tiga malam frust menonggeng. “Kenapa Rissa tanya?”
“Kenapa abang tanya Rissa tadi?”
“Pandai menjawab ek. Kalau Rissa dah
ada boyfriend abang takutlah nak ajak Rissa keluar, tu yang abang tanya.”
“Rissa pun takut nak keluar dengan
abang kalau abang dah ada special. Kang tak pasal-pasal ada orang tarik rambut Rissa.”
“Iyolah tu.” Sahut Anugerah
tergelak.
“Boleh Rissa tahu pasal isteri
abang?” Tawa Anugerah terhenti serta merta. Kenapalah soalan ini jugalah yang
harus disoal oleh Clarissa.
“Suatu hari nanti bila sampai
masanya abang akan beritahu Rissa tentang dia.” Clarissa diam. Dia kecewa
mendengar jawapan Anugerah.Bilakah masa itu? Hanya Anugerah yang tahu.
BAB
18
“Amboi... cerianya. Bawa anak tiri
pergi mana?” Sebaik masuk ke dalam rumah terus soalan itu ditanyakan oleh
Ameena. Clarissa menghempaskan tubuhnya ke sofa.
“Bawa ke Kidszania. Penat beb.”
“Seronok?” Soal Ameena lantas
melabuhkan punggungnya disebelah Clarissa.
“Meena...” Clarissa membetulkan
kedudukannya. Dia menghadap Ameena. “Aku rasa aku dah jumpa Mr Right aku.”
Wajah Ameena bercahaya. Akhirnya dia
berjaya menyatukan dua hati. “Siapa?”
“Anugerahlah. Aku suka dekat dia dan
aku sayang pada Sutra Ashikin.”
“Anugerah?”
“Aku rasa dia pun suka pada aku
tapi... ”Clarissa terdiam. Dia tunduk merenung lantai.
“Tapi apa pulak?”
“Kalau aku suka dia, dia suka aku, mama
aku suka tak kat dia? Duda anak satu tu. Buy one free one.” Satu keluhan
dilepaskan. Dia tahu sangat mamanya yang terlalu cerewet dan mementingkan
kesempurnaan. Pasti mamanya meragui kewibawaannya untuk menjadi ibu tiri kepada
seorang kanak-kanak berumur lima tahun.
“Rissa, paling penting sekarang kau
cubalah berkawan dengan Anugerah. Sesuaikan diri dulu. Bila ada kesesuaian
barulah cerita pada mama. Kau sendiri pun belum pasti kan tentang hubungan
korang.”
“Kan... apalah aku ni dah terfikir
sebegini jauh.”
“Kau ingat tak?”
“Ingat apa?” Clarissa kebingungan. Tiba-tiba
sahaja Ameena bertanyakan soalan itu kepadanya.
“Kalau kau jumpa Mr Right, kau akan
stop pergi ke kelab malam.” Wajah Ameena kelihatan nakal. Clarissa gigit bibir.
Cuba mengingati janjinya.
“Ada ke aku janji macam tu?”
“Ada. Kau janji lagi kalau kau
ingkar, kau akan ditimpa bala.” Clarissa senyum kelat. Biar betul sampai begitu
sekali dia berjanji dengan Ameena.
“Aku main-main ajelah. Aku tak ingat
pun janji aku. Alah... kalau pergi kelab sekadar nak lepak-lepak jumpa kawan
tak apa. Lagi pun sekarang ni dah lama aku tak pergi sana, kalau sebulan sekali
pergi tu apalah salahnya kan.”
“Janji tetap janji. Tak boleh tarik
sesuka hati.” Telunjuk Ameena digerakkan ke kiri dan ke kanan.
“Suka hati akulah nak berjanji ke
tak cik Ameena oii. Dahlah. Aku nak mandi. Chow.”Clarissa bangun lalu
meninggalkan Ameena yang sedang masam mencuka. Padan dengan muka kaulah Ameena,
sapa suruh busybody sangat.
HUBUNGAN
antara Clarissa dan Kat semakin pulih. Mereka sudah mula bergurau senda seperti
dulu. Clarissa tahu Kat tidak boleh dipersalahkan. Bukannya Kat yang
bersekongkol dengan Zamani untuk menyakitinya tetapi lelaki keparat itu yang
bertindak keterlaluan.
“Kak
Rissa, Puan Melly nak jumpa.” Suffian meyampaikan pesanan sebaik keluar dari
bilik Melly. Clarissa angguk lalu bangun. Diketuknya pintu dan dia masuk ke
dalam.
“Ya
Puan Melly. Ada apa-apa yang boleh saya tolong.” Melly senyum sambil
mengarahkan supaya Clarissa duduk.
“Saja
nak sembang dengan awak. Bosanlah hari ni.”
“Oh...
saya ingatkan apa tadi. Puan tak ke mana ke hari ni?”
“Tak.
Awak tak keluar dengan boyfriend?” Pancing Melly. Sebenarnya memang itulah yang
ingin dicungkilnya dari Clarissa. Dia mahu tahu adakah Clarissa dan Tabah adalah
pasangan kekasih. Dulu Clarissa sudah menafikan tetapi manalah tahu jika cinta
sudah berputik jika tidak masakan mereka keluar makan bersama tempohari.
“Boyfriend?”
“Yang
awak kenalkan pada saya hari tu? Dia boyfriend awak kan?”
Clarissa senyum meleret. Dia sendiri
tidak pasti sebagai apakah harus diperkenalkan Anugerah. “Entahlah Puan Melly. Nak
kata boyfriend tak declare lagi. Nak kata tak, rasa macam ya. Saya pun baru
saja kenal dengan dia. Sebelum ni dia tinggal di Australia, bila dah balik ke Malaysia
kebetulan dia jiran saya tetapi kami masih tak bertegur mesra. Satu hari tu
masa Puan Melly suruh saya pergi Ke Kolej Universiti Utama, saya jumpa dia di
sana.Sejak itu kami rapat.”
“Dia kerja kat sana? Macammana saya
boleh tak tahu?”
“Baru saja Puan Melly.” Melly
angguk. Ringan saja mulutnya mahu bertanyakan lebih lanjut tentang Tabah
terutama sekali tentang anaknya Sutra Ashikin tetapi dia mengawal dirinya
bimbang Clarissa akan curiga.
“Saya doakan awak dan Tabah akan
menjadi pasangan kekasih.”
Dahi
Clarissa berkerut. “Nama dia Anugerah. Bukannya Tabah.”
“Ops...
saya tersilap dengar kut.” Melly menutup mulutnya sedikit dengan telapak
tangannya. Sampai begitu sekali Tabah mahu lari dari dirinya sehinggakan
identitinya juga ditukar. Bijak Tabah mengaturkan rancangannya. Tabah sanggup
mengisytiharkan dirinya sudah meninggal dunia, hilang beberapa tahun dan
kembali semula dengan identiti yang baru.
“Puan
Melly...” Panggil Clarissa. Melly masih lagi tidak menyahut panggilan. “Puan
Melly.” Kali ini suara Clarissa sedikit kuat sehingga Melly tersentak.
“Ya
Rissa.Oh... maafkan saya. Awak boleh pergi.” Terus sahaja Melly menyuruh Clarissa
keluar. Walaupun terperanjat tetapi Clarissa bangun dan meninggalkan Melly
keseorangan. Pelik dia dengan sikap bossnya itu, tadi beria-ia mahu berbual
tetapi tiba-tiba sahaja termenung panjang.
“Patutlah
tak nak kawan dengan kitaorang, rupanya dah jadi best friend boss. Selalu
sangat boss panggil kau masuk. Dia nak apa?”Terus saja Emma mendekati Clarissa
sebaik Clarissa sampai ke tempatnya.
“Banyaklah
kau. Mana ada aku jadi best friend boss. Saja sembang-sembang kosong lepas tu
aku tengok dia termenung dan terus dia suruh aku keluar.”
“Boss
periodlah tu. Hormon tak betul.” Sampuk Kat sambil ketawa.
“Tak
pun dah lama tak dapat. Husband dah takde.” Tambah Emma pula.
“Dahlah
tu. Kasihanlah boss kita. Husband dia meninggal tau. Janganlah cakap begitu.” Marah
Clarissa.
Kat dan Emma meninggalkan Clarissa
untuk menyambung tugas mereka. Belum sempat Clarissa meneliti fail di atas meja,
telefon bimbitnya berbunyi.
“Hello bang.” Teruja Clarissa
menjawab panggilan Anugerah.
“Hello sayang.” Balas Anugerah
ceria. Clarissa tergamam dipanggil sayang. Kalau di rumah, mahu saja dia
melompat sampai ke siling kerana terlalu gembira. “Hey... kenapa diam ni.” Sambung
Anugerah setelah melihat Clarissa diam seribu bahasa.
“Abang kat mana ni?” Soal Clarissa
mengubah topik. Malu nanti kalau Anugerah tahu dia hilang kata-kata.
“Kat office. Tengahari nanti kita
lunch sama?” Sekali lagi Clarissa seperti mahu melompat kegembiraan.
“Okey. Pukul satu ek.”
“Okey sayang. Bye.”
“Bye.” Jawab Clarissa manja. Dia
seperti terawang-awang di udara. Bahagianya rasa apabila sudah jatuh cinta.
“Woi...” Sergah Suffian menyebabkan Clarissa
melompat.
“Pian.” Jerit Clarissa marah. Suffian
mengekek gelak. Kelakar benar dia melihat Clarissa melompat tadi. Macam kartun
pun ada.
“Giler punya angau. Orang tercongok
depan dia pun tak sedar.”
“Ye ke. Berapa lama kau dah ada
depan aku?”
“Lama dah kak. Aku nak keluar ni. Mana
surat tu?” Suffian menadahkan tangannya.
“Surat apa?” Soal Clarissa tidak
faham.
“Surat yang Kak Rissa suruh hantar ke
PJ tulah. Aku nak keluar ni. Dah siap belum?” Parah dah minah ni. Pagi tadi
beria sangat suruh berjumpa dengannya sebelum keluar ke mana-mana. Ni apa kes?
“Alamak, sekejap Pian. Bagi aku
sepuluh minit.” Cepat-cepat Clarissa mengambil surat yang sudah siap di cetak
lalu dimasukkan ke dalam sampul surat. Terkial-kial dia menulis alamat. Suffian
menggelengkan kepalanya. Sah... angau.
BAB
19
“Mari dapat daddy. Kak Rissa nak
balik tu.” Anugerah cuba memujuk Sutra Ashikin tetapi Sutra Ashikin semakin
mengeratkan pelukannya terhadap Clarissa. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Biar Rissa bawa Sutra baliklah
sayang. Hari ni Rissa ambil cuti.” Kata Clarissa setelah melihat Sutra Ashikin
seperti tidak mahu berenggang dengannya.
“Kalau ibu ada tak jadi macam ni. Demam
rindu kat ibulah ni.” Rungut Anugerah. Puan Suci Harum dan Encik Hafsham telah
pergi menunaikan umrah dua hari lepas. Sejak itu Sutra Ashikin demam panas dan Anugerah
terpaksa bercuti untuk menjaga anak kesayangannya.“Takkan Rissa sampai nak
ambil cuti.” Anugerah serba salah. Dia tidak mahu menyusahkan Clarissa.
“Sayang... anak I juga kan. Sutra
Ashikin ikut Kak Rissa balik rumah ya.”
“Tak nak, nak daddy. Nak Kak Rissa.”
Tangis Sutra Ashikin. Bulat mata Clarissa mendengar rengekkan anak kecil itu. Nak
mampus. Kang tak pasal kena umpatan jiran-jiran. Lagi haru kalau kena cekup. Mana
nak letak muka?
“Tak boleh sayang. Kak Rissa tak
boleh duduk dekat rumah kita.” Pujuk Anugerah sambil mengusap rambut Sutra
Ashikin. Sutra Ashikin tidak menghiraukan pujukan Anugerah. Dia sudah mula
menangis.
“Okey... okey... Jom masuk. Dah tak
mahu menangis.” Akhirnya Clarissa akur. Dikeleknya tubuh Sutra Ashikin masuk ke
rumah. Tangisan Sutra Ashikin serta merta berhenti. Anugerah mengekori di
belakang. Hatinya berbunga riang. Bagus betul Sutra Ashikin ni. Kalau boleh
merengeklah selalu. Dapat daddy telek muka Kak Rissa puas-puas.
“Sayang baring sini, cuba sleep. Kak
Rissa nak ke dapur masak bubur.” Sutra Ashikin angguk lalu memejamkan matanya. Clarissa
ke dapur untuk memasak bubur nasi buat Sutra Ashikin.
“Masak lebih sikit untuk abang.” Kata
Anugerah yang muncul tiba-tiba. Clarissa mengurut dadanya. Terperanjat dia
disapa tiba-tiba begitu.
“Abang makan bubur ke?”
“Kalau Rissa masak semua abang
makan.” Renungan mata Anugerah membuatkan Clarissa tunduk. Ish... kenapalah nak
renung-renung macam tu. Orang dah lah tak kuat iman ni.
“Rissa nak masak apa tu?”
“Buburlah.” Jeling Clarissa. Kan dah
cakap tadi. Saja aje nak tanya.
“Kalau nak masak bubur kenapa....”
“Pergilah depan jaga Sutra Ashikin. Rissa
nak masak ni.” Marah Clarissa memotong percakapan Anugerah apabila dia melihat Anugerah
masih terus-terusan merenung wajahnya.
“Dia dah tidur.”
“Alah... keluarlah. Rissa tak boleh
masaklah kalau abang pandang macam tu.” Anugerah tidak menghiraukan kata-kata Clarissa.
Dia bangun lalu mendekati wanita itu. Clarissa semakin panik apabila Anugerah
sudah hanya beberapa jengkal dengannya. Anugerah tunduk sedikit mendekatkan
bibirnya ke telinga Clarissa.
“Kalau nak masak bubur kenapa letak
tepung dalam periuk.” Bisik Anugerah sambil gelak kecil.
“Alamak.” Jerit Clarissa apabila
menyedari kesilapannya. Dia menepuk dahi. Malunya......
“TEDAPLAH
BUBUR yang Kak Rissa masak. Besok masak lagi boyeh tak?” Puji Sutra Ashikin. Suhu
badan Sutra Ashikin sudah kembali normal. Wajah kanak-kanak itu juga sudah
sedikit merah tidak pucat seperti sebelumnya.
“Kalau Sutra Ashikin rajin makan
ubat, hari-hari kak Rissa masakkan untuk Sutra.” Senang hati Clarissa menerima
pujian daripada kanak-kanak sekecil Sutra Ashikin. Pujian itu pastinya ikhlas
dan jujur.
“Malam ni Kak Rissa temankan Sutra
Ashikin tidur ya?” Mata Clarissa buntang. Ish budak ni... bagi betis nak peha. Nak
suruh tidur sini pulak. Mahu Ameena mengamuk karang.
“Tak bolehlah sayang. Kak Rissa tak
boleh tidur rumah kita.” Pujuk Anugerah.
Dahi Sutra Ashikin berkerut. “Nape
tak oyeh?”
“Sebab tak elok perempuan dengan
lelaki yang belum berkahwin duduk serumah.” Terang Anugerah. Begitulah Anugerah.
Dia akan menerangkan perkara sebenar kepada anaknya.
“Kalau macam tu tawenlah. Kak Rissa
tawen dengan daddy. Boyeh tak?” Clarissa dan Anugerah sudah berpandangan. Pipi Clarissa
merah padam.
“Macam ni, kalau bucuk daddy ni
rajin makan ubat, nanti daddy kahwin dengan Kak Rissa.”
“Plomise?” Mata Sutra Ashikin
bersinar-sinar. Clarissa pula sudah tidak tentu arah.
“Plomise.” Jawab Anugerah sambil
sempat lagi matanya menjeling ke arah Clarissa. Nak tergelak dia melihat
gelagat Clarissa yang malu-malu kucing tapi ditahannya. “You stay here, I want
to discuss something with auntie.”
“About what?”
“About our wedding.” Sutra Ashikin
angguk lalu memberi isyarat ibu jari tanda bagus kepada Anugerah.
“Abang ni pandai-pandai aje janji
kat budak kecil macam tu.” Clarissa meluahkan isi hatinya sebaik mereka duduk
di luar rumah. Sebenarnya saja dia menduga hati Anugerah. Kalau betul yahoo....
merasalah aku naik pelamin.
“Rissa tak mahu kahwin dengan
abang?” Clarissa terdiam. Apa nak jawab ni. Nak tapi malu.
“Abang nak kahwin dengan Rissa?” Soalan
tadi disoal semula kepada Anugerah.
“Kalau orang di sana sudi, orang di
sini apatah lagi.”
“Rissa nak baliklah bang. Kejap lagi
Meena balik. Nanti apa pula katanya.” Clarissa terus berlalu meninggalkan Anugerah
yang senyum sumbing. Anugerah tahu Clarissa juga suka padanya. Perempuan... kalau
dah tersipu-sipu malu tu apa lagi... mahulah.
PANGGILAN DARIPADA Kat yang diterimanya
sebentar tadi benar-benar membuatkan Clarissa serba salah tetapi demi menjaga
persahabatan mereka, Clarissa bersetuju untuk pergi. Setelah bersiap-siap
seadanya, dia keluar ke ruang tamu. Ameena pelik melihat Clarissa yang sudah
cantik bersolek.
“Nak pergi mana ni?” Terus sahaja
soalan itu disoalnya. Gaya macam watak mak tiri pun ada. Siap bercekak pinggang
lagi.
“Nak pergi celebrate birthday Kat.” Jawab
Clarissa.
“Kat mana?”
“K.L.” Pendek sahaja jawapan Clarissa.
“K.L kat mana?” Clarissa mengeluh. Mamanya
pun tidak bertanya sampai macam ni sekali.
“Aku pergi dululah Meena.” Cepat
sahaja Clarissa keluar. Tidak mahu dia bersoal jawab dengan Ameena.
Niat Clarissa yang hanya mahu
meraikan Kat sekejap sahaja melarat sehingga berjam-jam. Hampir pukul 2.00 pagi
baru dia keluar dari kelab. Sewaktu dia melangkahkan kakinya ke kereta, secara
tiba-tiba Clarissa terjelopok jatuh. Dia mengaduh kesakitan. Baru sahaja dia
hendak bangun, tiba-tiba tubuhnya ditolak kasar dan beg tangannya diragut. Clarissa
menjerit meminta tolong malangnya tiada sesiapa yang mendengar jeritannya. Nasib
baiklah kunci kereta dan telefon bimbitnya disimpan di dalam poket. Dengan
terhencot-hencot, Clarissa masuk ke dalam kereta dan menangis. Apalah malang
nasibnya hari ini. Baru beberapa jam tadi dia mengeluarkan wang sebanyak
RM500.00 untuk membayar sewa rumahnya. Habis semua duit itu menjadi hak lelaki
yang meragutnya sebentar tadi.
Clarissa memandu pulang ke rumahnya
dengan linangan air mata. Sedih hatinya kerana diragut ditambah pula dengan
kakinya yang berdenyut-denyut sakit. Sedang dia membelok untuk masuk ke taman
perumahannya, tiba-tiba keretanya dilanggar daripada belakang. Dengan cepat Clarissa
memberhentikan kereta. Terhencot-hencot dia keluar.
“MasyaAllah.” Jerit Clarissa sebaik
melihat seorang lelaki sedang tergolek di atas jalanraya. Dia mengenali lelaki
itu. “Awak okey ke?” Soal Clarissa cemas.
“Tangan saya.” Aryan mengaduh kesakitan.
Clarissa menolong anak kepada jirannya itu bangun.
“Saya hantar awak pergi klinik.”
“Tak apalah Kak Rissa. Sikit aje
ni.” Tolak Aryan. Dia tak mahu menyusahkan Clarissa. Memang salahnya kerana
tidak berhati-hati.
“Berdarah tu. Jomlah. Kalau apa-apa
nanti susah hati saya.”
“Tak apa. Kalau sakit sangat nanti
besok saja saya pergi.” Aryan membetulkan motornya yang rebah. “Kemek kereta
Kak Rissa. Ni nombor saya. Bila Kak Rissa dah repair nanti Kak Rissa hantarkan
bil pada saya.”
“Erk...” Clarissa serba salah. Kasihan
dia melihat keadaan Aryan yang kesakitan. Tidak sampai hati pula dia mahu
meminta ganti rugi.
“Tak apa. Memang salah saya pun. Apa-apa
nanti Kak Rissa cari saya ya. Kalau saya kerja, Kak Rissa tinggalkan pesan pada
mak saya.” Aryan menghidupkan enjin motosikalnya.
“Boleh ke motor tu gerak?” Clarissa
masih lagi ragu-ragu.
“Boleh ni. Saya bawa slow-slow. Minta
maaf ya Kak Rissa.” Dengan perlahan, Aryan memandu motosikalnya. Clarissa
mengeluh. Apalah malang nasibnya hari ini. Sudahlah terjelepok, diragut, dah
nak sampai rumah pun boleh kemalangan kereta. Dipandangnya keretanya yang
kemek. Dia mengeluh lagi.
Sampai di rumah, Clarissa memicit
kakinya yang kesakitan. Air matanya tak henti-henti mengalir. Saja dia tidak
mahu mengejutkan Ameena, bimbang akan dileteri kerana terlalu cuai.
“Kenapa ni Rissa.” Terjerit Ameena
melihat Clarissa yang sedang teresak-esak menangis. Niatnya mahu ke bilik air
dibatalkan. Diusapnya kaki Clarissa yang kelihatan bengkak itu. “Cuba cerita
pada aku apa yang berlaku.”
“Aku terjatuh tadi.” Jawab Clarissa
sambil menahan sakit akibat diurut oleh Ameena.
“Takkan sebab jatuh kau menangis
sampai macam ni. Kau kan jenis tahan sakit. Ni mesti ada yang tak kena.” Ameena
tidak puas hati. Kenal benar dia dengan Clarissa. Kawannya itu jenis yang tahan
sakit. Bukannya lembik macam dia.
“Lepas aku jatuh, masa aku nak
bangun ada orang ragut handbag aku. Puas aku minta tolong tapi tak ada sapa pun
nak tolong. Nasib baik kunci kereta dengan handphone aku simpan dalam poket
seluar.”
“Ya Allah. Apa malang nasib kau ni Rissa.”
Ameena geleng kepala. Kasihan dia mendengar cerita Clarissa. Tiba-tiba
tangannya terhenti daripada mengurut. “Baik kau cakap terus terang dengan aku, mana
kau pergi?”
“Pergi mana? Pergi celebrate
birthday Kat lah.” Muncung Clarissa panjang sedepa.
“Yelah tapi kat mana?” Desak Ameena.
“Kat kelab.” Sahut Clarissa
perlahan. Dengan spontan Ameena menepuk kaki Clarissa.
“Kan dah kena.” Jerit Ameena kuat. Clarissa
mengerang kesakitan. Kalau tak kerana kakinya yang terlalu sakit, memang dah
kena sekeh Ameena ni dikerjakan olehnya.
“Kau ni kenapa? Sakitlah.” Tangan
Ameena ditepis kasar oleh Clarissa.
“Kau kan dah janji tak mahu pergi ke
kelab malam lagi bila kau dah jumpa Mr Right kau, kalau kau pergi juga kau akan
dirimpa bala. Inilah bala yang kau dapat sebab mungkir janji.” Clarissa
terpempam. Boleh percaya ke? Ish karutlah. Ini mesti kebetulan sahaja.
“Kebetulan saja kut. Aku bukannya
pergi suka-suka, aku cuma meraikan Kat saja. Dah dia buat majlis kat situ. Bukan
aku sengaja nak pergi.”
“Janji tetap janji.”
“Mengarutlah kau ni Meena. Sudahlah.
Aku nak tidur. Besok banyak lagi kerja aku nak buat. Dahlah kereta tu kemek. Pening
kepala aku. Kau jangan nak tambah pening aku.”
“Kemek? Kenapa dengan kereta kau?”
“Aku kena langgar kat simpang depan
tu. Panjanglah cerita. Besok ajelah aku story.”
“Sah... sah...” Jerit Ameena lagi. Clarissa
terkejut.
“Aku
belum nak menikah lagi. Tak payahlah kau nak praktis. Lagi pun tak ada orang
perempuan yang jadi saksi nikah.” Terhencot-hencot Clarissa meninggalkan Ameena
yang masih lagi berfikir-fikir sendiri. Lantak kaulah Meena. Biarlah kau dengan
teori kau tu.
BAB 20
Ameena
sanggup mengambil cuti kecemasan untuk menolong Clarissa. Tidak sampai hati
pula dia membiarkan Clarissa susah begitu. Hampir petang barulah segala urusan
selesai.
“Kenapa
kau tak inform boyfriend kau?” Saja Ameena menyoal.
“Tak
naklah. Nanti dia tanya aku pergi mana. Habislah aku.”
“Tahu
pun takut. Lain kali nak buat lagi tak?”
Clarissa
berfikir-fikir sendiri. Sejak semalam hatinya tertanya-tanya. Adakah teori
Ameena itu betul? Adakah segala malang yang menimpa dirinya disebabkan oleh
sikapnya yang mungkir janji? “Kau rasa sebab aku mungkir janji ke aku jadi
macam ni?”
“Kau
tak hairan ke bertimpa-timpa kau dapat masalah.Ni bukan sudah jatuh ditimpa
tangga tau, ni namanya sudah jatuh ditimpa banglo tau tak.”
“Habis
tu Meena apa aku nak buat?”
“Kau
jangan lagi jejakkan kaki kau kat tempat cucuk bintang tu. Itu ajelah caranya. Cuba
pergi masjid ke, surau ke. Banyak faedahnya.” Ameena berdoa di dalam hati moga
hasutannya berhasil. Clarissa tidak menjawab sebaliknya merenung nun jauh jalan
dihadapannya. Akalnya masih tidak boleh menerima segala teori yang dibuat oleh
Ameena.
Sampai
di rumah, kereta milik Anugerah sudah dilihat di parkir kereta rumahnya. Bimbang
sungguh Clarissa jika Anugerah ternampak dirinya. Pasti banyak soalan yang
perlu dijawab olehnya nanti. Belum sempat Clarissa masuk ke rumah, kedengaran
suara comel menyapa.
“Mommy.”
Clarissa menoleh. Sutra Ashikin sedang tersenyum lebar memandang wajahnya. Ameena
terlopong.
“Mommy?
Dia panggil kau mommy? Ada sesuatu yang aku tak tahu ke?” Soal Ameena penuh
tanda tanya.
“Mommy
pergi ane?”
“Erk.....”
“Mommy
working.” Jawab Ameena. Clarissa mencubit lengan Ameena. Memandai aje bahasakan
dirinya mommy. Buat malu sajalah Ameena ni.
“What
happened to your leg?” Soal Sutra Ashikin lagi sambil matanya tepat memandang
ke kaki Clarissa yang berbungkus.
“Kak
Rissa masuk dulu ye Sutra. Nanti kita chit chat ye.” Wajah Sutra Ashikin serta
merta berubah. Alamak... budak ni kecil hati ke? Habis tu takkan nak bahasakan
mommy pula. Kalau Anugerah dengar nanti mana nak letak muka ni.
“Kak
Meena dengan mommy nak masuk dalam dulu ya sayang. Mommy Sutra Ashikin ni
tengah sakit sangat.” Mujurlah Ameena bijak memujuk. Wajah Sutra Ashikin
kembali ceria.
“Bye-bye
mommy, Kak Meena.”
“Bye-bye
princess.” Hampir serentak Ameena dan Clarissa membalas. Ameena memimpin Clarissa
sehingga ke sofa. Mereka duduk melepaskan lelah kerana penat seharian ke hulu
ke hilir menyudahkan segala urusan Clarissa.
“Ada
apa-apa yang aku tak tahu ke sampai budak tu panggil kau mommy. Advance. Terkedu
aku dibuatnya tadi.” Korek Ameena.
“Merepek
ajelah kau ni. Kalau kau nak tahu nilah first time dia panggil aku mommy. Aku
pun terkedu gak.” Terang Clarissa. Kalaulah Puan Suci Harum dengar, malu dia.
“Wah,
anak dah bagi greenlight, apa lagi. On ajelah.”
“Ish...
banyak lagi yang aku tak tahu pasal Anugerah tu. Aku nak gak tahu siapa mommy Sutra
Ashikin, meninggal sebab apa? Nak tahu kisah-kisah silam Anugerah. Ni apa pun
aku tak tahu.” Luah Clarissa. Dia memang ingin sangat mengetahui tentang kisah
hidup Anugerah. Sudah berkali-kali dia bertanyakan tentang ibu Sutra Ashikin
tetapi Anugerah lebih senang mengunci mulut.
“Slow-slowlah.
Kayuh pelan-pelan. Baru aje rapat kan.” Gelak Ameena.
“Iyolah
tu cik Meena. Pimpin aku masuk bilik. Aku nak mandilah.”
“Satu
tapak aku pimpin kau sepoloh ringgit upahnya tau. Boleh empat kali bayar.” Clarissa
menepuk bahu Ameena. Bersyukur dia mendapat sahabat sebaik Ameena. Kelakar pula
tu. Mereka sama-sama gelak.
ANUGERAH
tergamam menerima tetamu yang tidak diundang. Dijemputnya Melly duduk. Dia
bangun menuju ke pantry membancuh dua cawan nescafe dan dihidangnya kepada
Melly. Kalau tak silapnya ini adalah majikan Clarissa. Kenapa wanita itu di
sini?
“Jemput
minum.” Pelawanya kepada Melly. Melly hanya melihat cawan berisi nescafe panas.
Hatinya terguris. Bukankah Tabah tahu yang dia tidak boleh minum nescafe. Kalau
diminum juga alamat seharianlah kepalanya akan sakit. Kenapa Tabah tidak
sensitif tentang dirinya. Jika hendak berlakon tidak mengenalinya pun janganlah
melakukan perkara yang boleh menyakitinya.
“Terima
kasih.” Balas Melly. “Mesti Encik Anugerah terkejut melihat saya datang. Actually
hari tu saya ada suruh Rissa datang jumpa Encik Anugerah, saya minta maaflah
sebab hantar wakil sahaja. Kali ni kebetulan saya lalu area sini jadi saya pun
singgahlah. Lagi pun kolej ni banyak berurusan dengan kami. Terima kasih.” Dengan
penuh hati-hati Melly menyusun ayat. Dia mahu Tabah melihat kunjungannya lebih
kepada kunjungan profesional, bukannya personal.
“Syarikat
Puan Melly pun beri service yang bagus pada kami.” Melly angguk.
“Sejak
bila Encik Anugerah kerja di sini?”
“Baru
beberapa bulan.”
“Dengarnya
Encik Anugerah ni tinggal di Australia sebelum ni?” Anugerah mengecilkan
matanya sedikit mendengar soalan Melly. Ini pasti Clarissa yang bercerita. Boleh
tahan juga kepohnya buah hatinya itu.
“Saja
nak merasa cari rezeki tempat orang. Tapi lagi seronok di tempat sendiri.” Mata
Melly tiba-tiba terpaku kepada gambar Sutra Ashikin. Baru dia perasan gambar
itu di situ. Anugerah pelik melihat Melly tiba-tiba diam dan merenung gambar Sutra
Ashikin. Belum sempat dia bertanya, telefon bimbitnya berbunyi.
“Hello
Princess.”
“Hello
Captain America.” Jawab Sutra Ashikin comel. “Daddy, Can you on your speaker. Nenek
want to talk to you.” Terus sahaja Anugerah mengikut arahan anaknya itu. Pantas
tangannya menghidupkan speaker telefon bimbitnya.
“Kenapa
ibu?” Soal Anugerah cemas. Jarang ibunya mahu bercakap dengannya di telefon.
“Sutra
Ashikin ni nak makan ice cream. Tak bolehkan Anugerah? Doktor kata seminggu
sekali sajakan boleh makan ice cream? Semalam kan Sutra Ashikin baru makan.” Anugerah
tersenyum. Dia tahu ibunya saja bercakap begitu supaya dia tidak mengizinkan Sutra
Ashikin untuk makan ais krim.
“Sorrylah
sayang. Next week baru boleh makan ice cream.”
“No.
Daddy... please.” Rengek Sutra Ashikin manja. Melly yang mendengar terus sebak.
Mahu saja dia menangis meraung mendengar suara Sutra Ashikin yang comel itu. Dia
amat merindui anaknya.
“No.
Next week baru boleh makan. Nanti daddy bawa Sutra Ashikin makan Tutti Frutti.”
“Yeay...”
Sorak Sutra Ashikin gembira. “Love you daddy.”
“Love
you sayang.” Anugerah memutuskan taliannya dengan senyum yang meleret. Setiap
kali dia berbual dengan Sutra Ashikin pasti emosinya gembira.
“Anak?”
Soal Melly. Anugerah tersentak. Hampir dia terlupa yang dia mempunyai tetamu.
“Yup.
The one and only.”
“I
pun ada seorang anak. Lima tahun umur dia. Perempuan.”
“Samalah
dengan anak I. Baru lima tahun. Anak you dah sekolah?” Soal Anugerah teruja. Dia
seronok apabila isu anak ditimbulkan. Seronok berkongsi cerita.
“Hmm...
dia tak ada dengan I. Tinggal dengan ex husband I. Tak apalah Encik Anugerah. I
minta diri dulu. Thank you for your time.” Melly bangun meninggalkan Anugerah
yang pelik dengan sikapnya.
“Pelik
perempuan ni. Datang tanpa diundang, pergi tanpa disuruh.” Bebel Anugerah
sendirian. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya.
SAKAN
MELLY menangis di dalam kereta. Naik risau Bob dibuatnya. Apabila disoal, Melly
hanya menggelengkan kepalanya sahaja tanpa mahu menjawab soalan. Perempuan ni
kena kahwin cepat-cepatlah. Hormon dah tak betul ni. Kalau dibiarkan mahu gila
nanti. Kalau perempuan cantik macam ni gila, rugi tu. Kalau aku masuk meminang
dia terima tak? Bebel Bob dalam hati. Tidak berani dia meluahkannya.
Silap-silap haribulan mahu dia kena pecat. Macammana nak pinang Adelia kalau
dah kena pecat.
Suara
comel Sutra Ashikin terngiang-ngiang di telinga Melly. Tidak tertahan rasanya
dia menanggung rindu. Otaknya tepu. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan
olehnya. Hendak berterus terang dengan Tabah, dia belum menemui kekuatan itu. Lagi
pun Tabah amat asing buatnya. Langsung tidak seperti Tabah yang dulu.
“Puan
Melly, kita dah sampai.” Melly tersentak. Dia melihat Villa Amelia tersergam
indah di hadapannya.
“Terima
kasih Bob.” Melly berlalu keluar lalu menuju ke bilik tidur utama. Tidak
ditegurnya Mak Zah yang menyambut kepulangannya di depan pintu.
“Kenapa
dengan mem besar tu?” Soal Mak Zah kepada Bob.
“Entahlah.
Saya pun dah naik migrain dibuatnya. Dari tadi menangis saja.” Adu Bob.
“Mak
Zah pun peliklah dengan sikap Puan Melly dua tiga bulan ni.”
“Rindu
kat Tengku kut.”
“Mungkinlah.
Muda-muda dah jadi janda.”
“Mak
Zah masak apa hari ni. Saya laparlah.” Bob mengosok-gosok perutnya. Dia memang
manja dengan Mak Zah. Mak Zah tersenyum. Dia tahu benar dengan perangai Bob
yang mesti menjamah masakannya sebelum pulang ke rumah.
“Hari
ni masak lomak cili api. Jom ke dapur.”
“Favourite
saya tu. Inilah yang buat saya sayang Mak Zah.”
Moga terhibur ^ ^